Yang ini lawak! disaat bomba dok sibuk membuka cincin yang tersangkut di 'anu'nya, si nurse pula siok menengok.. hahaha.. dan ramailah yang mengomen si nurse tu gatal sangat...
Mengikut pengakuan lelaki berkenaan melalui Sinar Harian, rupa-rupanya cincin yang dimaksudkan adalah gelung besi penyambung atau baering kereta.
Katanya, lelaki itu melakukan perbuatan tersebut untuk suka-suka sahaja namun keadaan menjadi tidak terkawal apabila baering tersebut tidak dapat dikeluarkan selepas puas mengeluarkannya selama 11 jam menyebabkan kemaluannya membengkak teruk.
Akhirnya lelaki tersebut mengalah dan dikejarkan oleh bapanya ke hospital tapi malangnya doktor tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa meminta bantuan khas (Emergency Medical Rescue Team EMRS).
Semoga lelaki ini dan kepada semua diluar sana dapat pengajaran berguna dari kejadian ini.
“Saya hanya ingin mencuba dan tidak sangka cincin akan melekat di kemaluan,” kata seorang pemuda berusia 22 tahun yang terpaksa menahan kesakitan lebih enam jam selepas cincin dimasukkan di kemaluannya tersekat di rumahnya di Dewan Beta, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang belum berkahwin terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, deritanya tidak berakhir di situ berikutan kaedah perubatan hanya mampu mengeluarkan darah beku pada kemaluannya berikutan bengkak dialami selain mengurangkan sakit, sehingga memaksa pihak hospital memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu membantu.
Dengan bantuan bomba, cincin itu dipotong sebelum dikeluarkan daripada kemaluan mangsa jam 8.15 pagi.
Mengimbas detik cemas itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh tidak menyangka tindakan dilakukan bersendirian itu menyebabkan cincin itu tidak boleh dikeluarkan.
Sumber: situasisanasini.blogspot.com
No comments:
Post a Comment