Friday, November 14, 2014

Bandar Di China Ini Di Bina Seperti Kota Paris Tapi Hasilnya Buat KamiTersenyum. LOL!

Negara China terkenal dengan konsep barangan tiruannya. Tapi yang ini memang agak epik.
Pada tahun 2007 kerajaan China telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah bandar replika hasil adaptasi dari bandar Paris dan Eifel Tower di Tianducheng, Wilayah Zhejiang.
Tapi nampaknya projek ini tidak berjaya seperti yang diharapkan kerana kini ia kelihatan seperti bandar hantu – kosong dan hampir tidak berpenghuni.
replica-paris-1

Sekali imbas memang macam Paris. Lihat saja bangunan di sekeliling Eifel Tower ini.
replica-paris-2

Tinggi replica Eifel Tower ini 108 meter (354 kaki). Eifel Tower sebenar adalah 3 kali ganda dari saiz ini.
replica-paris-3

Pada perancangan awalnya, bandar ini boleh menempatkan 10,000 penduduk.replica-paris-4

Taman-taman juga dibina menyerupai Kota Paris.
replica-paris-5

Tapi nampaknya hingga kini bandar ini kekal kosong.
replica-paris-6

Dianggarkan hanya sekitar 2000 orang saja yang tinggal disini ketika ini. Dan kemungkinan besar jumlah bilangan penduduk sebenarnya lebih sedikit dari jumlah ini
replica-paris-7

Syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan bandar ini ialah Zhejiang Guangsha Co. Ltd.replica-paris-8

Syarikat pembinaan ini juga sebenarnya telah merancang untuk membangunkan sekolah, hospital dan kelab persendirianreplica-paris-9

Setakat ini yang paling ramai datang ke sini adalah bakal pengantin. Mereka datang untuk sesi photoshoot di ‘bandar romantis timur’ ini.
replica-paris-10

Jika anda berkunjung ke bandar Paris Timur ini, anda boleh tinggal di hotel mereka dengan harga serendah USD82 / malam.
replica-paris-11

Tengok lah, mereka siap buat fountain (kolam dengan air terjun) sebijik sama macam di Palace of Versaillesreplica-paris-12

Inilah bandar romantik di Tanah Besar China.
replica-paris-13

Betapa ‘Eropah’ nya rekabentuk bangunan di sini. Mereka memang betul-betul tiru.
replica-paris-14

Sebenarnya ciri-ciri bangunan di sini bukan hanya adaptasi dari Kota Paris saja.
replica-paris-15

Tapi mereka juga ada mengambil adaptasi dari bangunan di Jerman, Italy dan England.
replica-paris-16

Jom kita tonton pula video yang di ambil di sekitar Kota Paris Timur ini
 


Sumber : Busines Insider

Ps : Jika tidak kerana tulisan kaligrafi china yang digantung pada bangunan di sini, pasti kita boleh rasa aura ‘Paris’ nya. Mungkin anda boleh ke ‘Kota Romantik Timur’ ini jika anda melancong ke Tanah Besar China;)


 Sumer: thevocket.com

No comments:

Post a Comment