Sunday, September 21, 2014

Mengapa Bayi Tidak Kenyang Semasa Menyusu Badan?

Ramai yang email kepada saya bertanyakan mengapa bayi tidak kenyang apabila diberi susu ibu sepenuhnya berbanding apabila mereka memberikan bayi mereka susu formula. Dalam ilmu penyusuan, ibu-ibu perlu tahu mengenai jenis-jenis susu. Susu ibu terbahagi kepasa 2 iaitu Kolostrum dan Susu Matang (Foremilk dan Hindmilk). Ia penting bagi ibu-ibu untuk faham mengenai fungsi setiap jenis susu dan mengetahui punca sekiranya bayi yang menyusu badan masih lapar atau dehidrasi.
Crying-Baby
Kolostrum
Kolostrum yang juga telah dikenali sebagai “susu pertama”, “cecair emas” atau “susu imun” bewarna jernih, melekit, cecair pekat yang dihasilkan oleh kelenjar susu ibu selepas hari pertama kelahiran bayinya itu.
kolostrum

Kolostrum kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral, manfaat kolostrum adalah sangat besar. Kolostrum dihasilkan dalam jumlah yang sangat kecil untuk empat hari pertama dan kemudian digantikan dengan susu ibu (foremilk dan Hindmilk). Anda mungkin mula menghasilkan kolustrum pada bulan-bulan terakhir kehamilan . Akan tetapi, kebiasaannya kolostrum akan terhasil pada hari pertama bayi dilahirkan. Tanda-tanda awal bersalin KLIK SINI.
Susu Matang (Foremilk & Hindmilk)
foremilk-dan-hindmilk
Foremilk merupakan susu awal yang berada di hadapan payudara. Ia dihasilkan semasa awal penyusuan yang bersifat cair dan mengandungi banyak air. Biasanya bayi akan menerima foremilk dahulu.Tahap laktosa yang tinggi terdapat dalam foremilk, adalah penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga menghilangkan dahaga bayi. Oleh itu ibu-ibu tidak perlu begitu risau sekiranya warna susu kurang pekat dan cair.
Hindmilk pula dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara. kebiasaannya hindmilk didapati di akhir penyusuan apabila bayi sudah menghabiskan Foremilk. Warna susu hindmilk ini lebih pekat berbanding susu foremilk dan warnanya agak kekuningan. Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi berfungsi untuk memberi tenaga kepada bayi, membantu tumbesaran disampingmengenyangkan bayi.

Mengapa Bayi Tidak Kenyang?

saiz-perut-bayi-susuibu
Pernahkah anda mendengar mitos bahawa susu ibu di payudara kanan adalah makanan manakala susu di sebelah kiri adalah minuman. Oleh itu, sekiranya mahu anak anda kenyang, susui dengan payudara kanan dan untuk menghilangkan dahaga bayi adalah sebaliknya. Mitos itu adalah TIDAK BENAR sama sekali!
Tahukah anda sebenarnya kedua-dua payudara mengandungi Foremilk dan Hindmilk yang bertujuan menghilangkan dahaga dan kelaparan bayi?Sekiranya bayi anda masih meragam, ia mungkin disebabkan bayi anda tidak mendapat susu hindmilk yang kaya dengan lemak dan penuh berkrim di hujung penyusuan.
Cara terbaik untuk memastikan bayi kenyang semasa menyusu badan adalah dengan membetulkan cara penyusuan anda. Berikan susu kepada bayi hanya dengan sebelah payudara. Sebelah lagi ibu boleh pam dan simpan sebagai stok sekiranya bayi sudah kekenyangan.

Masalah Ketidakseimbangan Foremilk dan Hindmilk.

cream-on-top-
ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk biasanya berlaku apabila ibu menyusukan bayi hanya beberapa minit pada setiap payudara. Oleh itu, bayi hanya mendapat foremilk sahaja dan menyebabkan bayi mendapat lebihan laktosa. Lebihan laktosa kepada bayi boleh menyebabkan kembung dan bayi menghasilkan najis bewarna hijau.
Oleh itu, sangat penting bagi ibu-ibu untuk memberikan susu kepada bayi hanya dengan sebelah payudara sehingga ia seolah-olah kosong (payudara tidak pernah kosong sepenuhnya, kerana mereka sentiasa menghasilkan susu) sebelum menawarkan susu dari payudara yang lain. Hal ini adalah bagi memastikan bayi turut menerima hindmilk yang berada di belakang payudara. Hindmilk mampu mengurangkan gejala kembung perut dan najis hijau. Gejala lain disebabkan ketidakseimbangan Foremilk dan Hindmilk antaranya:
  • Bayi menyusu sepanjang masa (tidak puas)
  • Kembung perut
  • Najis berdarah
  • Penambahan berat badan yang perlahan
  • Ruam lampin akibat najis berasid.
  • Bayi membuang air besar sebaik sahaja menyusu
  • Bayi memuntahkan susu dengan banyak
  • Gejala kolik akibat lebihan laktosa.
Namun begitu, terdapat juga ibu-ibu yang sememangnya mempunyai lebihan bekalan foremilk. Hal ini juga turut menyebabkan ketidakseimbangan foremilk. Bagaimana ia boleh berlaku? Ia selalunya terjadi apabila ibu sering tidak menghabiskan susu pada sebelah payudara pada setiap waktu penyusuan.
Oleh itu,bagi ibu mempunyai lebihan susu, anda tidak perlu lagi memberikan makanan kepada bayi anda. Cukup untuk anda mengenyangkan bayi dengan susu ibu sehingga habis pada sebelah payudara dalam jangka masa 12 hingga 24 jam kemudian pam susu payudara dari sebelah lagi sekiranya bengkak.
Selain itu anda perlu mangurangkan “supply” susu dengan mengurangkan ”demand”. Anda boleh menggunakan kobis sebagai remedi bagi mengurangkan bekalan susu (mengeluarkan lebihan susu).
cabbageleafbra

Tahukah anda, semakin berkurang susu di payudara ibu, semakin tinggi kandungan lemak dan menyebabkan bayi lebih cepat kenyang? Happy breastfeeding!!

No comments:

Post a Comment