Apakah karbunkel kencing manis?
Ia adalah sejenis jangkitan kulit dialami pesakit kencing manis.
Mengapa ada jangkitan?
PEMBEDAHAN saucerization bagi membuang keseluruhan kulit mati di bahagian belakang tubuh pesakit.
Disebabkan kawalan kencing manis yang lemah, bakteria menjangkiti kulit dan mula merebak.
Di manakah kawasan cenderung untuk berlaku karbunkel kencing manis?
Belakang leher atau bahagian belakang tubuh pesakit yang tidak sukar dilihat atau dikesan dengan mudah.
Adakah ia berbahaya?
Apabila jangkitan itu merebak, kulit yang terbabit mati dengan sangat cepat dan kawasan jangkitan menjadi lebih besar. Ini berbahaya kepada pesakit kencing manis.
Jika jangkitan membabitkan tisu yang lebih dalam seperti otot, jangkitan bakteria pada lapisan fasia bawah kulit itu akan menyebabkan kerosakan tisu lebih besar.
Bolehkah ia dirawat dengan antibiotik saja?
Disebabkan kawasan kulit yang mati luas (nekrosis) dan agresif dalam menyebarkan bakteria, antibiotik saja tidak mencukupi.
Apakah rawatan karbunkel kencing manis?
Doktor akan mengawal kencing manis dan antibiotik intravena untuk mengawal darah dan jangkitan kulit setempat. Pembedahan kecemasan dilakukan untuk membuang tisu mati dan untuk mengawal jangkitan kulit.
Bagaimanakah pembedahan dapat membantu?
Menerusi pembedahan, seluruh kawasan kulit mati dan jangkitan akan dibuang. Jika jangkitan lebih luas, kawasan kulit yang lebih luas perlu dibuang. Ini bagi mencegah jangkitan untuk kulit sihat.
Mengapa pembedahan ini dipanggil ‘saucerization’?
Ini kerana bentuk kulit selepas pembedahan adalah seperti piring atau plat. Asas piring adalah otot dan pinggir piring adalah lebihan kulit.
Apakah bahayanya jika penyebaran jangkitan tidak dapat dikawal?
Jika ia merebak lebih dalam hingga ke otot, keadaan menjadi terlalu berbahaya kerana pembedahan perlu mengeluarkan atau membuang terlalu banyak kulit dan otot dan ini mengakibatkan hidup pesakit lebih berbahaya.
Mengapa penting jangkitan kulat itu dirawat awal?
Hanya sedikit tisu mati yang perlu dibuang dan lebih cepat pemulihan selepas pembedahan.
Berapa lama perlu menunggu untuk kulit tumbuh semula selepas pembedahan?
Biasanya, ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk kulit tumbuh semula selepas pembedahan. Kadar pertumbuhan kira-kira satu mililiter setiap hari bagi menyembuhkan kulit yang terjejas.
Adakah balutan penting untuk rawatan bisul?
Selepas pembedahan, luka perlu dibalut setiap hari di klinik terdekat atau di rumah bagi menjaga kebersihan luka dan ini penting bagi mengelak jangkitan kuman.
Apakah jenis bahan yang sesuai untuk balutan luka besar seperti itu?
Ada banyak jenis bahan balutan di pasaran. Bagaimanapun, disebabkan saiz besar luka yang dijangkiti dengan pengeluaran cecair dari luka, bahan balutan bukan pelekat diperlukan untuk menjadi pelapik luka selain membantu menyerap pengeluaran cecair.
Apakah kaedah yang dilakukan pada kulit yang terjejas selepas pembedahan?
Kulit dari kawasan lain yang normal, contohnya paha atau perut, diambil untuk implan ke dalam kawasan kecacatan kulit (selepas kawasan pembedahan jangkitan kuman), untuk penyembuhan luka lebih cepat.
Apakah kriteria penting untuk menampal kulit pada bahagian kulit yang dibuang?
Kawasan kecacatan yang akan diimplan kulit baru mesti bebas daripada jangkitan. Jika tidak, jangkitan boleh merosakkan kulit baru yang diimplan ke kawasan ini.
Pesakit mesti mampu menjaga luka di kedua-dua kulit iaitu kulit pada bahagian tubuh yang diambil (penderma) dan pada kulit yang ditampal kulit baru (penerima).
Sumber: hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment