Friday, August 8, 2014

Khazanah bayar RM1.4 bilion ambil alih MAS sepenuhnya

Khazanah Nasional membayar RM1.4 bilion bagi mengambil alih syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines sepenuhnya. Gambar fail The Malaysian Insider.Khazanah Nasional membayar RM1.4 bilion bagi mengambil alih syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines sepenuhnya. Gambar fail The Malaysian Insider.Malaysia Airlines System Bhd (MAS) hari ini berkata pelabur milik negara Khazanah Nasional akan menawarkan 27 sen bagi setiap saham dalam syarikat itu yang tidak memiliki, berjumlah hampir RM1.4 bilion bagi pengambilalihan sepenuhnya syarikat penerbangan  bermasalah itu.

Khazanah, yang memiliki 69.37% saham daripada MAS, akan menjalankan kajian semula yang komprehensif dan penyusunan semula syarikat penerbangan itu, yang mengalami dua bencana pesawat pada tahun ini, kata MAS dalam satu kenyataan selepas mengumumkan penggantungan semua sahamnya.

Kenyataan itu berkata, Langkah untuk mengeluarkan MAS daripada penyenaraian di Bursa Saham Malaysia  disebabkan prestasi kewangan yang tidak menggalakkan syarikat penerbangan itu, setelah mencatatkan kerugian bersih bagi tempoh tiga tahun yang lalu.

Pemilikan swasta akan membuka ruang kepada Khazanah memperkenalkan struktur modal yang sesuai bagi MAS memenuhi "keperluan pembiayaan yang besar" dalam beberapa tahun akan datang, dan mengekalkan operasi di tengah tahap hutang, kata kenyataan itu. – Reuters, 8 Ogos 2014. 


Sumber : themalaysianinsider.com.my

No comments:

Post a Comment