Saturday, November 29, 2014

12 Kebaikan Air Lemon yang Semua Orang Kena Tahu.

Air Lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid berlebihan dalam badan. Untuk membuat air lemon yang segar, Lemon segar boleh dipotong dan hanya diperah dalam segelas air atau jag tanpa gula atau dengan gula atau madu. Mudah kan?

Banyak kelebihan minum air lemon setiap hari. Anda pasti akan minum air lemon setiap hari kerana kelebihan-kelebihannya yang sangat baik untuk kesihatan.

Lemons

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
Lemon Water
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Sumber: tipsihatselalu.blogspot.com

Ikan Anglerfish atau popular dengan nama Iblis Laut ditemui

Pertama Kalinya, Penampakan Ikan Iblis Terlihat

Seekor ikan melanocetus anglerfish atau yang sering disebut 'iblis laut' ditemui untuk pertama kali di kedalaman 600 meter di bawah permukaan Laut Pasifik, wilayah Monterey Canyon.



Menurut Mirror.co.uk, Rabu 26 November 2014, jenis ikan paling sukar ditemui di dunia ini berukuran 9 sentimeter, dengan antena yang bercahaya di atas kepalanya.

Ikan ini memiliki rahang yang besarnya melebihi ukuran tubuh, gigi-gigi yang tajam, serta lentera bercahaya di atas kepalanya, berfungsi untuk menarik mangsa.


Penemuan ikan yang tergolong langka tersebut didokumentasikan oleh Monterey Bay Aquarium Research Institute (MBARI) yang berbasis di California, Amerika Serikat (AS).

Spesies ikan melanocetus yang betina ukurannya jauh lebih besar dari jantan. Tim MBARI percaya ini merupakan penemuan pertama yang dilakukan ikan melanocetus yang masih hidup di laut dalam.


Untuk mempelajari lebih lanjut, peneliti menangkap ikan itu lalu disimpan dalam sebuah tangki gelap dengan suhu air dingin, mirip habitatnya. Tapi jangka masa hidup 'ikan iblis' tidak akan bertahan lama.

Sumber: um-fabolous.blogspot.com

Batu neraka : Batu Dari Burung Ababil Berusia 1,442 tahun

 Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘ batu neraka ‘ telah di tawarkan 4 juta usd atau dalam RM12 juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.

Bagaimana batu itu ditemui..?

Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.
Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.





Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta)  untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

Sumber anakjatimalaya93.blogspot.com

Friday, November 28, 2014

Kejam!! Lelaki Rantai Isterinya Selama 10 tahun dan Paksa Lahirkan Anak Dalam Keadaan Berantai..


WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.

Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.

Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.


Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.

Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.

Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya.

Namun Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah. – AP

Sumber: ejeninfo.blogspot.com

Thursday, November 27, 2014

Perut terburai ditikam


Ipoh: Seorang lelaki warga Indonesia maut dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam hingga menyebabkan perut terburai dalam kejadian di Angsana Ipoh Mall, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Al Amin, 30, ditemui dalam keadaan perut terburai di tingkat satu pusat beli belah terbabit dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa rakannya ke premis terbabit untuk karaoke, dan selepas selesai karaoke mangsa dipercayai didatangi sekumpulan 10 hingga 15 lelaki warga Indonesia, sebelum berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan.

"Mangsa kemudian dipercayai dibelasah sebelum ditikam dengan senjata tajam.

"Sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian, anggota dari Balai Polis Sungai Senam di sini, ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan, namun sebaik sampai di hospital mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sumber: um-fabolous.blogspot.com

Wednesday, November 26, 2014

Inilah Lelaki dari Masa Depan Tahun 2035 Yang Telah Berjaya Menggegarkan Seluruh Indonesia

Facebook dihebohkan oleh seseorang yang mengaku berasal dari tahun 2035. Melalui akun facebooknya, orang itu mengaku kalau ia berasal dari tahun 2035 dan kembali ke tahun 2014 dengan membawa misi... Berikut adalah perkenalan orang yang mengaku berasal dari masa depan itu melalui sebuah postingan di facebook...









p/s: Buat para ibubapa, tolonglah awasi anak-anak anda dengan baik terutamanya semasa menonton filem-filem yang agak berat seperti “Interstellar”. Tak nak lah esok ada pula rakyat Malaysia yang mengaku lahir tahun 2020 pula dan kembali ke tahun 2014 atas nama misi masa depan....via the Vocket.

