Wednesday, November 12, 2014

18 GAMBAR : DUA KALI LAFAZ - ELLY MAZLEIN KINI SAH ISTERI AZMI HATTA

Pelakon lemah lembut yang sering mencuri hati penonton, Elly Mazlein, 34, pagi tadi selamat bergelar isteri kepada Azmi Hatta dengan dua kali lafaz di surau As Sakinah Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Mereka dinikahkan oleh bapa Elly sendiri yang merupakan wali, Syed Hanafi Syed Abdullah serta disaksikan oleh juru nikah iaitu Penolong Pendaftar Nikah Kariah Taman Putra Perdana, Ahmad Baie Jaaafar.





Hantaran dari pihak lelaki ialah 7 dulang berupa tas tangan, kasut, cincin, kek, sireh junjung dan cincin serta mas kahwin sebanyak RM300.

Manakala bagi pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran berupa kasut, jam tangan, cincin, kek, coklat, haruman lelaki, beg bimbit, cermin mata hitam.



Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, dan Azmi kemudian diraikan secara ringkas dalam jamuan makanan serta makanan beradab di halaman surau tersebut.

Selepas majlis akad nikah, Elly dan suaminya Azmi menziarahi pusara ibunya yang meninggal dunia pada Mei lalu yang terletak bersebelahan surau As Sakinah.



"Alhamdulillah setelah beberapa kali kami membuat perancangan akhirnya kami dipermudahkan untuk melangsungkan pernikahakan kami hari ini.

"Saya tidak sabar untuk melangkah ke fasa baru dan sesungguhnya sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, insyaAllah.

"Saya memilih untuk mengadakan majlis di sebelah pusara ibu kerana sejak pemergiannya, setiap hari saya pergi menziarah kuburnya. Jadi saya ingin hari bersejarah ini diadakan dengan ibu saya," ujar Elly yang sebelum ini bertunang dengan Azmi pada 29 Mei 2011 di Bukit Kiara Equestrian. Resort.































Sumber: www.myartis.com

No comments:

Post a Comment