Sunday, August 24, 2014

MH17: Lapan mangsa MH17 dibawa pulang Sabtu

Sepang: Sehingga hari ini, sejumlah 31 warga Malaysia mangsa MH17 sudah dikenal pasti dan 23 daripadanya sudah dibawa pulang untuk disemadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, lapan lagi jenazah dijangka boleh dibawa pulang dari Amsterdam pada 30 Ogos ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Istiadat Penghormatan Jenazah MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA, di sini, sebentar tadi.
Foto
ANGGOTA tentera mengusung keranda jenazah Penyelia Penerbangan Kabin Mohd Ghafar Abu Bakar. FOTO Khairull Azry Bidin

Baki 12 lagi jenazah belum dikenal pasti.

Dalam kejadian 17 Julai lalu, pesawat MAS penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan ditembak jatuh di timur Ukraine. 

Semua 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam kejadian itu termasuk 43 rakyat Malaysia. 
Sumber: hmetro.com

No comments:

Post a Comment