Sebelum ini sudah di tulis artikel mengenai cara mengenal wayar Power Bank, tetapi persoalan utama adalah bagaimana cara membeli Power Bank baru agar bersesuaian dengan kehendak anda. Kini terdapat pelbagai saiz, bentuk, warna dan kapasiti Power Bank yang di tawarkan oleh pembeli tidak kira di kedai mahupun di laman web. Power Bank kini di anggap aksesori penting kerana kebanyakkan telefon pintar kini penggunaan bateri terlalu cepat abis terutama ketika bermain permainan dan melayari internet. Mesti pengguna tidak mahu ketika kelua rumah dan dapati bateri telefon pintarnya tinggal sedikit dan tiada tempat untuk mengecaj terutama keluar jalan. Power Bank merupakan penyelamat bagi membantu mengecaj bateri telefon pintar anda dan kebanyakkan Power Bank bersaiz kecil dan ringgan bagi mudah di bawa. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
1. Kapasiti Bateri
Sebelum membeli Power Bank, pastikan anda mengenal pasti kapasiti bateri telefon pintar dan jumlahkan kesemua telefon pintar anda miliki. Sebagai contoh anda memiliki Lumia 920 dengan kapasiti 2000 mAh dan Xperia Ray dengan kapasiti 1500 mAH, menjadikan jumlah kapasiti yang di perlukan dalam 3500 mAh. Oleh itu Power Bank yang anda perlukan hendaklah mempunyai kapasiti dalam 3500 mAh ke atas bagi mencukupi mengecaj kedua-dua peranti milik anda. Contoh lain pula, jika anda memilik iPhone 5S dengan kapasiti 1570 mAh dan anda juga memiliki Power Bank Silvertec Ultra Slim dengan kapasiti 4700 mAh, anda dapat mengecas iPhone 5S dari bateri kosong sehingga penuh sebanyak 2.5 kali dan lebih.
2. Kenal pasti Port yang di sediakan pada Power Bank
Kebanyakkan Power Bank hanya menyediakan satu Port Micro-USB bagi mengecas masuk Power Bank dan satu Pot USB bagi mengecaj keluar untuk telefon pintar. Malah ada juga Power Bank menyediakan dua Port USB bagi mengecaj keluar seperti Silvertec Sanyodengan kapasiti 4800 mAh dan ianya amat bagus kerana kebanyakkan pengguna kini memiliki dua atau lebih telefon pintar. Kebiasaaanya, Port USB bagi mengecaj keluar mempunyai kadar pengeluaran 1A sahaja dan sesuai bagi kebanyakkan telefon pintar. Tetapi jika anda memiliki tablet atau iPad yang mempunyai kapasiti bateri yang besar, kadar pengeluaran 1A tidak mencukupi. Oleh itu, kebanyakkan Power Bank yang memiliki dua Port USB bagi mengecaj keluar akan mempunyai kadar pengeluaran 1A dan 2.1A bagi memudahkan pengguna mengecaj telefon pintar serta tablet. Pastikan juga Port bagi mengecaj masuk menggunakan wayar Micro-USB kerana kebanyakkan peranti Android dan Lumia menggunakan wayar pengecaj Micro-USB dan anda tidak perlu menggunakan wayar yang berbeza yang mungkin akan menyukarkan anda kelak hari.
3. Mengenal pasti keaslian Power Bank
Pastikan anda membeli Power Bank pengedar yang sah dan boleh di percayai bukannya di beli dari pasar malam yang semestinya merupakan produk daripada China. Pastikan juga anda mengetahui harga sebenar untuk Power Bank yang asli agar tidak tertipu dengan harga yang melampu murah dari harga yang asli. Ini kerana terdapat banyak Power Bank cetak rompak yang di bawa masuk dari China. Tidak di nafikan anda masih boleh menggunakan Power Bank tersebut seperti biasa tetapi spesifikasinya tidak mengikut spesifikasi yang asli. Sebagai contoh Power Bank Yaobao asli mempunyai kapasiti sebanyak 13000 mAh tetapi Power Bank Yaobao cetak rompak mungkin mempunyai kapasiti sebanyak 2000 mAh sahaja. Versi cetak rompak hanya mampu mengecaj Lumia 720 dengan kapasiti 2000 mAh sekali caj sahaja berbanding versi yang asli mampu mengecaj sebanyak 6.5 kali. Ketika membeli Power Bank, anda perlu menanyakan mengenai warantinya berapa lama di sediakan dan bagaimana hendak menghantar jika ada kerosakan. Jika waranti di tawarkan kurang dari 12 bulan dan perlu di hantar sendiri ke kilang pembuatan, kemungkin tinggi ianya adalah palsu. Terdapat banyak caramenentukan keaslian Power Bank danperbandingan untuk Yaobao boleh di baca.
4. Fungsi tambahan
Walaupun fungsi asal Power Bank hanyalah sebagai bateri kecemasan bagi mengecas telefon pintar ketika tiada sumber elektrik untuk mengecas telefon pintar. Tetapi adalah bagus jika Power Bank tersebut mempunyai fungsi tambahan, tidaklah anda hanya bawa Power Bank hanya semata-mata mengecas telefon pintar sahaja. Berikut beberapa fungsi tambahan yang boleh di dapati pada sesetengah Power Bank :
~ Lampu suluh terbina pada Power Bank
Kebanyakkan Power Bank yang mempunyai kapasiti besar akan di sediakan bersama lampu suluh. Lampu suluh yang di gunakan biasanya adalah LED yang hanya menggunakan tenaga elektrik yang rendah, sekaligus tidak menghabiskan bateri Power Bank walaupun di gunakan untuk menyuluh. ~Solar panel terbina pada Power Bank
Kebiasaan Power Bank akan di gunakan di luar rumah ketika keluar berjalan pada waktu siang. Jadi solar panel dapat di gunakan bagi mengecas Power Bank ketika bersiar-siar di bawah pancaran matahari. Walaupun biasanya mengecas menggunakan solar panel agak lambat tetapi ianya dapat mengecas Power Bank jika bateri Power Bank sudah abis di gunakan.
~ Power Bank Battery Case
Kebiasaan Power Bank merupakan gajet individu dan berasingan dari telefon pintar. Ini menyukarkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana terutama jika saiz Power Bank yang besar. Jadi terdapat Power Bank yang di intergrasi bersama dengan Casing telefon pintar supaya tidak lagi perlu di bawa secara berasingan. Malah ada Power Bank Battery Case ini juga menawarkan pelindungan seperti Casing yang biasa di gunakan. Pengguna tidak perlu membeli Casing yang lain malah tidak perlu membawa Power Bank berasingan yang agak melecehkan.
5. Mengikut kehendak dan kemampuan bukannya kemahuan
Ya Power Bank memang di perlukan bagi mengecaj telefon pintar yang sering cepat abis bateri. Tetapi Power Bank hanyalah aksesori tambahan bagi tujuan mengecaj ketika kecemasan sahaja. Jika anda banyak menghabiskan masa di dalam rumah atau sering berada berdekatan dengan sumber elektrik untuk mengecas seperti di pejabat, dalam kereta dan menggunakan laptop, anda tidak memerlukan sangat Power Bank ini. Malah jika anda hanya ingin menggunakan Power Bank ketika bekerja atau belajar yang mana tidak menggunakan banyak bateri telefon pintar sehingga habis, membeli Power Bank ini juga bukanlah satu keperluan. Di samping itu, jika anda membeli Power Bank yang kapasitinya terlalu besar yang harganya lebih mahal, adalah tidak berpatotan jika anda hanya mengecas telefon pintar menggunakan Power Bank hanya sekali sekali. Akhir sekali, anda janganlah terpedaya dengan segala promosi dan tawaran yang hebat sehingga anda sangup menghabiskan duit pada bukan tempatnya.
Sumber: kakigajetmalaysia.blogspot.com
No comments:
Post a Comment