Tuesday, December 25, 2012

Tulang Rapuh


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
hmetro bertarikh 24/12/12

KAJI selidik yang dijalankan oleh pembekal produk tenusu, Fonterra, mendapati 32 peratus rakyat Malaysia tidak mengambil makanan berkalsium tinggi setiap hari. Lebih dua pertiga pula tidak melakukan senaman secukupnya, lantas mendedahkan mereka kepada risiko osteoporosis dan penyakit lain berkaitan tulang.

Lebih mengejutkan, satu perempat daripada mereka tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan vitamin D iaitu nutrient penting bagi mendapatkan tulang yang sihat dan kuat.

Osteoporosis yang bermaksud tulang poros, ialah masalah jisim tulang makin berkurangan, lemah, rapuh serta mudah patah dan dalam jangka panjang, postur tubuh penghidapnya membongkok dan menjadi lebih rendah.

Ia boleh menyerang semua kumpulan umur tetapi lebih banyak dihidapi mereka yang berumur 50 tahun ke atas sama ada lelaki atau wanita. Hampir 75 peratus kejadian patah tulang di bahagian pinggul, belakang dan pergelangan tangan berlaku di kalangan mereka yang berumur melebihi 65 tahun.

Namun wanita lebih mudah mendapat osteoporosis kerana mereka kehilangan kepadatan tulang pada kadar lebih pantas apabila paras hormone estrogen semakin menurun selepas menopaus.

Kajian mendapat seorang daripada dua wanita dan seorang daripada lima lelaki yang melebihi umur 50 tahun akan menderita patah tulang akibat osteoporosis dalam tahun selebihnya dalam kehidupan mereka.

Secara global, patah tulang disebabkan osteoporosis diangarkan berlaku setiap tiga saat. Namun indiden berkenaan berbeza antara Negara dan kumpulan masyarakat.

Masalah osteoporosis selalunya tidak disedari selama bertahun-tahun oleh penghidapnya kerana tidak ada symptom atau kesakitan sehinggalah kejadian patah tulang berlaku.

Tulang pesakit osteoporosis mudah patah walaupun berlaku pelanggaran kecil atau ketika membongkok dalam aktiviti harian. Mana-mana bahagian tulang boleh patah atau retak tetapi bahagian paling mudah tercedera ialah pergelangan tangan, belakang dan pinggul.

Apabila patah tulang, pesakit akan mengalami rasa perit yang keterlaluan, ketidakupayaan dan kualiti hidup yang merosot. Patah pinggul juga selalunya akan menyebabkan pesakit terpaksa dimasukkan ke wad, menjalani pembedahan besar atau berhadapan dengan risiko kematian.

Berita baiknya, osteoporosis ialah antara penyakit yang boleh dirawat dan dihindari melalui gabungan amalan gaya hidup sihat seperti bersenan dan pengambilan kalsium dah vitamin D secukupnya.

Pakar ortopedik dan trauma, Dr Chin Chee Howe, berkata jisim tulang mencapai kemuncaknya pada usia 30 tahun dan sebaik memcecah umur berkenaan, tanpa senaman dan nutrisi yang mencukupi, tulang akan menjadi rapuh, seterusnya menyebabkan osteoporosis.

Beliau berkata, semua individu perlu mengambil langkah untuk menhaga kesihatan tulang mereka sejak muda misalnya dengan berhenti, merokok serta mengambil diet kaya dengan kalsium, protein, vitamin D selain mengekalkan berat badan ideal dan melakukan senaman mengangkat berat.

Osteoporosis ialah penyakit senyap yang menjejaskan kualiti tulang dan kepadatannya. Apabila anda berasa sakit belakang ia mungkin disebabkan oleh osteoporosis.

“Kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia di negara ini tidak bersenan. Oleh itu, mereka perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup supaya tidak berada dalam peratusan penghidap osteoporosis” katanya pada pelancaran Persidangan Osteoporosis Asia Pasifik Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) baru-baru ini.

Risiko yang mendedahkan seseorang kepada osteoporosis ialah genetik, jantina wanita, pertambahan umur, sejarah patah tulang, kurang berat badan, merokok, pemakanan tidak seimbang, tidak bersenam dan pengambilan steroid dalam jangka masa panjang.

Selain susu, sumber lain yang boleh membekalkan kalsium dan vitamin D kepada tulang ialah cahaya matahari, sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan kailan, ikan sardine dan ikan tongkol, keju, yogurt serta telur.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan senaman berterusan dalam tempoh 30 hingga 40 minut sebanyak lima kali seminggu, seperti taichi, yoga, berlari, berjalan kaki, mengangkat berat dan bermain tenis.

Sementara itu, Pensyarah Endokrinologi dan Metabolisma, Institut Sains Perubatan New Delhi, Dr Nikhil Tandon, berkata osteoporosis kini dikelaskan sebagai masalah kesihatan yang serius di empat negara.

Beliau berkata, osteoporosis kini menjadi masalah yang besar kerana setiap tahun kejadian tulang merekodkan 1.5 juta kes, melebihi serangan penyakit jantung, strok dan barah payudara.

“Dijangka masalah patah tulang akibat osteoporosis akan meningkat kepada 50 peratus di Asia menjelang 2050. Apabila terdedah kepada masalah tulang rapuh, ia boleh menyumbang kepada risiko kematian sebanyak 20 peratus, hilang upaya kekal (30 peratus) dan hilang keupayaan bekerja (80 peratus),” katanya.

Risiko itu juga boleh berpunca daripada pengambilan kafein yang tinggi seperti pengambilan tiga cawan kopi sehari, kurang kalsium dan vitamin D, pengambilan melebihi tujuh auns alcohol dalam seminggu, mengambil dadah, tembakau dan kurang bersenam.

Masalah osteoporosis berlaku di seluruh dunia dan berbeza di setiap negara misalnya di negara empat musim, kira-kira 45 peratus kanak-kanaknya boleh terdedah kepada masalah berkenaan ketika musim sejuk kerana kekurangan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Di India pula, kira-kira 86 peratus wanita mengandung terdedah kepada osteoporosis kerana kekurangan zat vitamin D dalam tubuh mereka manakala di Mongolia, kira-kira 10 peratus kanak-kanak kecil mengalami masalah riket kerana kurang kalsium.

Di Kuala Lumpur, lebih 60 peratus penduduknya didapati kurang mengambil kalsium dan masalah osteoporosis turut berlaku di Timur Tengah seperti di Tehran, lebih 80 peratus orang dewasa yang sihat didapati kurang vitamin D.

Namun di Jepun, masalah itu tidak terlalu meruncing dan hanya tiga peratus mengalami masalah kurang kalsium dan vitamin D, kemungkinan besar kerana diet penduduknya menjadikan ikan sebagai makanan utama.

Dalam semua keadaan golongan warga emas, kanak-kanak kecil, wanita dan bayi baru lahir terdedah kepada masalah kekurangan kalsium dan vitamin D.

Menurut Dr Tandon, masalah osteoporosis dijangka meningkat di Asia memandangkan penduduk di rantau ini kebanyakkannya cuma mengambil 46 miligram kalsium sehari berbanding di negara Barat yang purata pengambilan kalsium ialah 1,000 miligram sehingga 1,300 miligram sehari.

Katanya, antara sebab lain berlakunyan pertambahan kejadian patah tulang pula adalah populasi yang semakin ramai orang berusia, keadaan sosio ekonomi, kekurangan vitamin D yang meluas dan pengambilan kalsium yang terlalu rendah.

“Osteoporosis susah dikesan antara lain kerana kurang minat untuk membuat pemeriksaan walaupun selepas patah tulang berlaku serta tidak mendapat kemudahan untuk membuat pemeriksaan kepadatan tulang menggunakan teknologi mesin DXA,” katanya.

Sementara itu pensyarah radiologi, Chan Lai Kuan, 55 yang juga seorang penghidap osteoporosis, berkata ibunya juga menderita masalah osteoporosis dan pernah patah tulang pinggul sebanyak dua kali selepas terjatuh dan kini hanya duduk di kerusi roda.

Pada 2003, Chan sendiri didapati mengalami masalah sama selepas melakukan pemeriksaan kepadatan tulang namun doktor tidak melakukan rawatan. Dia hanya dinasihatkan mengambil kalsium dan vitamin D kerana umurnya yang masih muda ketika itu.

Namun selepas membuat pemeriksaan sekali lagi pada tahun 2010, keadaannya bertambah teruk dan terpaksa menjalani rawatan serta mengambil ubat untuk melambatkan proses kehilangan jisim tulang dan perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak tulangnya patah.

“Saya tidak mahu mengali nasib yang sama seperti ibu. Jadi sekarang saya sangat berhati-hati supaya tidak terjatuh dan mengalami patah tulang selain melakukan senaman angkat berat,” katanya.

