Kesian : Kanak-Kanak Ini Diberi Makan Sebelum Ditembak (3 Gambar)| Gambar yang menunjukkan saat terakhir sebelum seorang kanak-kanakberusia 12 tahun dibunuh oleh tentera Sri Lanka, tersebar. Melalui gambar tersebut, terungkap bahawa kanak-kanak lelaki tersebut sempat diberi makanan sebelum ditembak mati.
Gambar kanak-kanak yang bernama Balachandran Prabhakaran, anak pemimpin pemberontak Harimau Tamil, Velupillai Prabhakaranini, diambil pada Mei 2009 lalu, tengah berlaku konflik besar-besaran antara kerajaan Sri Lanka dengan kumpulan pemberontak Tamil.
kerajaan Sri Lanka selama ini mendakwa bahawa Balachandran mati dalam tembak-menembak antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak. Namun kewujudan gambar tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut ternyata dihukum mati secara keji oleh tentera Sri Lanka. Demikian seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (20/2/2013).
Gambar pertama menunjukkan Balachandran yang sedang ditahan tentera Sri Lanka, duduk di sebuah bangku sambil memakan snack.kelihatan gambar kanak-kanak ini hanya berseluar pendek.
Namun gambar di bawah benar-benar memilukan hati. Balachandran kelihatan terbaring di tanah dalam keadaan tidak bernyawa,dan kelihatan luka tembakan di dadanya.
Menurut hasil pemeriksaan, terdapat 5 luka tembakan di bahagian dada Balachandran. Dari lukanya, budak tersebut ditembak dari jarak dekat. Pekara membuktikan kerajaan Sri Lanka yang menyatakan bahawa Balachandran mati dalam adengan tembak-menembak adalah palsu.
Gambar-gambar Balachandran ini dipaparkan dalam filem dokumentari berjudul 'No Fire Zone' yang diterbitkan oleh pengarah Callum MacRae. Menurut MacRae, foto-foto tersebut menjadi tamparan bagi kerajaan Sri Lanka.
Sumber: jurungan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment