As-salam..
Kali ni saya nak berkongsi tentang tips penurunan berat badan yang berkesan.. Mungkin anda dah pernah cuba pelbagai produk untuk menurunkan berat badan. Tetapi masih lagi tidak berjaya dan mungkin juga berat anda telah turun tetapi naik semula setelah menghentikan diet anda tersebut.
Kenapa berat naik semula?
1-Mengelak makan pada waktu makan
Jangan sesekali skip makan semata-mata nak kurangkan makan. Seelok-eloknya makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang SEDIKIT serta minum air mineral selalu di antara waktu pemakanan. Apa hikmah makan 5-6 kali sehari? Bukankah makin menggemukkan? Tidak.
Makan dalam 5-6 kali sehari adalah rahsia orang yang telah berjaya turun berat badan. Kenapa?
- Setiap kali selepas makan, proses pembakaran lemak daripada makanan akan berlaku. Lebih kerap anda makan, lebih keraplah lemak dibakar kerana makan lebih kerap boleh meningkatkan lagi metabolisme badan.
- Bila kerap makan, kita tidak mudah berasa lapar, dengan itu kita tidak mengambil makanan dalam jumlah yang banyak setiap kali makan.
- Apabila makan sedikit, maka lebih banyak ruang untuk proses penghadaman lebih cepat. Lebih baik penghadaman, maka lebih mudah untuk detoks.
2-Tidak mengambil karbohidrat
Saya tahu ramai juga yang dah berjaya dengan mengamalkan diet tanpa karbohidrat seperti diet Atkins. Karbohidrat penting untuk membantu anda dengan cara memberikan tenaga untuk anda bersenam dan melakukan kerja harian. Jika tidak bertenaga bagaimana ingin meneruskan aktiviti harian anda?
Menyingkirkan terus karbohidrat seperti nasi atau roti daripada menu harian anda juga boleh menyebabkan anda cenderung mengambil protein lebih banyak untuk membuatkan anda kenyang. Awas jika protein yang banyak diambil adalah protein haiwan sahaja seperti daging dan ayam kerana ini boleh menyumbang kepada berlakunya masalah kolestrol pula jika beserta dengan lemak yang banyak. Kadang-kadang jika makan di kedai lemak-lemak pada protein haiwan tidak dibuang kerana boleh menambahkan lagi kelazatan makanan. Ini salah satu faktor yang boleh membuatkan anda kembali gemuk dan tidak sihat.
3-Diet yang keterlaluan
Ada sesetengah orang mengamalkan diet keterlaluan. Tidak makan pada waktunya, makan sangat sedikit, dan juga yang terlalu mengelakkan makan makanan kesukaan sehingga pada satu tahap selera anda tidak boleh dikawal lagi kerana kekangan anda sendiri pada awalnya menyebabkan anda 'melepaskan geram' dengan makan keterlaluan pada hari-hari tertentu..Mengambil makanan kegemaran sekali sekala dalam jumlah yang sedikit adalah tidak salah. Tetapi jika kerapnya anda tidak konsisten dalam pemakanan ini boleh menyebabkan badan anda juga menerima refleksi mengejutkan. Tak mustahil suatu masa anda naik ke atas penimbang dan anda dapati..."Alamak!! Berat naik semula berkilo-kilo"..
4- Nak turun berat cepat!!
Kenapa mesti anda nak turunkan berat terlalu cepat lantas mengambil pil-pil hormon yang menjadi penggalak kepada penurunan berat badan secara mendadak?? Apa yang saya maksudkan di sini ialah berat yang turun mendadak tanpa senaman dan kawalan kalori...Mudahnya..Namun kebiasaannya ia akan berakhir dengan berat naik semula dengan cepat apabila anda menghentikan pengambilan pil-pil tersebut.
Kenapa berat anda boleh turun dengan cepat dan naik semula dengan cepat? Hal ini berlaku kerana turunnya berat badan tersebut bukan kerana penurunan jisim lemak, tapi ia adalah disebabkan penurunan jisim otot. Bila jisim otot berkurangan, kadar metabolisma juga semakin berkurang, dan apabila kembali kepada pemakanan asal seharian (tidak berdiet atau menghentikan pengambilan pil-pil diet), berat badan akan naik mendadak.
Lalu bagaimana cara diet yang sihat?
Cara diet(pemakanan) yang sihat
Saya teringat satu petua yang Rasulullah S.A.W telah ajarkan kepada kita..(Bukan petikan sabda baginda..)
"Makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum kenyang.."
Makan untuk menggalakkan pembakaran lemak secara sihat
Bagaimana untuk menggalakkan pembakaran lemak dengan sihat tanpa menjejaskan kesihatan anda?
Mudah sahaja. Anda tidak perlu berhenti makan. tetapi anda harus makan 5-6 kali sehari mengikut waktu pengambilan makanan harian seperti biasa tetapi dalam jumlah yang sedikit pada setiap kali. Seperti yang saya katakan tadi, makan dalam 5-6 kali sehari adalah rahsia orang yang telah berjaya turun berat badan. Kenapa? Kerana makan dengan kerap dalam jumlah yang sedikit menjadikan kadar metabolisma anda semakin meningkat, dan apabila kadar metabolisma semakin meningkat, ia akan memudahkan proses pembakaran lemak.
