Hiperventilasi
Definisi :
Suatu keadaan dimana pernafasan pada kadar yang terlalu cepat semasa rehat. Ini mengakibatkan kepekatan karbon dioksida dalam darah menurun tanpa disedari.
Patofisiologi :
Pernafasan yang cepat mengakibatkan penurunan tekanan karbon dioksida dalam arteri dan peningkatan Ph darah arteri.
Sebab-sebab :
1. Agorafobia.
2. Serangan panik.
3. Keresahan.
4. Kesakitan.
5. Ubat-ubatan - Salicylates, analleptics dan adrenaline.
6. Peningkatan metabolisme - Pirexia dan hipertirodisme.
7. Asidosis metabolisme.
8. Anoxia.
9. Penyakit paru-paru - Atelektasis, pneumothorax.
10. Hipotension.
Diagnosis :
Ujian provokasi - Bernafas secara cepat yang disengajakan akan memberi symptom yang sama dan pernafasan dalam beg plastik atau kertas akan memulihkan keadaaan seperti sediakala.
Rawatan :
1. Beri penerangan yang jelas.
2. Yakinkan pesakit.
3. Ajar pesakit cara-cara menenangkan diri serta emosi.
4. Bernafas dalam beg Plastik atau beg Kertas.
Sumber :http://penolongpegawaiperubatan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment