Thursday, August 21, 2014

MH 17: 20 jasad dibawa pulang Jumaat ini

Putrajaya: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan 20 jasad mangsa nahas pesawat MH17 akan dibawa pulang Jumaat ini.
Menurutnya, daripada 20 jasad rakyat Malaysia itu 17 akan diletakkan dalam keranda manakala tiga lagi dalam bekas abu. 
Bagaimanapun katanya, senarai nama semua jasad berkenaan akan diumumkan esok. 

Menurutnya, persediaan sedang dilakukan untuk membawa pulang jasad yang belum dapat dilepaskan dari Belanda dan dijangka ketibaan jasad berkenaan dilakukan pada Ahad ini.
Foto
ANGGOTA tentera melakukan upacara raptai. FOTO Mas Adib Saie

"Persediaan sedang giat dilakukan terutama selepas penambahan jenazah ini dan esok akan diadakan upacara raptai di Kompleks Bunga Raya serta senarai nama semua jasad ini akan dikeluarkan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sementara itu Menteri Penerangan dan Komunikasi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta rakyat Makaysia bersama-sama bertafakur selama seminit dan waktu itu akan diumumkan melalui siaran radio srrta televisyen di seluruh negara antara jam 10.45 hingga 11.15 pagi Jumaat ini. 

Beliau berkata, antara lokasi yang dirancang untuk bertafakur ialah di Jambatan Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kompleks Kastam dan Kuarantin Johor Bahru, KLIA dan klia2 manakala Sabah dan Sarawak akan dimaklumkan. 

Menurutnya, pada masa itu semua aktiviti sama ada di sekolah, pejabat termasuk kenderaan diminta berhenti selama seminit.
Sumber: hmetro.com.my 200814

No comments:

Post a Comment