Saturday, November 15, 2014

TV Rusia Dedah Gambar Dakwa Saat MH17 Ditembak Jet Pejuang

Jika semalam sebuah laporan dari egensi penyiasatan Rusia melaporkan mengenai satu atau dua jet pejuang dikesan berdekatan dengan pesawat MH17 ketika ianya terhempas di Ukrain, hari ini satu gambar yang didakwa saat pesawat pejuang Ukrain melepaskan tembakan tepat ke pesawat MH17 pula disebar oleh media Rusia.


Gambar tersebut didakwa diambil dari satelit US ataupun British.


Bagaimanpun, ramai yang mempersoalkan kesahihan gambar tersebut lebih-lebih lagi resolusi gambar berkenaan yang begitu jelas.

Seorang pemilik akaun Twitter, Brown Moses, menyatakan beberapa tekstur peta yang digunakan di dalam gambar tersebut berasal dari peta google earth pada tahun 2012.


Brown Moses juga mendedahkan peta yang digunakan sebagai latar belakang pesawat ketika 'zoom in' berasal dari peta laman webyandax.


Dan satu lagi isu yang menjadi persoalan ramai adalah jarak tembakan jet pejuang berkenaan yang berukuran kira-kira 50 kilometer. Jarak ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Rusia juga baru-baru ini yang mengatakan MH17 diserang dari jarak 400 meter sahaja

Jarak yang dikira menggunakan posisi jet pejuang berada dan  posisi MH17 berada adalah 50KM. Pengiraan dibuat berdasarkan struktur bumi dan bantuan Google Maps.


Laporan yang menyatakan pesawat diserang dari jarak 400m oleh Rusia - 1TV.ru adalah media dari Rusia yang menyiarkan laporan tersebut.

Hasil dari siasatan pengguna internet juga, gambar yang didakwa MH17 dikatakan berasal dari satu gambar yang mana asalnya merupakan gambar bagi wallpaper desktop.



Selain dari isu diatas, beberapa perkara lain juga dibangkitkan oleh pengguna-pengguna di internet seperti saiz kapal terbang dengan jarak permukaan bumi, kedudukan lambang MAS, masa yang dipaparkan dalam gambar berkenaan dan juga bahagian kapal terbang yang terkena tembakan .

No comments:

Post a Comment