Atkin Diet


Diet Atkin

Apa itu Diet Atkin? Diet Atkin agak popular juga di Malaysia. Diet Atikin secara amnya adalah diet rendah karbohidrat tinggi protein yang dicipta oleh Robert Atkins melalui pembacaanya di Journal of the American Medical Association yang diterbitkan oleh Gordon Azar dan Walter Lyons Bloom. Atkin mengatakan bahawa dia menggunakan jurnal itu untuk menurunkan berat badannya. Dia kemudian mula menulis buku Dr Atkin’s Diet Revolution.

Bagaimana Diet Atkin Bekerja?

Diet Atkin tidak membenarkan kemasukan karbohidrat supaya badan membakar lemak daripada glukosa sebagai sumber tenaga. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Proses ketosis bermula apabila kadar insulin sangat rendah. Kadar insulin rendah kerana kadar glukosa darah darah. Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150g karbohidrat dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memerlukan karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormone ghrelin. Selepas 4 hari mengamalan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima ketidakkhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke mood ketosis.

Diet ketagonik bergantung pada respon insulin. Disebabkan ketidakhadiran glukosa, insulin tidak dirembeskan. Kadar glukosa darah harus turun menjadi kurang dari 3.58 mmol/L untuk badan merembeskan hormon tumbesaran, epinephrine dan glucagon untuk metabolisme tenaga daripada lemak. Hormon tumbesaran dan epinephrine akan meransang trigliserol untuk dipecahkan ke bentuk asid lemak bebas. Asid lemak bebas akan ke hati dan otot untuk proses pengoksidaan dan dalam masa sama member asetil-CoA masuk ke kitar kreb.

Glukagon dihasilkan ketika glukosa darah terlalu rendah. Hati mula memecahkan glikogen menjadi glukosa. Bila tiada lagi glikogen, hati mula menukarkan lemak menjadi asid lemak bebas. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Secara teoritikalnya, ini lah cara diet atkin bekerja. Diet ini memaksa badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan makanan tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat. Bermacam kontroversi timbul disebabkan diet atkkin ini. Diet Atkin kurang mendapat sambutan bila diperkenalkan.

Pelan Diet Atkin

Diet Atikin dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
1. Permulaan (Induction)
2. Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance

Permulaan adalah peringkat terpenting dalam diet atkin. Permulaan biasanya mengambil masa dua minggu dan boleh memcecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan:

a. Elak semua jenis karbohidrat termasuk nasi, mi, bihun, spagethi, roti, segala jenis gula, buah-buahan, segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat.

b. Boleh makan: Makan ayam panggang, steam, sup, goring kosong, ikan, daging, udang, sayur hijau, keju, cheffar, mozzarella, parmesan, air kosong, daging burger, makanan tambahan seperti vitamin, minyak zaitun, omega-3

Sarapan, makan tengahari, makan malam sebelum pukul 9 malam. Had sehari 20hg karbohidrat. Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat walaupun kandungan utamanya protein. Tahap permulaan diteruskan lebih daripada dua minggu jika penurunan berat badan sangat perlahan. Tahap Penurunan Berat Badan Berterusan diteruskan dengan penambahan sehingga 25g karbohidrat sehari. Tahap Pre-maintenance dan Lifetime-maintenance diteruskan dengan cara yang sama, Cuma mengubah toleransi karbohidrat dengan perbezaan 5g sehari seminggu.

Secara peribadi, saya takut tengok cara Diet Atkin ini. Saya tidak pernah buat diet atkin dan tak pernah mengajar sesiapa untuk buat. Saya pelik apabila ada orang cuba menaikkan nama Atkin ini di Malaysia sedangkan Atikin kurang mendapat sokongan di Amerika. Kenapa? Apa yang mencetuskan kontroversi?

Kontroversi

Banyak pakar kesihatan berpendapat bahawa Diet Atkin ada banyak kelemahan. Antaranya, Robert H. Eckel seorang doktor perubatan dan pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di University of Colorodo Health Sciences Center di Denver bersetuuju bahawa Diet Atkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan sakit jantung. Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang dan juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi.

Gail Frank, PhD daripada American Dietetis Association juga mengatakan kebimbangan tentang Diet Atkin ini dengan mengatakan bahawa badan kita memerlukan 150g karbohidrat sehari untuk badan dan otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti terganggu. Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik dan memakan masa yang lama untuk memecahkan lemak dan protein untuk sampai ke otak.

Seorang penulis, Barbara Rolls, PhD yang juga ketua di Guthrie Chair in Nutrition di Penn State University berkata bahawa tiada siapa pernah menunjukkan kebaikan Diet Atkin jika dibandingkan dengan pengurangan kalori.

Terlalu banyak yang membantah Diet Atkin ini dan sehingga kini, diet ini belum terbukti berkesan. Rata-rata bersetuju bahawa Diet Atkin yang tinggi protein, tinggi lemak boleh menyebabkan beberapa masalah termasuk sakit jantung. Disebabkan hal ini, Diet Atkin kurang mendapat sokongan walaupun Atkin ada peminatnya sendiri. Saya pernah duduk dengan kumpulan fitness specialist di Malaysia, bila bertanya tentang Diet Atkin, ada seorang sahaja yang bersetuju dan yang lain membantah.

Mereka tidak menggalakkan Diet Atkin digunakan. Untuk membakar lemak dan menjalankan fungsi sepenuhnya sememangnya memerlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa nikmat makan karbohidrat? Diet terbaik adalah menurut pyramid pemakanan. Rasanya ramai yang bersetuju dengan pyramid makanan, bukan?

Dukan Diet


Apakah itu Dukan Diet? Apa yang lebih mengejutkan apabila Kate Middleton juga mengamalkan Dukan Diet ini. Mukanya tidak jatuh malah kelihatan segar bugar.

Dukan Diet ini sebenarnya telah dipopularkan oleh Dr. Pierre Dukan dari Perancis. Dukan Diet ini bukanlah sesuatu yang sukar kerana asas amalan yang diperlukan ialah “makan banyak protein, kurangkan karbohidrat” ataupun diet rendah karbohidrat dan yang lebih penting diet ini tidak memfokuskan kepada kalori.

Mesti kita tertanya—tanya, betul ke ini boleh turunkan berat badan dalam masa seminggu ke? Ya, anda memang boleh!!

Dukan Diet ini bukanlah sesuatu yang luar biasa di oversea. Caranya sangat mudah di mana kita hanya perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat sedikit yang mungkin ataupun gantikannya dengan sumber nutrisi yang lain. Misalnya, makanan seharian kita adalah nasi, kini anda perlu menghindarkan nasi dan gantikannya dengan sumber yang lebih baik iaitu protein. Contoh protein yang terbaik adalah putih telur, dada ayam, ikan dan sebagainya.

Selain itu, elakkan sumber makanan yang dipanggil FRUKTOS (buah-buahan yang kaya dengan gula) yang boleh membentuk lemak. Selain itu, gantikan dengan air kurang gula. Misalanya kita ke kedai makan, pastikan order air dan susulilah order anda itu dengan air yang kurang gula.

Kita kena sedar bahawa kandungan gula yang berlebihan dalam darah akan disimpan menjadi lemak sekiranya gula tersebut tidak diserap oleh tisu-tisu badan sebagai tenaga melainkan kita selalu bersenam.

Namun, jangan khuatir kerana kita juga berpeluang untuk makan makanan kesukaan kita pada 1 hari dalam seminggu yang dikenali sebagai “Cheat Day”.

Cheat Day merupakan hari di mana anda berpeluang memakan apa sahaja makanan kesukaan anda ataupun makanan yang kita idamkan. Tetapi ingat SATU hari sahaja! So tetapkanlah dalam seminggu, satu hari sebagai Cheat Day kita. Makanlah nandos ke, pizza ke, tuti frutti ke asalkan dalam satu hari sahaja. Lebih baik ambil masa hujung minggu sebab kita pastinya hendak keluar dengan keluarga mahupun rakan-rakan.

Jangan khuatir dengan Cheat Day kerana makanan/minuman yang anda makan akan bertahan selama 24-48 jam sahaja dan seterusnya berat akan kembali normal.

Jangan terlalu memaksa jika anda kurang mampu untuk mengamalkan diet ini. Mungkin anda boleh memulakan mengurangkan karbohidrat dan saya percaya lama-kelamaan kita akan terbiasa untuk makan tanpa nasi misalannya. Biasakan diri berubah demi kebaikan diri. Kata nak kurus kan?

Setakat ini , apa yang didapati, pengamal diet ini mampu mengurangkan berat badan mereka sekurang-kurang 2 kilo dalam seminggu dengan displin dan boleh mencapai sebanyak 5 kilo jika melakukan senaman ringan. Tidak mustahil bukan? Kalau kita semua tengok rancangan Biggest Looser, mereka juga mampu untuk menurunkan sehingga berbelas—belas pound dalam masa seminggu. Kenapa tidak kita?

