MULAI 1 September, waktu operasi pejabat Tiket Malaysia Airlines (MAS) di KL Sentral akan diubah dari 7 pagi hingga 10 malam setiap hari, Isnin hingga Ahad.

Dalam kenyataan hari ini, MAS berkata perubahan ini bertujuan meningkatkan kecekapan operasi syarikat penerbangan itu dan tidak menjejaskan perkhidmatanpertiketannya.

Semua fungsi berkaitan pertiketan boleh didapati melalui laman sesawang syarikat penerbangan itu di www.malaysiaairlines.com atau dengan menghubungi pusat panggilan 1-300-88-3000 (di Malaysia) atau 03-78433000 (luar Malaysia). - Bernama

Sumber: sinarharian