Friday, September 12, 2014

Taman 'NERAKA' yang Menggerikan dan Menyeramkan Di Thailand..


Thailand terkenal dengan destinasi bercuti dengan pulau-pulaunya yang indah. Namun kali ini Thailand mempersembahkan destinasi pelancongan yang cukup unik iaitu Taman 'Neraka'. Taman ini bernama The Wang Saen Suk Hell Garden atau Thailand Hell Horror Park. Ini adalah sebuah destinasi pelancongan di Chonburi, Bangkok, Thailand. Taman ini memang menggambarkan keadaan di 'Neraka' dari sgi pengamatan mereka. Di pintu masuk para pelancong memang disambut dengan tulisan Selamat datang di 'NERAKA'. Selain itu yang lebih menyeramkan lagi adalah adanya adegan penyeksaan yang menakutkan seperti seksaan di neraka nanti.

Pelancong boleh melihat semua hukuman yang diberikan kepada manusia yang berdosa. Misalnya, patung yang menyerupai manusia itu direbus di dalam kuali bersalut tembaga. Ada juga hukuman manusia yang di makan hidup-hidup oleh anjing neraka serta ada juga patung yang kurus tulang rusuknya akan kelihatan menonjol. Bukan hanya siksaan yang dipaparkan namun banyak kata-kata bijak yang dipaparkan agar kita sentiasa beringat untuk mengelakkan daripada melakukan dosa..







Sumber: ejeninfo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment