Bila seorang mukmin terpaksa menghadapinya, ia harus melawan dengan kebenaran dan hujjah (argumentasi yang kuat). Dalam hadits disebutkan, “Bila ia (Dajjal) muncul dan aku bersama kalian, aku akan berdebat dengannya. Bila ia muncul saat aku tidak bersama kalian, seseorang akan berdebat dengannya, dan Allah menjadi penggantiku atas setiap muslim.”
Sunday, August 31, 2014
Cara Menyelamatkan Diri dari Dajjal di Akhir Zaman
Bila seorang mukmin terpaksa menghadapinya, ia harus melawan dengan kebenaran dan hujjah (argumentasi yang kuat). Dalam hadits disebutkan, “Bila ia (Dajjal) muncul dan aku bersama kalian, aku akan berdebat dengannya. Bila ia muncul saat aku tidak bersama kalian, seseorang akan berdebat dengannya, dan Allah menjadi penggantiku atas setiap muslim.”
Mohon MAS henti saji arak
Setiap perkara yang berlaku pastinya sudah ditentukan ALLAH SWT dan sudah pasti ada rahsia di sebalik ujian ALLAH ini. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Dan pada sisi ALLAH jualah kunci-kunci semua yang ghaib." (Surah An-Anaam :59)
Kita harus mengambil sikap muhasabah diri dan jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar untuk masa akan datang tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.
Saya dengan ikhlas hati dan penuh rasa rendah diri ingin menasihati agar pihak Malaysia Airlines menghentikan tradisi menyajikan arak di dalam pesawat MAS. Pendapat saya, pihak MAS perlu mengkaji semula janganlah mengejar rating terbaik, maka arak diwajibkan di dalam pesawat.
Apa yang penting dalam mendapat rating terbaik adalah meningkatkan mutu perkhidmatan lain yang sedia ada. Antaranya cara layanan di dalam kapal terbang, hidangan makanan berkualiti, sistem keselamatan lebih ketat, serta memastikan semua sistem berjalan dengan lebih sistematik, cepat dan cekap.
Ini bukan bermaksud mutu dan kualiti yang sedia ada sekarang tidak baik atau tidak bagus, tetapi jika diperbaiki dan ditingkatkan lagi perkhidmatannya, insya-ALLAH, MAS akan memperoleh kedudukan yang lebih baik dan tinggi tanpa perlu laksanakan idea menyajikan arak di dalam pesawat.
Saya juga berpendapat, penjualan arak di dalam pesawat memang tidak wajar. Kita sedia maklum negara kita terkenal di mata dunia sebagai negara Islam. Tidak dinafikan MAS antara yang menjadi satu daripada ikon besar yang membawa nama negara ke serata dunia.
Alangkah malunya, jika kita memperakui Malaysia negara Islam dan diperakui “Islam Agama Persekutuan Negara” tetapi dinodai dengan penjualan arak di dalam pesawat milik negara.
Dalil haramnya arak
Mengapa pihak MAS tidak mengikuti syarikat dari negara Islam lain seperti Brunei Airlines atau pun Saudi Airlines yang mengharamkan arak di dalam pesawat?
Ibnu Abbas berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Nabi SAW didatangi Jibrail lalu berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya ALLAH melaknat arak dan pemerahnya, orang yang meminta memerahnya, pembawanya, dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya". (Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud & Hakim. Disahihkannya Syeikh al-Albani dalam “Sahih Jamik as-Saghir, 2/907)
Saya percaya pasti ramai pihak di luar sana terutama bagi umat Islam di Malaysia, mahupun bagi mereka yang bukan beragama Islam juga pasti ada yang bersetuju dengan cadangan saya ini.
Seperti baru-baru ini akhbar Sinar Harian ada mengeluarkan kenyataan daripada Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) mengatakan, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana boleh membawa kemudaratan kepada peminumnya.
Arak mampu memudaratkan kesihatan dan akhlak peminum arak itu sendiri jika tidak dikawal. Malah mampu menjadi punca kerosakan akhlak dan sosial dalam keluarga mahupun masyarakat. Selain itu, ia mampu memudaratkan kesihatan diri sendiri. Tidak kira kepada golongan belia, tua, mahupun wanita.
Firman ALLAH SWT: "Hai orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan". (Surah Al-Maa'dah: 90)
Melalui kajian ilmiah, sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan kebenaran yang jelas perihal kesan buruk arak juga perlu diambil kira. Pengambilan arak berlebihan mampu memberi kesan yang negatif kepada peminumnya mahupun orang sekelilingnya. Terutama jika di dalam pesawat, peminum arak mungkin boleh mengundang ketidakselesaan kepada penumpang lain.
Mungkin anak kapal MAS sendiri pernah menghadapi kesukaran berkomunikasi dengan peminum arak yang berlebihan hingga mengganggu penumpang lain atau anak kapal ketika menjalankan tugas mereka.
Pasti perkara ini memberi suasana dan persekitaran yang kurang menyenangkan di dalamnya malah membahayakan perjalanan pesawat dan anak kapal serta penumpang.
Keadaan ini mampu mendatangkan suasana tegang dan konflik yang boleh membahayakan perjalanan penerbangan tersebut seperti pergaduhan dan kecederaan. Jika ia tidak dapat dikawal mungkin boleh menjadi lebih parah seperti pembunuhan atau ugutan hingga mencederakan penumpang lain di dalam pesawat.
Malah apabila ada pihak yang menawarkan arak atau alkohol secara percuma ia diibaratkan seperti “memperlapangkan kandang musang, mempersempitkan kandang ayam” bermaksud sengaja memberi kesempatan kepada orang untuk membuat sesuatu yang tidak baik atau buruk.
Jadi mengapa pihak MAS perlu meneruskan penyajian arak secara percuma kepada pelanggan dalam pesawat? Sedang arak itu lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Sepatutnya MAS lebih mengutamakan keselamatan dan kesihatan penumpang supaya terhindar daripada berlaku perkara yang tidak diingini di dalamnya. Pada masa sama, perlu diambil kira hak penumpang lain yang tidak selesa arak disajikan di dalam pesawat.
Doa menaiki kenderaan
Pihak MAS juga boleh mengamalkan bacaan doa sebelum pesawat diterbangkan. Mencontohi pesawat terkenal dunia yang memegang ranting tinggi seperti Emirates dan Etihad. Juruterbang boleh membacakan atau memutarkan doa menaiki pesawat kepada semua penumpang sebelum memulakan perjalanan.
Ini antara contoh perkara baik dan patut dicontohi pihak MAS. Insya-Allah dengan doa yang mungkin dilihat tidak seberapa oleh sesetengah pihak, namun besar di sisi-Nya.
Sesungguhnya ALLAH SWT berada di langit dan tidak ada satu perkara pun yang terkecuali daripada urusan-Nya. Doa kenderaan yang diajarkan, terkandung dalam Surah Az-Zukhruf ayat 13-14.
Semoga pihak terbabit mampu menghapuskan idea menyajikan arak atau alkohol di dalam pesawat MAS dan moga ALLAH memberi kecekalan hati kepada pihak yang terbabit untuk melaksanakannya.
Kita harus juga berterima kasih dan menghargai tindakan pihak MAS dalam menghadapi masalah MH370 dan MH17. Tahniah kerana MAS telah menyediakan pengangkutan untuk membawa pulang jenazah mangsa pesawat MH17 dari Belanda juga sifat keprihatinan pihak MAS terhadap keluarga mangsa MH370.
Kepada pihak MAS, teruskanlah tabah menghadapi dugaan yang menimpa mereka ketika ini. Diharap dengan setiap yang berlaku adalah ujian daripada-Nya untuk memberi sesuatu yang lebih baik kelak.
Seperti kisah diriwayatkan Ummu Salamah:
"Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim mendapat musibah kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan ALLAH kepadanya, Inna lillahi wa inna ilaihiraajiun. Ya ALLAH, berilah pahala atas musibahku dan berilah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan ALLAH memberinya ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya.
