Kampar: Laporan hasil siasatan awal dua kotak hitam pesawat MH17 sudah diterima oleh kerajaan Malaysia dan pasukan penyiasat antarabangsa akan membuat pendedahan mengenainya pada umum.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia menyerahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa untuk mendedahkan maklumat itu kepada umum serta melakukan siasatan lebih lanjut terhadap kotak hitam itu.
Mereka dijangka berbuat demikian pada awal September ini, katanya.
"Saya difahamkan pasukan penyiasat itu turut menghantar laporan berkenaan ke negara lain yang mempunyai kaitan dengan tragedi itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR) di sini, hari ini.
KOTAK hitam MH17. FOTO AFP
Menurutnya, Malaysia tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk membawa kembali semua jasad kru serta penumpang rakyat negara ini ke tanah air dan Malaysia menyerahkan kepada pasukan penyiasat forensik untuk melaksanakan tugasannya dalam mengecam mangsa pesawat berkenaan.
Sumber: hmetro.com.my 150814
No comments:
Post a Comment