Dukan Diet ini saya rasa diet yang tidak memerlukan kos dan saya rasa semua mampu membuatnya asalkan mempunyai niat yang tinggi untuk mengurangkan berat badan dan jangan terkejut mungkin peminat bertambah ramai.

Selamat mencuba semua J

Wednesday, December 12, 2012

Buruk Siku?


Hukum meminta semula barang yang telah diberi.

Maka jawabnya haram meminta semula barang yang telah diberi.

Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud “Tiada halal yakni haram seseorang yang memberi kepada orang lain sesuatu hadiah, barang atau sebagainya meminta semula barang yang telah diberi itu melainkan ayah halal meminta semula dari anaknya”.

Sekarang banyak berlaku dalam masyarakat kita akhir zaman ini yang putus tunang meminta semula barang-barang hantarannya seperti cincin atau sebagainya. Barang yang diminta semula itu adalah haram, tidak halal.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud melalui hadis riwayat Imam Bukhari, “Orang yang meminta semula barang pemberiannya kepada seseorang sama seperti orang yang menjilat semula muntahnya yang telah keluar”. 
Sumber: Al-Azhar Ad Din

Buruk Siku

Dalam sebuah hadis yang datangnya daripada Tawus bahwa Ibnu Umar dan Ibnu Abbas keduanya telah merafa’kan sebuah hadis di mana Nabi saw bersabda

لا يحل للرجل أن يعطي العطية فيرجع فيها إلا الولد فيما يعطي ولده ومثل الرجل يعطي العطية ثم يرجع فيها كمثل الكلب أكل حتى إذا شبع قاء
ثم رجع في قيئه 

Maksudnya” :Tidak halal bagi seseorang yang memberikan sesuatu pemberian lalu ia menarik kembali pemberian itu melainkan seorang ayah yang memberikan kepada anaknya. Perumpamaan seseorang yang memberikan sesuatu pemberian kepada orang lain kemudian ia menarik kembali pemberiannya adalah seperti anjing yang makan sehingga muntah kemudian ia memakan kembali muntahnya itu”.

Huraian hadis

Hadis ini mengingatkan umat Islam supaya jangan bersikap buruk siku dalam sesuatu pemberian. Nabi SAW menggambarkan orang yang buruk siku ini seperti anjing yang menjilat muntahnya sendiri bagi menunjukkan betapa hinanya perbuatan tersebut.

Contoh?

Contohnya apabila seseorang yang memberi hutang kemudian bermurah hati untuk menghalalkan hutang yang diberi menyebabkan orang yang berhutang merasa gembira dan berterima kasih kepadanya.
Perbuatan menghalalkan hutang yang diberi apatah lagi kepada mereka yang memang susah amat digalakkan dan dianggap sebagai sedekah yang mana pahalanya cukup besar di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT,

“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)”. (Al-Baqarah 280)

Kemudian orang memberi hutang tiba-tiba berubah fikiran mungkin kerana dihasut oleh seseorang atau kerana si pemberi hutang sudah jatuh miskin lalu dia meminta kembali duit yang sudah dihalalkannya itu.

Perbuatan seperti ini adalah “haram dan berdosa” di sini Allah SWT kerana ketika orang yang memberi hutang itu menghalalkan hutangnya maka akad hibah telah pun sempurna.

Syarat utama sah sesuatu pemberian atau hibah atau sedekah ialah qabdh takni barang itu telah diterima dan dipegang oleh penerima.

Pengecualian

Tetapi sekiranya barang itu belum diterima maka pemberi berhak untuk membatalkan pemberiannya. Sebagai contoh Ali hendan meminjam duit daripada Abu. Abu bersetuju untuk memasukkan duit itu dalam akaun Ali pada keesokkan hari dengan katanya.

“Tidak perlulah engkau membayarnya kembali… anggaplah duit itu pemberian ikhlas daripada aku kepada engkau”.

Tetapi keesokkan sebelum Abu memasukkan duit itu ke dalam akaun Ali (Ali belum menerima duit itu) dia menghubungi Ali,

“Tak jadilah aku beri duit itu secara percuma kepada engkau… aku anggap duit yang kuberi itu nanti sebagai hutang”.

Maka pembatalan seperti ini adalah harus kerana transaksi pemberian dan penerimaan hibah belum sempurna.

Wallahualam
sumber: http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com

Monday, October 29, 2012

:: HARI-HARI TASYRIK ::


Hari Tasyrik yang jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu pada hari ke-2 hingga ke-4 Hari Raya Korban.  Hari tersebut umat Islam juga diharamkan untuk berpuasa. Berkorban dengan melakukan penyembelihan binatang ternakan selama 4 hari berturut-turut (pada 10, 1, 12, dan 13) dibulan Zulhijjah bagi orang-orang yang berkemampuan, adalah satu tuntutan syariat yang telah ditentukan.

Dari Nubaisyah Al-Hudzali r.a katanya “Rasullah SAW bersabda: Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”

Oleh yang demikian hari ini diharamkan berpuasa. Umat Islam diharamkan berpuasa pada hari ini kerana mereka masih lagi meraikan Hari Raya Korban. Kita sedia maklum yang ibadah korban yang dijalankan adalah berupa penyembelihan binatang peliharaan seperti lembu, biri-biri, kambing dan binatang peliharaan yang dibenarkan dalam Islam. Ibadah ini dilakukan dengan penuh keikhlasan beserta niat kerana ALLAH SWT. 


Friday, October 5, 2012

Penyakit Hati

Penyakit hati adalah sesuatu istilah untuk sekumpulan penyakit-penyakit dan infeksi-infeksi yang mempengaruhi sel-sel, jaringan-jaaringan, struktur dan fungsi dari hati.

FUNGSI HATI
Hati adalah suatu organ penting terletak di bahagian kanan atas abdomen. Ia berfungsi sebagai:
1. Menyaring dan membersihkan darah.
2. Menghasilkan enzyme hempedu, suatu zat yang membantu pencernaan lemak.
3. Memproses dan mengikat lemak pada pengangkutnya (protein) termasuk kolestrol. Gabungan lemak dan protein disebut lipoprotein (Chylomicron, VLDL, LDL, HDL), menyimpan gula dan membantu tubuh untuk mengangkut dan mengalirkan energi.
4. Memproses protein-protein penting, seperti kebanyakkan yang terlibat pada pembekuan darah.
5. Memetabolisme pelbagai ubat-ubatan seperti barbiturates, sedatives dan amphetamines.
6. Menyimpat zat besi, vitamin A dan D serta beberapa dari vitamin B.
7. Memproses protein-protein penting seperti albumin yang mengatur pengakutan cairan di dalam darah dan ginjal.
8. Membantu menguraikan sel-sel darah merah.

Jika hati menjadi bengkak atau dijangkiti kuman, makan kemampuannya untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini akan menjadi lemah.

Penyakit hati dan pelbagai jangkitan kuman adalah disebabkan oleh suatu keadaan yang dijangkiti virus, seranagan bakteria dan perubahan kimia atau fizikal di dalam tubuh.

Penyebab yang paling biasa dari kerosakan hati adalah kerana kekurangan gizi (malnutrition) terutamanya terjadi kerana ketagihan rokok dan alcohol.

Gejala-gejala penyakit hati mungkin akut, terjadi tiba-tiba, atau kronik berkembang perlahan melalui suatu jangka masa yang lama. Penyakit hati kronik adalah jauh lebih umum daripada yang akut. Peratus penyakit hati kronik dari lelaki adalah dua kali lebih tinggi dari wanita. Penyakit hati juga dapat menjangkau dari penyakit yang ringan sehingga penyakit berat seperti kanser hati.

TANDA PENYAKIT HATI
Biasanya, gejala-gejala penyakit hati bergantung kepada jenis penyakit hati yang dihidapi seseorang.

Pada kebanyakan kes, mungkin tidak terdapat gejala. Tanda-tanda dan gejala-gejala yang umum berbeza bagi setiap orang, seperti:

1. Jaundice atau kekuningan kulit.
2. Air kencing yang berwarna coklat seperti teh.
3. Merasa mual dan loya.
4. Hilang selera makan.
5. Kehilangan atau kenaikan berat tubuh yang abnormal.
6. Muntah.
7. Cirit-birit.
8. Warna najis yang pucat.
9. Merasa senak di bahagian atas abdomen (perut) kanan.
10. Lemah tubuh badan.
11. Gatal-gatal.
12. Varises (pembesaran pembuluh vena).
13. Keletihan.
14. Hipoglikemia (kadar gula dalam darah rendah).
15. Demam ringan.
16. Sakit oto dan sendi.
17. Gairah sex berkurangan.
18. Kemurungan.

