Tidak cukup dengan kesalahan yang dilakukan terdahulu, kini dia semakin lancang mengutuk PDRM, Mahkamah dan juga Kerajaan, terutamanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Aktivis politik, Ali Abdul Jalil, meluahkan amarahnya di Facebook dengan kata-kata kesat yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang Islam.
Bagi Ali, apa yang berlaku terhadap dirinya dan juga Alvin Tan, adalah salah pemimpin UMNO. Sedangkan mereka yang begitu lantang mencabar kerajaan sehingga sanggup bertindak menghina institusi raja-raja melayu.
Menurutnya, dia berbangga kerana dapat memohon suaka politik dari negara luar dan mengulas mengenai pasport antarabangsanya ditarik balik, dia sangat berbangga.
"Kerajaan UMNO f***** tarik passport kami adalah pertama kali dalam sejarah. So, kami cipta rekod Malaysia," katanya.
Ali juga mendakwa, tindakan membatalkan passportnya itu dilihat sebagai kerajaan begitu terdesak mahukan mereka kembali. Sedangkan sebelum ini, dia dilayan seperti sampah.
"Bila aku keluar Malaysia, awat terhegeh-hegeh suruh aku balik?" soalnya.
Tambah Ali, jika kerajaan Malaysia inginkan dia kembali semula ke tanahair, UMNO perlulah dikuburkan terlebih dahulu. Manakala Sultan Johor dan Sultan Selangor harus dicampak ke jamban. Juga, dia inginkan Malaysia ditukar menjadi republik, barulah dia akan kembali ke Malaysia.
Kasihan dengan nasib yang menimpa Ali. Kasihan kerana dia merasakan dirinya hebat dengan mengatakan kerajaan terhegeh-hegeh mahukan dia kembali.
Memang benar kerajaan mahu Ali dan Alvin Tan kembali ke Malaysia. Ali dan Alvin Tan perlu kembali untuk menghadapi pertuduhan yang didakwa ke atas mereka dan bertanggungjawab di atas kesalahan yang mereka telah lakukan.
Bukannya lari ke luar negara, kemudian mencanang kepada seluruh dunia kononnya dirinya tidak bersalah dan mengutuk kerajaan dari negara lain. Jika benar anak jantan, kembalilah ke tanahair.
Sumber: http://www.oomedianetwork.com/
No comments:
Post a Comment