“Ummu Salamah berkata lagi, “Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata, “Adakah golongan Muslimin yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang hijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu ALLAH memberi ganti kepadaku, iaitu menikahi Rasulullah SAW." (Riwayat Muslim, Sahih)
Sesungguhnya setiap yang berlaku dan tidak terlepas daripada kekuasaan-Nya. Usahlah kita mencabar dan membiarkan ALLAH murka terhadap apa yang kita lakukan.
Malah buat dan lakukanlah sesuatu yang boleh mendatangkan keberkatan dalam kehidupan agar terhindar daripada mendapat murka ALLAH dan musibah daripada-Nya.
Sumber: sinarharian
Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan
Saturday, August 30, 2014
Sembilan Rahasia Yahudi
Tanda-tanda Seseorang telah Dipengaruhi / Terjebak Syiah
SYIAH, dalam beberapa tahun ini terus melesat pesat perkembangannya. Ada banyak faktor yang membuat ajaran ini diikuti oleh orang-orang yang seperti terkelabui oleh tampilannya yang dibuat mirip dengan Islam. Padahal, sejak awal Syiah dibentuk oleh Abdullah bin Saba, seorang penganut Yahudi. Ali bin Abi Thalib pun mengusir Abdullah bin Saba karena kesesatannya itu.
Ada juga yang terjerat Syiah karena terpesona oleh sosok Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran yang selama delapan tahun belakangan ini selalu berkoar-koar untuk melenyapkan Amerika dan Israel, namun ia bebas plesiran di New York dan forum-forum dunia lainnya.
Ada ciri-ciri yang bisa dijadikan sebagai pertanda bahwa seseorang sudah menganut ajaran Syiah. Di antaranya adalah:
* Senantiasa memuja Ali dan melebihkan beliau daripada Abu Bakar & Umar.
* Memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi yang lainnya
* Sering menjamak Dhalat Dhuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebab yang jelas.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwudhu sebaliknya hanya disapu saja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika shalat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mau makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
Sumber: islampos/ohislam
(8 GAMBAR) Taktik Keji Dan Jijik Sesetengah Peniaga Goreng Pisang Akhir Terbongkar !!
Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.
Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.
Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.
Berikut merupakan perkongsian oleh pengguna laman sosial.
Beli pisang goreng d gerai kueh donggongon. Tlampau rangup menimbulkan keraguan. Then, memang yg djangka pisang goreng dgoreng dengan minyak + straw. Sangat kurang ajar n x sivik punya penjual.
Cara mengetahui samada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik:
1. Bawa bahan kajian anda balik ke rumah (ayam atau pisang dan sebagainya).2. Ambil mancis dan bakar ayam atau pisang tersebut.3. Sekiranya terhasil nyalaan, besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik.4. Segera laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.
JIJIK! Gambar Pekerja ‘Bercawat’ Buat Putu Mayam
Friday, August 29, 2014
Misi senjata hipersonik AS gagal
Difahamkan, senjata itu musnah dengan sendirinya sejurus dilepaskan ke udara.
Jurucakap Pentagon Maureen Schumann berkata, senjata dikenali sebagai Advanced Hypersonic Weapon itu dibangunkan oleh Sandia National Laboratory dan Pentagon.
"Kami terpaksa menamatkan misi ini kerana ia meletup ketika berlepas dan jatuh kembali di kompleks ujian,” katanya.
Menurutnya, misi ini adalah program ciptaan peluru berpandu yang boleh memusnahkan sasaran dari mana-mana kawasan di dunia dalam masa sejam. Penganalisis Pertahanan Carnegie Endowment, James Acton berkata, misi itu adalah untuk bersaing dengan senjata milik China selepas negara itu melakukan ujian sistem hipersonik pada Januari lalu.
"AS tertekan dengan China. Perkara itu menyebabkan mereka berusaha keras mencipta senjata yang lebih bagus tetapi AS menemui kegagalan," katanya menurut laporan Press TV.
Kisah Tentera Jepun Bersembunyi Selama 30 Tahun Kerana Menyangka PerangMasih Belum Tamat
KEJAM!! Gara-Gara Makan Biskut, Kanak-Kanak Mati Didera Ibu Tirinya..
GAMBAR: Perompak AmBank Bermisai Palsu Ditembak Mati
Berikut adalah gambar lokasi kejadian dan keadaan perompak berkenaan selepas ditembak.
