Agak menarik entri BadAss kali ini apabila mengetengahkan soal kesihatan pula.Pasti ramai yang sudah tahu dan lihat mesin penapis air di kawasan-kawasan kedai atau taman perumahan yang menawarkan air yang kononnya ditapis dan bersih walhal keadaan sebaliknya berlaku.Beberapa kajian telah dilakukan oleh pasukan The Star dan Forum Air Malaysia mendapati air dari 'Water Dispenser Machine' kebanyakannya mengandungi bakteria berbahaya kepada kesihatan.
29 sampel air telah diambil dari penapis air sekitar kawasan Lembah Klang dan keputusannya agak mengejutkan kerana didapati air-air yang diambil mengandungi bakteri seperti E-Coli,Koliform dan Clostridium Perfringens(Jenis Bakteria sama yang terdapat dalam air loji kumbahan).Cuba pembaca bayangkan selama ini air yang anda rasa bersih dan bagus diminum rupanya mengandungi bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan dan organ dalaman anda?
BadAss sendiri memang sudah tahu berkenaan hal ini sekian lama dan memang tidak pernah membeli air dari mesin tersebut.Salah satu sebabnya sangat mudah,anda pergi ke bahagian belakang mesin tersebut dan lihat sendiri penapis airnya.
Kebanyakan syarikat atau individu yang memasang mesin air ini bersifat tamak tanpa memikirkan pengguna yang meminum air tersebut.Mereka menyediakan mesin penapis itu tanpa servis selama berbulan-bulan lamanya dan menyebabkan penapis air tersebut berlumut dan kelihatan kotor serta menjijikan.
BadAss sendiri sudah menggunakan penapis air sendiri di rumah dan berpuas hati dengan kualiti air dan rasanya.Namun bukan senang juga nak memilih penapis air untuk dipasang dirumah kerana rata-rata syarikat yang menjual ini pun perangai lebih kurang sama macam penyedia Water Dispenser ni.Ada yang jenis mengambil keuntungan semata-mata dengan menjual penapis yang tidak berkualiti dan kadangkala kos untuk menyelenggara juga dicas pada harga yang mahal.
BadAss telah melakukan banyak pemerhatian dan pertanyaan ke atas beberapa produk penapis air yang hangat dan akhirnya BadAss memilih penapis air dari Coway iaitu sebuah syarikat berpengkalan di Korea yang sudah berpuluh tahun menjalankan perniagaan ini.Dari penceritaan agen tersebut nyata Coway ini bukanlah calang-calang syarikat yang menjual penapis air di Malaysia kerana produk yang mereka keluarkan ini telah mendapat beberapa sijil pengiktirafan tak kira dari segi rekabentuk yang menarik atau kebersihan alat itu sendiri.
Setelah mencuba sendiri air yang ditapis oleh mesin penapis air Coway ini nyata rasanya lain dari yang lain.Mesin ini juga terdapat 3 jenis air iaitu panas,biasa(suhu bilik) dan sejuk.Perkara yang paling BadAss yakin untuk membeli ialah apabila JAKIM sendiri memberi sijil HALAL terhadap produk Coway ini.Anda mesti pelik bukan kerana kebiasaannya sijil HALAL ini diberikan terhadap makanan.
Melalui penceritaan agen tersebut, pihak Coway mengambil serius dalam memasarkan pasaran mereka di Malaysia kerana isu HALAL adalah isu yang dititik beratkan rakyat Malaysia.Jadi pihak COWAY telah menjemput beberapa orang wakil dari JAKIM diterbangkan khas ke kilang mereka di Korea untuk melakukan penilaian terhadap segala aspek di kilang mereka.Sijil HALAL JAKIM ini diberi menyeluruh terhadap produk penapis air Coway bermula dari penapis sehinggalah casing produk itu sendiri.
Antara ciri-ciri produk yang BadAss sewa-beli ini adalah:
-Bayaran bulanan RM120
-Tiada kontrak,dalam masa 5 tahun jika tak mahu guna boleh pulang..
-Selepas 5 tahun guna produk jadi hak milik kita
-5 Tahun servis percuma(Setiap 2 bulan akan ada technician datang)
-Juga terdapat warranti tapi BadAss terlupa warranti berapa lama.. :3
Namun difahamkan sesiapa yang nak beli secara tunai juga boleh dan harganya lebih kurang RM3-4k.Komen BadAss mengenai produk ini sangat memuaskan dan tidak rugi membeli :) .Jika Astro,Internet boleh bayar?..Mengapa produk kesihatan seperti ini tidak?..
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Agen Coway Johor 0177896887-Mahathir (BadAss tak pasti masih guna tidak no ini,biasa kalau xangkat call dia akan reply SMS)
*Jangan komen disini sebab BadAss bukan agen atau penjual..Hanya pengguna yang memberi testimoni :)
Sumber: beritabadass.com
No comments:
Post a Comment