Sumber: om-fabolous.blogspot.com

Kisah Menyedihkan Wanita Tukang Rasa Makanan Adolf Hitler..

Semasa era perang dunia ke-2 banyak kisah-kisah yang menyayat hati yang berlaku kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan perang. Ada yang dirahsiakan pengalaman itu dan ada juga yang menceritakan untuk perkongsian anak-anak mereka. Kisah menyayat hati ini juga berlaku kepada Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita  ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.


Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.


Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.
“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.


Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.


“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.







Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.

Sumber:ejeninfo.blogspot.com

Tuesday, November 25, 2014

Punca lelaki bangladesh selalu pegang tangan ketika berjalan

Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.

"Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay".

Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu "Gay" bermaksud "Sangat Gembira" hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik. 

p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat.

p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana

sumber tabekpuang.blogspot.com

Monday, November 24, 2014

Pelik!! Penjaga Tanah Perkuburan Gali Kubur Ibunya Untuk Selfie Bersama Ibu..


Beirut – Seorang penjaga tanah perkuburan yang gemar menghabiskan masa di tanah perkuburan Deab Saiqly menggali kubur ibunya dan mengambil gambar bersama mayat berkenaan, menurut laporan TV MBC.

MBC TV Channel menemuramah lelaki itu dan menjemput pakar psikiatri untuk memberi keterangan mengenai kes berkenaan.

Bagaimanapun, dia kelihatan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental.

Deab memberitahu pengacara dan pakar psikiatri bahawa dia suka menghabiskan masa di tanah perkuburan kerana suasana di situ membuat perasannya tenteram dan bahagia berada bersama orang yang sudah mati.

Dia juga menolak lamaran seorang wanita dari Amerika Syarikat kerana tidak mahu meninggalkan tanah perkuburan itu.

Menurut Deab dia sudah mengambil banyak gambar selfie bersama rangka manusia di kuburan tetapi cuma menyimpan gambar bersama mendiang ibunya.

Sumber:ejeninfo.blogspot.com

Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh..


Tasik Chagan di Kazakhstan mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu kecil menghiasi di pinggir tasik, airnya yang tenang juga menggoda pelawat untuk berenang. Tapi awas, pelawat dilarang menyentuh air tasiknya!

Tasik yang berada di Kazakhstan, Tasik Chagan jadi tempat yang perlu diberi perhatian. Tasik yang menjadi saksi Perang Dingin di Kesatuan Soviet, tasik ini terbentuk kerana letupan nuklear dan hingga sekarang airnya masih mengandungi radioaktif.

Ketika Perang Dingin, Kesatuan Soviet melakukan letupan nuklear di seluruh bahagian timur laut Kazakhstan. Tujuannya untuk menyiasat kemungkinan penggunaan tenaga nuklear untuk pembinaan, seperti penggerudian minyak, pembuatan saluran dan takungan.

Sebanyak 156 letupan nuklear dilakukan Kesatuan Soviet. Salah satunya adalah ujian di Chagan, Kazakhstan. Letupan ini untuk pembuatan takungan atau tasik buatan.

Hasilnya, kawah besar hasil letupan terbentuk. Kawah dengan keluasan 400 meter pesegi dan kedalaman 100 meter dan diberi nama Tasik Chagan atau Tasik Atomik. 

Program letupan ini ternyata idea yang buruk. Air dalam tasik jadi mengandungi radioaktif. Bahkan, jumlah radioaktif yang terkandung mencecah 100 kali lebih banyak dari had yang dibenarkan. 

Jika dilihat, Tasik Chagan sebenarnya mempunyai panorama yang indah. Rumput hijau dan batuan kecil di pinggir kawah menambah indah pemandangan. 