Memulihkan sistem penghadaman untuk memudahkan detoks
Untuk memulihkan sistem penghadaman, amalkan makan buah-buahan tinggi serat sebelum makan nasi. Ini adalah berpandukan diet Rasulullah saw yang memakan buah terlebih dahulu sebelum makan makanan berat (roti dan gandum). Jika anda makan buah dulu, maka anda akan terdorong untuk mengurangkan kuantiti pengambilan nasi dan ini menyebabkan anda mudah dan cepat terasa kenyang. Selain itu juga, makanlah pemakanan seimbang dan lebihkan pengambilan sayur dalam pemakanan seharian, untuk memastikan sistem penghadaman anda sihat dan akhirnya memudahkan proses detoksi bagi membuang lemak-lemak dan toksin yang tidak diperlukan dalam tubuh anda. Oh, ya..anda juga perlu minum air secukupnya untuk memastikan proses pembuangan dan detoksi berjalan lancar.
Meningkatkan jisim otot
Kenapa perlu meningkatkan jisim otot? Tujuannya ialah supaya metabolisme dapat ditingkatkan. Selain itu juga apabila anda telah turun berat, bahagian otot tidak akan menggelebeh dan nampak tegap. Bagaimana nak tingkatkan jisim otot? Anda digalakkan makan makanan sumber protein seperti isi ayam, isi ikan, dan tauhu. Ia akan meningkatkan jisim otot kerana fungsi protein adalah untuk memperbaiki tisu otot dan membina otot. Sebab tu orang yang telah menurunkan berat badan sangat mementingkan pengambilan protein dalam diet seharian, untuk meningkatkan jisim otot yang sangat berkait rapat dengan kadar metabolisma semakin meningkat, dan akhirnya membawa kepada pembakaran lemak yang cepat.
Turunkan Berat Badan Cara Shaklee?
Set Menurunkan Berat Badan @ Set Slimming Shaklee bertindak secara perlahan dan selamat. Dengan mematuhi cara pengambilan supplement yang betul, pengawalan kalori dan pengambilan air secukupnya yang dicadangkan, penurunan berat akan lebih konsisten dan lebih mudah untuk mantain berat setelah berat turun.
♥ Tips dari majalah RAPI Apr 2012
Elakkan Diet Drastik : Pengurangan berat badan sebanyak 1kg sebulan adalah lebih baik drp turun berat badan dgn banyak secara drastik dan mendadak. Ia boleh mengganggu kesihatan dan tidak mustahil jika anda berhenti berdiet, berat badan juga akan bertambah secara mendadak atau lebih teruk dari dahulu.
Set Slimming Shaklee bertindak dalam 3 cara secara asasnya iaitu:
- Bakar/ pecahkan lemak dengan Lecithin/Omega Guard
- Buang/ detox lemak dan toksin dengan alfalfa/herblax
- Bina otot/fit dengan cinch shake/ESP
Kalau anda perasan..TIGA CARA INI SAMA DENGAN CARA DIET YANG SIHAT di atas!!
Sebab itu ramai yang memilih untuk menurunkan berat dengan cara yang sihat ini...
Apakah produk Shaklee yang perlu diambil untuk penurunan berat yang sihat?
Ini bergantung kepada siapa yang mengambil set ini:
- Ibu menyusu
- Bukan menyusu(Lelaki dan wanita)
Ibu Menyusu dicadangkan mengambil TIGA produk berikut:
- Alfalfa untuk detoks lemak dan toksin dari tubuh.
- Lecithin atau Omega atau kedua-duanya sekali untuk pembakaran lemak yang menjadikan molekul lemak lebih halus dan mudah disingkirkan.
- ESP sejenis minuman berprotein soya non GMO untuk pembinaan jisim otot.
Boleh rujuk testimoni 'Set Slimming Ibu Menyusu'
Bagi yang tidak menyusu(Lelaki atau perempuan)
- Alfalfa atau herblax untuk detoks lemak dan toksin dari tubuh. Herblax tidak digalakkan bagi ibu menyusu kerana kandungan herbanya mungkin boleh menyebabkan gangguan kepada bayi.
- Lecithin atau Omega atau kedua-duanya sekali untuk pembakaran lemak yang menjadikan molekul lemak lebih halus dan mudah disingkirkan.
- ESP atau Cinch Shake dengan perisa vanila@coklat@ latte-sejenis minuman berprotein soya non GMO untuk pembinaan jisim otot. Cinch Shake tidak digalakkan bagi ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang rendah tidak mencukupi untuk menyusukan bayi.
*Alfalfa tidak sesuai diambil oleh penghidap SLE.
insyaaAllah, produk yang dicadangkan ini tidak menjejaskan kesihatan anda. Ianya semulajadi dan bebas daripada kandungan bahan-bahan merbahaya atau dadah. Namanya pun makanan tambahan, maka anda masih perlu mengawal kalori makanan yang diambil setiap hari dan mengamalkan bersenam untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Tipsnya ada pada saya dan anda boleh mendapatkannya secara percuma dengan pembelian Set Slimming/ Turunkan Berat Badan Shaklee ekslusif dari saya.
Jika anda inginkan lebih info tentang tips diet terbaik dengan produk Shaklee, atau ingin mendapatkan produk Shaklee untuk menurunkan berat badan, bolehlah berhubung terus dengan saya seperti di bawah:
More info:
Raihana (SID 911750)-0199387283
http://mauceriasokmo.blogspot.com/
Like my page:http://facebook.com/Mauceriasokmo
Raihana (SID 911750)-0199387283
http://mauceriasokmo.blogspot.com/
Like my page:http://facebook.com/Mauceriasokmo
No comments:
Post a Comment