HATI GAGAL BERFUNGSI
Antara gejala kegagalan fungsi hati seperti:
1. Aplastic anemia, bermaksud suatu keadaan di mana sumsum tulang (bone marrow) tidak dapat memproses sel-sel darah.
2. Ascites, bermaksud terkumpulnya cairan di dalam abdomen.
3. Oedema, bermaksud bengkak di bawah kulit.
4. Encephalopathy, bermaksud kelainan yang mempengaruhi fungsi-fungsi otak.
5. Hati yang bengkak dan membesar sehingga menimbulkan kesakitan.
6. Limpa membesar dan membengkak.
7. Perubahan dalam status mental atau tingkat kesedaran.
8. Mudah berlaku pendarahan dalaman.

Antara penyakit hati dalam diri manusia

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al Anfal:2)

ULASAN AYAT:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan, malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan “sengaja” tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa. Jika buat sekalipun tidak kusyuk dan kesungguhan. Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang bermaksud; “Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafikan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah at-Taubah ayat 54).

2. Tidak tersentuh ayat Al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu kusyuk atau tunduk dari membaca Al-Quran dan mendengarnya. Sedangkan Allah memperingatkan dalam Al-Quran yang bermaksud; “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancaman-Ku. (Surah Qaaf ayat 45).

3. Tidak tersentuh dengan perkara yang terjadi. Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya. Nabi bersabda yang bermaksud; “Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan”.

4. Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat. Semangat dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sajaha seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia.

5. Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat. Ini adalah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat.

6. Kemaksiatan yang berterusan. Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehigga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.

7. Meremehkan dosa kecil. Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara yang kita perlu faham, dosa besar bermula dengan dosa kecil, banjir bersar bermula dari titis hujan.

8. Tidak peduli sumber makanan. Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dikira sedap dan enak. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting sedap dan enak. Begitu juga dengan punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya.

Inilah antara perkara yang perlu kita perhatikan. Semoga ianya bukan dari sebahagian perangai dan kesukaan kita, jika ianya masih ada dalam diri kita usahakan untuk menghilangkannya. WALLAHUALAM

Wednesday, October 3, 2012

Kahak (Lendir Degil Dalam Tekak)


Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?

Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput mucus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.

Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada system pertahanan badan. Lendir di paru-paru dan trachea memrangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak dengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.

Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak?

Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda bagi masalah saluran pernafasan yang kronik. Namun begitu masalah allergic  (alahan) dan jangkitan virus  adalah punca utama bagi lendir.

Tindakbalas allergic adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain, masalah utama beliat ialah terpaksa berdepan dengan habuk-habuk kain yang bersaiz kecil berterbangan di udara tanpa beliau sedari. Seorang guru yang mengajar murid-muridnya menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi masalah allergic pada habuk kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergic kepada bau dakwat yang digunakan.

Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan memcepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan bendasing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.

Walau bagaimana jika tekak “diserang” dengan hebat, tubuh akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi mengelakan bendasing ini masuk ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan “bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plus), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bactetial pneumonia dan influenza pneumonia.

Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya kunin, ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepada dan sakit di bahagian otot-ototnya.

Kahak melekat

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.

“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergic atau sinusitis. Selain itu tabit menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir (chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).

Cara mengurangkan lendir

Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk mungkin steroids. Namun begitu ada beberapa cara yang muah bagi mengurangkan lendir di tekak yang boleh dicuba di rumah.

Salah satu cara yang mudah dengan minum air suam kerap yang boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya. Cara lain dengan mencampurkan madu dengan cinnamon (cengkih) dan diminum dengan secamca madu. Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper).

Walau bagaimanapun harus dicari punca (sources) penyebabkan allergic di dalam rumah atau di persekitaran rumah anda.

Allergic pada habuk dan cuaca sejuk adalah salah satu sebab utama bagi mereka yang mempunyai allergic. 

Monday, September 24, 2012

Mengapa Yahudi Bijak?


Ntah kenapa aku terpanggil untuk 'search' berkenaan "Mengapa Yahudi Bijak?" dan aku pun jumpa satu entri berkenaannya mengenai satu kajian yang dibuat oleh Dr. Stephen Carr LeonAku rasa tak salah kot kalau aku copy paste kat blog aku neh untuk tatapan aku.  Aku copy bulat-bulat jek ni.  Meh le baca sama-sama.  Yang mana baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. Kita sebagai manusia ni memang mempunyai pendapat yang amat berbeza, jadi dari entri di bawah ini berdasarkan kajian yang beliau telah buat dan kesimpulan yang beliau buat pon berdasarkan daripada apa yang beliau dapat daripada kajiannya itu. Ada jugak yang aku terfikir macam tak berapa betul.

