Di dunia ini mempunyai banyak perkara-perkara unik yang lahir daripada kepelbagaian budaya yang diwarisi dari turun temurun.. Seperti adat masyarakat Nepal yang tergolong sangat unik. Ada seorang gadis yang selalu duduk di kuil, menunggu pengunjung datang kemudian dipuja dan mendapat banyak sumbangan. Gadis tersebut dianggap oleh masyarakat tempatan sebagai jelmaan Dewi..
Gadis tersebut digelar sebagai Kumaris, yang bermakna virgin. Kumaris dilantik ketika gadis tersebut masih kecil, dimana terdapat 32 ujian yang perlu dilalui sehingga akhirnya seorang gadis boleh menjadi Kumaris, yang dianggap sebagai Dewi Kali. Seorang Kumaris akan menghabiskan sebahagian besar waktunya di kuil. Dia tidak dibenarkan untuk muncul di muka umum kecuali apabila perlu menghadiri upacara adat.
Kumaris menerima pujaan dari penganut sebuah agama di Nepal, kerana diyakini mampu melindungi mereka dari kejahatan. Ketika menjadi Kumaris, seorang gadis harus menahan diri untuk bermain dengan rakan dan bahkan tidak dibenarkan ke sekolah. Seorang Kumaris menerima biasiswa dari kerajaan tempatan untuk menuntut ilmu di rumah dan diajar oleh seorang guru yang ditugaskan.
Samita Bajracharya, salah seorang gadis yang akan menamatkan masanya sebagai Kumaris, selalu digendong ke mana-mana dia pergi, kerana dianggap sebagai penjelmaan Dewi yang dihormati. Kumaris tidak dibenarkan berjalan dengan kakinya sendiri. Bahkan untuk memakai pakaian pun harus dipakaikan oleh keluarganya. Ketika Samita mulai memasuki masa pubertas atau haid pertamanya, saat itulah Samita akan menanggalkan takhta sebagai seorang Kumaris.
Sebelum benar-benar berhenti menjadi Kumaris, Samita harus melalui 12 hari upacara adat yang disebut Gufta, di mana pada hari terakhir dengan dibantu ibunya, Samita membuka ikatan pada rambutnya. Dan dengan tangannya sendiri membasuh mata ketiga yang disematkan pada dahinya dengan air sungai Bagmati.
Kerana seorang Kumaris dianggap sangat istimewa dan tidak boleh berjalan sendiri, akhirnya ketika berhenti sebagai Kumaris, kakinya masih sangat lemah untuk menampung tubuhnya.
Sumber: ejeninfo.blogspot.com
No comments:
Post a Comment