Thursday, August 28, 2014

MH17: Lima jenazah, dua abu mayat pulang 2 September

Putrajaya: Lima jenazah dan dua abu mayat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 akan tiba di tanahair pada 2 September dan bukan Sabtu ini seperti dijadualkan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, tarikh membawa pulang jenazah ditukar berikutan beberapa urusan perlu dilakukan termasuk pembakaran mayat beragama Buddha dan Sikh. 
Menurutnya, proses pembakaran mayat perlu mengambil masa agak lama sekurang-kurangnya 48 jam. 

"Sehingga kini, sebanyak 31 jenazah sudah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan 24 daripanya sudah dibawa pulang," katanya.
Foto
FOTO Reuters

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Pasca Kabinet di sini, hari ini.
Sumber: hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment