Thursday, September 18, 2014

MH17 – POLITIK DUNIA?


Laporan awal tentang MH17 telah dikeluarkan oleh pihak berwajib di Belanda minggu lalu. Jelas kelihatan media dunia TIDAK lagi ambil pot tentang apa yang telah terjadi kepada MH17. Laporan dari Belanda tidak saheboh berita MH370. Tidak heboh saperti minggu pertama MH17 meledak. Apakah telah ada 'keletihan' dikalangan pembaca?

Pembaca tidak letih. Apa yang letih ialah ' presstitute wartawan lonte' dan media Zionis-Anglo-Amerika yang telah kantoi. Saheh terbukti bahawa ledakan MH17 ini sebenarnya adalah sebahagian dari projek mengolah persetujuan yang dirancang oleh Deep State Daulah Terpendam imperialis Amerika. Projek mengolah persetujuan disasar untuk menyerang Rusia.

Sabelum saya meneruskan pencerahan ini. Ada satu pekara yang wajib terus disedari. Jika lupa, jika tidak mengambil endah pekara ini – maka pembaca akan terus dalam kegelapan dan gagal memahami politik dunia hari ini.

Perkara yang saya maksudkan ialah bahan bakar petrolium dan bahan bakar gas. Jika terlupa, jika alpa tentang dua pekara ini maka akan terpencong dan kabur segara pemahaman politik tentang dunia terkini. Bahan bakar minyak dan gas adalah ibu segala ibu. Saya telah lama merumuskan bahawa tamadun kita hari ini ialah tamadunPETROLIUM.


Tamadun manusia telah melintasi zaman batu ke zaman gangsa ke zaman besi dan membawa masuk tamadun zaman petrolium. Karl Marx merumuskan tamadun manusia ini ialah perjuangan kelas. Ada benarnya tetapi tamadun kurun ke 21 ini lebih dari perjuangan kelas. Ianya adalah perebutan punca telaga bahan bakar petrolium.

Negara yang menguasai telaga minyak akan menguasi alam ini. Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan minyak petrol yang menjadi kunci kepada kemenangan. Justeru Hitler membuat kereta Volkswagen yang tidak menggunakan air untuk menyeberang padang pasir bumi Arab dalam usaha menaklok terlaga minyak.

Pada ketika ini Saudi Arabia pengeluar minyak utama dunia.Tetapi minyak Saudi semakin susut. Negara kedua pemilik bahan bakar ini ialah Rusia. Dalam congak ekonomi dunia Rusia menjadi bagitu penting. Tetapi Rusia bukan Saudi yang boleh disuruh arah. Rusia adalah negara super. Hakikatnya kuasa imperial Amerika tidak ada keupayaan untuk menjadikan Rusia negara macai.


Maka dari sinilah berlakunya projek mengolah persetujuan untuk menyerang Rusia. Ketika ledakan MH17 berlaku – Obama dan David Cameron telah menuduh Rusia sebagai dalang. 'Presstitute atau wartawan lonte' dengan cepat seirama bermusik mempersalahkan Putin. Rusia dituduh sebagai dalang yang memberi senjata kepada gerakan pemisah. Rusia dituduh telah menghantar soldadu dan kereta kebal masuk ke wilayah Ukraine.
Semua ini untuk menghangatkan suasana salepas ledakan MH17 berlaku. Provokasi demi provokasi dari Kiev, dari Obama dan dari Kesatuan Eropah telah diajukan kepada Rusia dan Putin. Semua ini adalah bertujuan untuk mengolah persetujuan agar Rusia 'halal' diserang.

Provokasi ini disambut pula dengan langkah sekatan ekonomi yang lebih ketat. Sebelum ledakan MH17 telah wujud satu sekatan ekonomi. Tetapi sekatan ini gagal kerana TIDAK ada sambutan. Ledakan MH17 ini telah digunakan oleh Amerika melancarkan sekatan kedua. Tapi yang terjerat bukan Rusia.


Untuk menyambut balas sekatan ini Rusia telah memberhentikan dari membeli bahan makan dari negara Kesatuan Eropah. Maka bertimbun-timbun buah limau di Sepanyol. Mengunung anggur di Peranchis. Tomato dan sayuran busuk diladang Itali. Semua terjadi kerana Rusia tidak mengimpot bahan makanan dari Kesatuan Eropah. Negara-negara Kesatuan Eropah yang sedang parah ekonominya kini bertambah parah.

Melesetnya ekonomi Eropah ini tidak mematikan nafsu kuasa Zionis-Anglo-Amerika dari merancang dan bergerak untuk menakloki semua sumber minyak dalam dunia ini. Strateji dan prancangan untuk menaklok telaga minyak dunia ini telah diajukan oleh Zbigniew Brzezinski. Sosok ini ialah seorang ilmuan sosial saintis, seorang perancang dan pemikir strateji politik dari semenjak zaman Presiden Johnson. Sosok ini pernah menjadi Penasehat Keselamatan untuk Presiden Jimmy Carter. Hari ini dia bertugas sebagai penasehat kanan dasar luar negara untuk Presiden Obama.

Dalam kitab klasik - The Grand Chessboard - tulisan Brzezinski terbit tahun 1997 – telah dicadangkan agar Amerika menguasai Eurasia. Mengikut hujah sosok ini wilayah ini paling stratejik dari segi geopolitik kerana terletak antara benua - Eropah dan Asia. Juga disinilah tersimpannya minyak dan gas yang masih belum dicari gali.


Serangan terhadap Iraq, Afghanistan, Libya, Syria adalah sebahagian dari perancngan yang telah lama dieram. Apa yang sedang berlaku di Syria adalah sebahagian dari perancangan yang telah dilakar oleh Brzezinski.

Negara-negara Arab termasuk Afghanistan, Iran dan Pakistan ini terletak dibahagian selatan Eurasia manakala Ukraine, Poland, Latvia, Georgia dibahagian barat. Negara di selatan boleh diserang manakala negara Eropah memadai jikaNATO – North Atlantic Treaty Organisation - dibenarkan memasang peralatan senjata untuk mengepong Rusia.

Kenapa Rusia perlu dikepong? Apakah keruntuhan Rusia dan Putin akan berakhirnya perancangan Amerika? Jawabnya tidak. Minyak dan gas Rusia wajib ditakloki. Jika tidak Rusia akan sekali lagi menjadi siangan hebat untuk Amerika.


Dalam perancangan - satelah Rusia dimacaikan - sasaran akhir kuasa Zionis-Anglo-Amerika menaklok dunia ialah menundukkan China. China yang berkongsi sempadan dengan Rusia adalah musuh akhir yang wajib ditundukkan. Rancangan menyerang China pada ketika ini hanyalah perancangan. Ini kerana ada yang lebih penting wajib diselesaikan.

Ukraine kini telah menjadi negara boneka Amerika. Ukraine telah bersedia untuk menerima kemasukan senjata NATO. Yang masih belum selesai ialah Syria dan Iran. Dua negara Timur Tengah ini masih lagi kukuh tegak berdiri. Maka satu projek mengolah persetujuan telah menetas. Apakah projek itu?

Projek ini ialah ISIL – atau Negara Khalifah Islam. Dari segi sejarah ISIL ini ditelor, dieram dan menetas dalam kelambu Zionis-Anglo-Amerika. Pada awalnya gerombolan ISIL ini dipanggil Jabat al-Nusra. Tapi nama ini tidak penting. Yang penting gerombolan ini diberi dana oleh Saudi, Qatar dan negara Arab Telok. Manakala gerombolan ini dilatih dan diberi bekalan senjata oleh Zionis-Anglo-Amerika.


Dalam strateji Amerika - Syria wajib dikalahkan untuk menjadi barua NATO saperti Turki. Syria wajib dimusnahkan dalam usaha untuk mengepong Iran. Pada ketika ini Syria dan Iran memiliki hubungan setiakawan yang amat kukuh. Dalam masa yang sama Syria juga mendapat bantuan Rusia. Ini menjadikan ' angan-angan berahi' Brzezinski tidak terpancut.