Pelawat yang ingin melihat harus berhati-hati. Jangan sembarang menghampiri atau bahkan menyentuh air tasik, anda boleh terkena radioaktif. 




Tasik ini memang sangat berbahaya. Kerana kuatnya radioaktif, ikan pun tak boleh hidup. Tidak hanya itu, burung dan haiwan lain tak boleh tinggal di sana.

Sumber: ejeninfo.blogspot.com

Sikap Eina Azman Dikecam Parking Kereta Di Petrol Pump untuk Makan Di Subway

Umum tahu, di hari perkahwinan yang lalu artis wanita, Eina Azman, mendapat kereta rare dari suaminya, Chevrolet Camaro.

Terbaru, kereta Eina Azman ini ditemui parking di tempat mengisi minyak di stesen Petronas Solaris. Eina Azman didakwa sengaja meletakkan keretanya di situ dan kemudian pergi makan di Subway.

Dedah sumber,



"Mohon rakan-rakan doakan mereka mendapat hidayah. Parking kat petrol pum and then dine in kat Subway. Perangai tipikal bangsawan ekspress. Aku tak kisah kau Datuk Paduka ke, pelakon ke, parking ada kot, boleh pulak kau parking kat situ."

Itulah masalahnya bila menjadi artis, ramai mata yang memandang, lebih-lebih lagi jika seseorang artis itu sangat popular.

Sumber: oomedianetwork.com

Cara Turunkan Berat Badan dengan Berkesan

As-salam..


Kali ni saya nak berkongsi tentang tips penurunan berat badan yang berkesan.. Mungkin anda dah pernah cuba pelbagai produk untuk menurunkan berat badan. Tetapi masih lagi tidak berjaya dan mungkin juga berat anda telah turun tetapi naik semula setelah menghentikan diet anda tersebut.

Kenapa berat naik semula?





1-Mengelak makan pada waktu makan

Jangan sesekali skip makan semata-mata nak kurangkan makan. Seelok-eloknya makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang SEDIKIT serta minum air mineral selalu di antara waktu pemakanan. Apa hikmah makan 5-6 kali sehari? Bukankah makin menggemukkan? Tidak.


Makan dalam 5-6 kali sehari adalah rahsia orang yang telah berjaya turun berat badan. Kenapa?
  • Setiap kali selepas makan, proses pembakaran lemak daripada makanan akan berlaku. Lebih kerap anda makan, lebih keraplah lemak dibakar kerana makan lebih kerap boleh meningkatkan lagi metabolisme badan.
  • Bila kerap makan, kita tidak mudah berasa lapar, dengan itu kita tidak mengambil makanan dalam jumlah yang banyak setiap kali makan.
  • Apabila makan sedikit, maka lebih banyak ruang untuk proses penghadaman lebih cepat. Lebih baik penghadaman, maka lebih mudah untuk detoks.


2-Tidak mengambil karbohidrat

Saya tahu ramai juga yang dah berjaya dengan mengamalkan diet tanpa karbohidrat seperti diet Atkins. Karbohidrat penting untuk membantu anda dengan cara memberikan tenaga untuk anda bersenam dan melakukan kerja harian. Jika tidak bertenaga bagaimana ingin meneruskan aktiviti harian anda?

Menyingkirkan terus karbohidrat seperti nasi atau roti daripada menu harian anda juga boleh menyebabkan anda cenderung mengambil protein lebih banyak untuk membuatkan anda kenyang. Awas jika protein yang banyak diambil adalah protein haiwan sahaja seperti daging dan ayam kerana ini boleh menyumbang kepada berlakunya masalah kolestrol pula jika beserta dengan lemak yang banyak. Kadang-kadang jika makan di kedai lemak-lemak pada protein haiwan tidak dibuang kerana boleh menambahkan lagi kelazatan makanan. Ini salah satu faktor yang boleh membuatkan anda kembali gemuk dan tidak sihat.


3-Diet yang keterlaluan

Ada sesetengah orang mengamalkan diet keterlaluan. Tidak makan pada waktunya, makan sangat sedikit, dan juga yang terlalu mengelakkan makan makanan kesukaan sehingga pada satu tahap selera anda tidak boleh dikawal lagi kerana kekangan anda sendiri pada awalnya menyebabkan anda 'melepaskan geram' dengan makan keterlaluan pada hari-hari tertentu..Mengambil makanan kegemaran sekali sekala dalam jumlah yang sedikit adalah tidak salah. Tetapi jika kerapnya anda tidak konsisten dalam pemakanan ini boleh menyebabkan badan anda juga menerima refleksi mengejutkan. Tak mustahil suatu masa anda naik ke atas penimbang dan anda dapati..."Alamak!! Berat naik semula berkilo-kilo"..


4- Nak turun berat cepat!!

Kenapa mesti anda nak turunkan berat terlalu cepat lantas mengambil pil-pil hormon yang menjadi penggalak kepada penurunan berat badan secara mendadak?? Apa yang saya maksudkan  di sini ialah berat yang turun mendadak tanpa senaman dan kawalan kalori...Mudahnya..Namun kebiasaannya ia akan berakhir dengan berat naik semula dengan cepat apabila anda menghentikan pengambilan pil-pil tersebut.


Kenapa berat anda boleh turun dengan cepat dan naik semula dengan cepat? Hal ini berlaku kerana turunnya berat badan tersebut bukan kerana penurunan jisim lemak, tapi ia adalah disebabkan penurunan jisim otot. Bila jisim otot berkurangan, kadar metabolisma juga semakin berkurang, dan apabila  kembali kepada pemakanan asal seharian (tidak berdiet atau menghentikan pengambilan pil-pil diet), berat badan akan naik mendadak.
Lalu bagaimana cara diet yang sihat?



Cara diet(pemakanan) yang sihat

Saya teringat satu petua yang Rasulullah S.A.W telah ajarkan kepada kita..(Bukan petikan sabda baginda..)

"Makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum kenyang.."

Makan untuk menggalakkan pembakaran lemak secara sihat

Bagaimana untuk menggalakkan pembakaran lemak dengan sihat tanpa menjejaskan kesihatan anda?

Mudah sahaja. Anda tidak perlu berhenti makan. tetapi anda harus makan 5-6 kali sehari mengikut waktu pengambilan makanan harian seperti biasa tetapi dalam jumlah yang sedikit pada setiap kali. Seperti yang saya katakan tadi, makan dalam 5-6 kali sehari adalah rahsia orang yang telah berjaya turun berat badan. Kenapa? Kerana makan dengan kerap dalam jumlah yang sedikit menjadikan kadar metabolisma anda semakin meningkat, dan apabila kadar metabolisma semakin meningkat, ia akan memudahkan proses pembakaran lemak.

Memulihkan sistem penghadaman untuk memudahkan detoks

Untuk memulihkan sistem penghadaman, amalkan makan buah-buahan tinggi serat sebelum makan nasi. Ini adalah berpandukan diet Rasulullah saw yang memakan buah terlebih dahulu sebelum makan makanan berat (roti dan gandum). Jika anda makan buah dulu, maka anda akan terdorong untuk mengurangkan kuantiti pengambilan nasi dan ini menyebabkan anda mudah dan cepat terasa kenyang. Selain itu juga, makanlah pemakanan seimbang dan lebihkan pengambilan sayur dalam pemakanan seharian, untuk memastikan sistem penghadaman anda sihat dan akhirnya memudahkan proses detoksi bagi membuang lemak-lemak dan toksin yang tidak diperlukan dalam tubuh anda. Oh, ya..anda juga perlu minum air secukupnya untuk memastikan proses pembuangan dan detoksi berjalan lancar.

Meningkatkan jisim otot

Kenapa perlu meningkatkan jisim otot? Tujuannya ialah supaya metabolisme dapat ditingkatkan. Selain itu juga apabila anda telah turun berat, bahagian otot tidak akan menggelebeh dan nampak tegap. Bagaimana nak tingkatkan jisim otot? Anda digalakkan makan makanan sumber protein seperti isi ayam, isi ikan, dan tauhu. Ia akan meningkatkan jisim otot kerana fungsi protein adalah untuk memperbaiki tisu otot dan membina otot. Sebab tu orang yang telah menurunkan berat badan sangat mementingkan pengambilan protein dalam diet seharian, untuk meningkatkan jisim otot yang sangat berkait rapat dengan kadar metabolisma semakin meningkat, dan akhirnya membawa kepada pembakaran lemak yang cepat.


Turunkan Berat Badan Cara Shaklee?

Set Menurunkan Berat Badan @ Set Slimming Shaklee bertindak secara perlahan dan selamat. Dengan mematuhi cara pengambilan supplement yang betul, pengawalan kalori dan pengambilan air secukupnya yang dicadangkan, penurunan berat akan lebih konsisten dan lebih mudah untuk mantain berat setelah berat turun.

♥ Tips dari majalah RAPI Apr 2012
Elakkan Diet Drastik : Pengurangan berat badan sebanyak 1kg sebulan adalah lebih baik drp turun berat badan dgn banyak secara drastik dan mendadak. Ia boleh mengganggu kesihatan dan tidak mustahil jika anda berhenti berdiet, berat badan juga akan bertambah secara mendadak atau lebih teruk dari dahulu.

Set Slimming Shaklee bertindak dalam 3 cara secara asasnya iaitu:

  • Bakar/ pecahkan lemak dengan Lecithin/Omega Guard
  • Buang/ detox lemak dan toksin dengan alfalfa/herblax
  • Bina otot/fit dengan cinch shake/ESP

Kalau anda perasan..TIGA CARA INI SAMA DENGAN CARA DIET YANG SIHAT di atas!!
Sebab itu ramai yang memilih untuk menurunkan berat dengan cara yang sihat ini...

Apakah produk Shaklee yang perlu diambil untuk penurunan berat yang sihat?

Ini bergantung kepada siapa yang mengambil set ini:
  • Ibu menyusu
  • Bukan menyusu(Lelaki dan wanita)

Ibu Menyusu dicadangkan mengambil TIGA produk berikut:

  • Alfalfa untuk detoks lemak dan toksin dari tubuh.
  • Lecithin atau Omega atau kedua-duanya sekali untuk pembakaran lemak yang menjadikan molekul lemak lebih halus dan mudah disingkirkan.
  • ESP sejenis minuman berprotein soya non GMO untuk pembinaan jisim otot.
Boleh rujuk testimoni 'Set Slimming Ibu Menyusu'

Bagi yang tidak menyusu(Lelaki atau perempuan)

  • Alfalfa atau herblax untuk detoks lemak dan toksin dari tubuh. Herblax tidak digalakkan bagi ibu menyusu kerana kandungan herbanya mungkin boleh menyebabkan gangguan kepada bayi.
  • Lecithin atau Omega atau kedua-duanya sekali untuk pembakaran lemak yang menjadikan molekul lemak lebih halus dan mudah disingkirkan.
  • ESP atau Cinch Shake dengan perisa vanila@coklat@ latte-sejenis minuman berprotein soya non GMO untuk pembinaan jisim otot. Cinch Shake tidak digalakkan bagi ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang rendah tidak mencukupi untuk menyusukan bayi.
*Alfalfa tidak sesuai diambil oleh penghidap SLE.

insyaaAllah, produk yang dicadangkan ini tidak menjejaskan kesihatan anda. Ianya semulajadi dan bebas daripada kandungan bahan-bahan merbahaya atau dadah. Namanya pun makanan tambahan, maka anda masih perlu mengawal kalori makanan yang diambil setiap hari dan mengamalkan bersenam untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Tipsnya ada pada saya dan anda boleh mendapatkannya secara percuma dengan pembelian Set Slimming/ Turunkan Berat Badan Shaklee ekslusif dari saya.

Jika anda inginkan lebih info tentang tips diet  terbaik dengan produk Shaklee, atau ingin mendapatkan produk Shaklee untuk menurunkan berat badan, bolehlah berhubung terus dengan saya seperti di bawah:

More info:
Raihana (SID 911750)-0199387283
http://mauceriasokmo.blogspot.com/
Like my page:http://facebook.com/Mauceriasokmo