Pulau Tashirojima adalah sebuah kepulauan kecil yang terletak di Ishinomaki, Miyagi, Japan. Sebuah pulau yang mempunyai penduduk walaupun jumlah populasinya sangat sedikit iaitu lebih kurang 100 orang menurun daripada 1000 orang pada tahun 1950. Pulau ini juga terkenal dengan nama Pulau Kucing kerana sebilangan besar penduduknya disini adalah kucing dan bilangan mereka melebihi populasi penduduk disini.
Pulai Tashirojima dihuni oleh beratus-ratus kucing dari baka Feline, yang dijaga oleh manusia di pulau tersebut. Pada asalnya, kucing-kucing tersebut dibawa ke pulau berkenaan untuk tujuan mengawal serangga dan binatang perosak. Namun sejak dari itu, kucing-kucing tersebut membiak dan bilangan mereka mengatasi bilangan manusia di kepulauan tersebut sehingga empat kali ganda.
Menurut kepercayaan penduduk tempatan di pulau itu, yang kini bilangannya hanya dalam 100 orang, memberi makan kepada kucing di pulau tersebut akan membawa kekayaan dan kebaikan kepada mereka. Kini, Pulau Tashirojima telah menjadi destinasi pelancongan bagi pencinta-pencinta kucing. Penduduk dan pelancong juga dilarang membawa anjing ke kepulauan berkenaan bagi menghormati kucing-kucing di sana.
Yang pasti, pulau itu sudah tentu menjadi syurga bagi kucing-kucing terutamanya apabila diberi makan secukupnya dengan ikan dan makanan laut yang segar-segar.
Sumber: ejeninfo.blogspot.com
No comments:
Post a Comment