Friday, September 12, 2014

Kisah tak lepas imigresen di KLIA

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik juga baca entri “Terpisah di KLIA2” kisah Blogger Ariff Shahyang tak lepas imigresen di KLIA2ketika nak bertolak ke Jepun bersama isterinya gara-gara dokumen tak lengkap. Kekadang memang kita dah bersiap segalanya tetapi bila ALLAH nak uji tak mampu kita nak halang. Teringat kisah aku ditahan di Lapangan Terbang Macaulebih daripada satu jam dan  tersangkut lebih empat jam diimigresen sempadan Israel,  memang mendebarkan. Apa pun setiap kejadian pasti ada hikmahnya jangan sesekali marah pada takdir walaupun rancangan yang telah dirancang tidak menjadi.
kaunter imigresen KLIA2
Aku pernah juga ditahan di imigresen di Pekanbaru Indonesiaketika pergi bercuti bersama keluarga. Katanya pasport sudah tamat tempoh sedangkan kalau mengikut tarikh mati ada 7 bulan lagi. Aku beritahu pada pegawai bertugas kalau mengikut undang-undang imigresen dunia pasport hanya bermasalah kalau tarikh tamat tempoh kurang dari enam bulan tetapi pengawai tersebut bertegas tak nak bagi kami masuk. Sebenarnya dia nak benda lain jadi untuk tidak menyusahkan keluarga terutama anak-anak yang masih kecik … jadinya aku bagi sahajalah apa yang dia nak. Pasti pembaca fahamkan apa yang pegawai imgresen itu nak .. habis bersih kocek aku tak tinggal apa. Sekarang ini anak-anak jadi serik kalau nak pergi Indonesia terpaksa pulak pujuk untuk menyakinkan mereka.
Ramai juga kawan-kawan yang terlepas pandang dengan tempoh tamat pasport. Kes terbaru seorang kawan terpaksa berpisah dengan kumpulan yang nak ke Hong Kong gara-gara tarikh tamat pasport tinggal dua bulan. Kepada yang kurang pasti sebenarnya tarikh tamat pasport kita mesti melebih enam bulan kalau kita nak travel keluar negara. Sebab itu apabila kita nak beli tiket pesawat secara onlineantara data yang diminta ada tarikh tamat pasport. Jadi selepas ini semua pembaca yang nak keluar negara mesti semak tarikh tamat pasport supaya tiada masalah di kaunter imigresen.
gambar suasana dalam KLIA2
Macam-macam sebab kita boleh ditahan atau tidak lepas pemeriksaan imigresen. Terbaru LHDN sudan memberi amaran kepada pembayar cukai pendapatan yang ingkar walaupun hanya RM100 juga tidak akan dibenarkan untuk keluar negara selagi hutang tidak dibayar. Pastikan sebelum terbang ke luar negara kita semak status pasport supaya tidak termasuk dalam senarai blacklist LHDB yang bakal tersangkut di imigresen. Penting sangat kita semak sebab supaya tidak rugi setelah mengeluarkan berbagai belanja untuk travel.
The Malaysian Tax Authority is blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 Aug 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns.
If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.
Type your IC number without space. It will save you time, frustration and embarrassment.
Sumber: denaihati.com.my

No comments:

Post a Comment