Resolusi NATO untuk mengebom Syria di Bangsa Bangsa Bersatu telah dipatahkan oleh Rusia dan China. Rejim Bashar al-Assad masih popular dan kukuh. Pilihan raya yang baru selesai telah menobatkan sekali lagi Bashar. Ini satu tamparan kepada kuasa Zionis-Anglo-Amerika. Saudi dan Negara Telok terus kecewa kerana Bashar masih lagi Presiden Syria. Maka dinar dan riyal terus masuk berlori-lori untuk membantu apa yang dipanggil “free syrian army'.

Dasar Obama dan Cameron kelihatan lintang pukang. Mereka mempersenjati 'free syrian army' yang dianggap moderate. Tetapai ISIL dan Jabat Nusra yang juga melawan Bashar dianggap pengganas. Apakah kuasa Zionis-Anglo-Amerika mahu memusnahkan ISIL? Jawabnya tidak.


Begini lojiknya: serangan ISIL di utara Iraq dan Mosul baru baru ini adalah sebahagian dari perancangan Amerika. Saudi mengeluarkan dana untuk ISIL di Syria. Tetiba ISIL berpindah ke iraq dan menawan Mosul. Kenapa ini dibenarkan berlaku?

Dalam manual tentera – dalam SOP(standard operating prosedure) – apabila tentera mengundur segala kelengkapan tentera wajib dimusnahkan. Simpanan peluru, bom dan senjata wajib diledakkan. Kereta kebal dan segala alat pengangkutan wajib dimusnah sama. Tetapi iniTIDAK berlaku apabila gerombolan ISIL menawan Mosul dan wilayah Kurdistan. Tentera Iraq mengundur dan meninggalan semua kelengkapan senjata. Pelik – semua soldadau lari yang tinggal dibelakang adalah senjata mereka.

Kemudian satu perancangan media untuk mengolah persetujuan warga dunia tentang ganasnya ISIL dimulakan. Berita mula dibocorkan bagaimana penganut Kristian telah dibunuh mati oleh gerombolan ISIL. Tidak cukup dengan propaganda anti-Kristian, dilihatkan pula geromboloan ISIL ini memusnahkan Makam Nabi Yunus.

Akhirnya dunia melihat bagaimana wartawan Amerika James Foley dan Steven Sotloff telah dipenggal leher. Dunia dikatakan terperanjat. Media Amerika heboh siang malam pagi petang. Soheh ISIL ini gerombolan ganas. Tetapi media Amerika TIDAKpernah melaporkan setiap hari Jumaat ada berbelas-belas 'orang luar' yang dipenggal kepala oleh rejim Saudi Arabia. Media Amerika dan Barat buat buat tak melihat kerana rejim Sausi ini kawan rapat Amerika.

'Presstitute dan wartawan lonte'TIDAK pula bertanya kenapa semua senjata itu ditinggalkan bagitu sahaja untuk dipunggah oleh pengganas ISIL?


Jawabnya semua ini adalah rancangan untuk memberi senjata kepada ISIL tanpa Barak Obama disoal siasat oleh Congress atau tanpa Amerika dihadapkan ke persidangan Bangsa Bangsa Bersatu.

Apkah betul ke apa yang saya tulis ini? Jawabnya betul. Minggu lalu Presiden Barack Hussein Obama telah berucap dihadapan rakyat Amerika dan berjanji untuk memusnahkan pengganas ISIL. Amerika akan mengebom ISIL dimana sahaja ISIL berada. Lalu timbul pertanyaan – dimana ISIL sekarang? ISIL yang hedak dibom oleh Obama kini berada kembali di Syria. Maka terbuktilah bahawa ISIL ini sedang dijadikan alasan untuk Amerika mengebom Syria.

Bagaimana pula dengan MH17? Hingga ke hari ini 'presstitute wartawan lonte' media Zionis-Anglo-Amerika terus senyap TIDAK tidak bersuara. MH17 telah gagal dijadikan sebab untuk menyerang Rusia. Kita tunggu apakah ISIL berjaya menjadi sebab untuk mengebom Syria. (TT)

Sumber: tukartiub.blogspot.com

1 comment: