Friday, August 15, 2014

Sakit Bersalin – Kenapa Bersalin Akan Rasa Sakit?

Dalam badan wanita ada hormon kasih sayang iaitu hormon oksitoksin. Hormon ini hanya hadir jika wanita itu berasa tenang, disayangi dan dipenuhi perasaan cinta serta suka. Hormon oksitoksinadalah hormon penenang dan ia dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan seks dan menyusukan anak. Tetapi, kedua-duanya tidak menyakitkan. Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta seperti yang telah dijelaskan dalam topik sebelum ini.

Menurut fisiologi kelahiran (labour), hormon yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oksitoksin, beta endorfin dan prostaglandin. Hormon oksitokin adalah hormon yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold (mengurangkan rasa sakit semasa kontraksi), menyebabkan susu terus keluar selepas keluarnya bayi, menjana minda positif, meningkatkan sel-sel imun dalam badan dan mempercepatkan kelahiran.

Hormon beta endorfin pula mempunyai asid amino 31 peptide yang berfungsi seperti morfin dalaman. Ia mewujudkan keadaan separa sedar dan seterusnya memberikan rasa ‘tumpul’ kepada sakit yang dialami. Ancaman-ancaman negatif dari luar akan mengganggu rembesan hormon ini. Jikalau si ibu berseorangan atau bersama orang yang sangat dipercayainya, maka hormon ini akan dirembes dengan banyak. Perembesan hormon ini memerlukan situasi yang sangat tenang dari segi luaran dan dalaman. Selanjutnya, pantang larang yang wajib dipatuhi adalah rasa takut dan risau. Elakkan perasaan takut dan risau menyelubungi anda. Buang jauh-jauh dalam perigi.

Turut menjadi faktor, daya tahan sakit seseorang telah dipengaruhi oleh karektor individu tersebut. ‘Blueprint’ telah dibina dalam diri masing-masing sejak anda kecil hingga dewasa. Jika sakit bersalin, kesakitan hanya hilang apabila bayi dilahirkan. Cuba bayangkan jika terpaksa menahan kesakitan hingga 10 hingga 20 jam lamanya. Bayangkan sakit yang tak henti-henti datang menyerang. Semakin dekatnya bayi hendak lahir, semakin sakit. Kalaulah 20 tulang dipatahkan serentak, cuba bayangkan. Begitulah sakitnya bersalin. Maaf, saya tidak berniat untuk menakutkan anda. Ini hakikat yang telah diceritakan daripada pengalaman sebenar wanita bersalin.

Macam-macam ragam ibu yang sedang sakit bersalin menunggu kelahiran bayi. Kalau bersalin di hospital kerajaan, dewan bersalinnya besar. Ada yang menjerit meminta tolong. Ada yang menangis. Ada yang meraung. Ada yang selamba sahaja.
Sistem Ajaib dalam Badan

Di dalam badan manusia terdapat satu sistem yang sangat canggih dinamakan Automatik Nervous System (ANS). Sistem ini berfungsi sebagai rangkaian telekomunikasi yang paling penting dalam badan. Contohnya kalau di Malaysia, rangkaian telekomunikasi paling utama adalah Telekom.
Sistem ini mempunyai 2 bahagian iaitu parasimpatetik dan simpatetik. Parasimpatetik boleh diibaratkan macam bilik rawatan yang mempunyai kadar sembuh antara 95 hingga 98 peratus. Manakala simpatetik diibaratkan sebagai bilik kecemasan yang kadar sembuhnya adalah 2 hingga 5 peratus sahaja.

Sumber: siraplimau

No comments:

Post a Comment