Pemeriksaan polis mendapati dia memakai misai palsu untuk tujuan menyamar dan membawa parang yang disisip di pinggang.
Sebelum tewas di hujung senapang guard, perompak berusia 30-an tersebut telah bertindak berani dengan memasuki bank seorang diri lalu mencurah petrol di hadapan kaunter sambil menjerit mahu melakukan rompakan.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang ini dipercayai modus operandi terbaharu di mana jika permintaan perompak tak dituruti maka mereka akan mengancam untuk membakar bank berkenaan.
Bagaimana pun pada kejadian pagi tadi perompak terbabit tidak sempat memanjangkan aksinya apabila pengawal keselamatan bank yang bertugas segera mengejar dan melepaskan tembakan.
Difahamkan pengawal keselamatan tersebut turut tergelincir kerana lantai licin gara-gara petrol yang dicurah namun bidikannya terkena perompak tersebut membuatkannya rebah.
Dipercayai, perompak ini daripada kumpulan sama yang pernah merompak bank terbabit pada 29 Mei lepas dan berjaya melarikan RM60,000.
Jika benar mungkin inilah jawapannya mengapa dia begitu yakin ketika memasuki bank bagi memulakan rompakan hari ini.
Polis masih menyiasat dengan meneliti kamera litar tertutup tentang kemungkinan rakan-rakan perompak terbabit turut berada sekitar bank ketika kejadian tetapi melarikan diri selepas melihat rakan mereka tewas.
Sumber mynewshub.my
Pakar bedah gila seks dihantar pulang Malaysia
Menurut laporan theDaily Telegraph, Menteri Imigresen Australia Scott Morrison telah mengarahkan penghantaran pulang Dr Suresh ke Malaysia dan dia sudah pun meninggalkan Australia pada Selasa.
Dr Suresh dipenjara pada tahun 2011 kerana membunuh pelacur berusia 22 tahun, Domingues Zaupa, yang mengambil kokain berlebihan semasa pesta di sebuah apartmen mewah pakar bedah itu di Sydney pada tahun 2009.
Dr Suresh juga mengaku bersalah membekalkan kokain, yang menyebabkan kematian pelacur Victoria McIntyre, 23, di apartmennya kurang setahun selepas itu.
Mahkamah turut dimaklumkan McIntyre mati di bilik tidur sementara Dr Suresh melanggan beberapa lagi pelacur pada waktu marathon seks dan dadah itu.
Dr Suresh juga bertanggungjawab di bawah semua pertuduhannya selepas dibebaskan di bawah sistem parol pada 31 Julai.
Dr Suresh sudah menetap di Australia sejak kecil tetapi tidak pernah diberi kerakyatan negara itu.
"Saya mengambil tanggungjawab serius ini untuk mempertahankan Australia daripada ancaman bukan rakyat negara ini terutama berkenaan kes-kes jenayah," ujar Morrison.
Kes Dr Suresh pertama kali dilaporkan pada tahun 2004 ketika disahkan positif dadah di Hospital Nepean. Dia dipenjarakan selama lima tahun dan tiga bulan pada 2011 tetapi dikurangkan selepas membuat rayuan.
Sumber: http://www.astroawani.com
Model pakaian muslimah disuruh beraksi ghairah
Lelaki macam ni memang gila celaka. Kat gambar profile ada gambar bersama perempuan tapi masih nak miang dengan bini orang kat Facebook. Dan orang perempuan kalau terjumpa laki miang macam ni kat Facebook, Wechat atau kat mana2 media sosial, tolong jangan layan dan cakap elok2, lelaki macam ni dah wajib kena maki je, lepas tu buat report polis.
Kalau lepas tu lelaki tu nak bagi alasan akaun FB kena hack ke apa, itu kemudian cerita, yang penting kita pertahankan maruah kita dulu sebagai seorang wanita.
Sumber gambar sini.
Cuma yang model pakaian muslimah Keep Calm and Wear Hijab di bawah ni tak pasti sama ada dia disuruh oleh jurugambarnya untuk pakai seluar legging ketat bungkus buah nangka atau dengan kerelaan diri sendiri.