Aku search nama Dr. Stephen Carr Leon ni tapi tak ada plak info dia. Yang kluar berkenaan artikel ni je la... Errr takpe la.. layan je la baca....Membacakan jambatan ilmu, info yang baik tu kita ambil la, yang tak baik tu kita fikir-fikirkanlah...........

Jom kita baca jom untuk tambahkan ilmu pengetahuan kita semua yek...


"Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa lokasi di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?” Memang tidak dapat dinafikan ramai cendiakaan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor.  Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan member kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.  Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliat tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliat. Saya bertanya kepada beliat, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliat, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuatkan saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau , sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu dan untuk tengahari makan utama beliat ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama diperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
  
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi dan roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nakotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh dan lembab). Suatu penemuan yang dasyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian (ironinya pemilik pengeluar rokok terbesar adalah….tekalah sendiri!!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code liver oil). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.  Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajian bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan Negara.

Selanjutnya permerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di univerisiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempratikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda teperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengan, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adalah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, dewan perniagaan yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi) jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Makan itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada berates kedai ternama di bawah naungan dewn perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, digallakkan si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengan muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak. Dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajarangan mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanya sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, kita anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70cts!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah Universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adalah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan matematik dunia? Adalah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama dan bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler? Bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya keteengahkan ialah mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi?

Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaiakan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa."
- Dr. Stephen Carr Leon

Kelopak Mata Kiri Bergerak...

Tadi kawan aku tanya aku apa tanda kelopak mata kiri bergerak eh? Aku suh dia Google, dia cakap mana boleh klua la benda-benda ni sumer. Katanya lagi kena tanya Ustaz. Hehehe... Lawak sungguh kawan aku ni. Zaman skang ni celik IT. Tekan je apa saja yang kita mahu mesti keluar punyalah.  Macam-macam info yang kita boleh jumpa. 

Ok ni dia info yang aku dapat dari Google tadi. Nak share sket kat sini.  Boleh la kalau sekadar nak tahu je tapi kalau nak percaya sangat tu jangan le. Kadang-kadang benda ni jadi secara kebetulan. Semua yang terjadi adalah dari-NYA. Kita ni hanya merancang tapi Tuhan Yang Maha Esa yang menentukannya. 


Pergerakan Tubuh
Alamat
Kelopak mata kanan bergerak
beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak
melihat perempuan
Kelopak mata kiri bergerak dari atas
ada org akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak
hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak
menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak
mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak
akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak
gembira dihati
Umbun bergerak
berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak
beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak
akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak
beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak
beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak
org yg mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak
alami kebahagiaan.
Telinga bergerak
akan berkelahi.
Kepala bergerak
ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri
beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak
harta hendak datang.
Bahu kiri bergerah-gerak
bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak
akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak
beroleh harta.
Pipi kanan bergerak-gerak
alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak
sentiasa bahagia.


Friday, September 21, 2012

Mengapa Kita Menjadi GEMUK?


Tahukah anda bahawa kurang makan juga boleh menyebabkan anda menjadi gemuk?

Berikut saya kongsikan 10 sebab terhangat mengapa manusia menjadi gemuk

Tempat ke 10
Pengambilan Ubat-ubatan Anti-Depression
Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma dan menjejaskan keseimbangan badan kita untuk mengekalkan berat badan.

Tempat ke 9
Menghidapi Penyakit Kronik
Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisol  di dalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.

Tempat ke 8
Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menentukan samda kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namum perlu diingat faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.

Tempat ke 7
Stress
Setiap kali stress, kadar kortisol di dalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawan untuk pengumpulan lemak di bahagian perut. Kortisol juga melemahkan system imunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkan STRESS!

Tempat ke 6
Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)
Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita semua ini menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiada berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah menjadi gemuk.

Tempat ke 5
Tak Makan
Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, ktia akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Di samping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan bekalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak di perut kita.

Tempat ke 4
Label “Rendah Lemak”
Berapa ramaikah di antara kita yang menyangkakan makanan berlabel “rendah lemak” juga mengandungan “rendah kalori”? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai di antara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya sihat dan tak menggemukkan.

Tempat ke 3
Kurang Bersenam
Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membanti lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar lakori walaupun sedang berehat.

Tempat ke 2
Kadar Metabolisma Rendah
Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun tahukan anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisama kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.

Tempat Pertama
Diet Yang Tidak Sihat
Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan di kedai mamak dan di KFC atau McDonald. Seringkali kita sukar keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari hari kesehari.

Jadi… marilah kita semua bersama-sama berubah ke arah cara hidup yang lebih sihat!!!