Kejam! Mexico dikejutkan dengan jenayah kejam melibatkan seorang remaja, Guadalupe Salinas Hernandez, 17, yang membunuh seorang gadis lain yang sedang sarat mengandung sebelum membelah perutnya dan mengambil bayi dalam kandungannya.
Gadis tersebut , Nathaly Cartas Leon, 20, mengandung lapan bulan dan berkenalan dengan Hernandez melalui Facebook.
Mereka mula berkenalan ketika Hernandez mencari barangan bayi. Hernandez bertindak membunuh Nathaly kerana cemburu selepas dia menggugurkan bayinya sendiri.
Selepas berbuat demikian, Hernandez menyesal dan nekad mencari bayi lain.
Hernandez mendapat peluang tersebut apabila Nathaly mengunjungi rumahnya dan sebalik gadis itu melangkah masuk, dia terus memukul kepala mangsa dengan benda tumpul dan turut menikam mangsa beberapa kali.
Hernandez kemudiannya membelah perut mangsa dan mengambil bayi berkenaan.
Segalanya terbongkar apabila bayi berkenaan dibawa ke hospital oleh Hernandez dan selepas siasatan mendapati, bayi tersebut bukan meninggal dunia akibat kelahiran biasa tetapi kerana lemas dalam kandungan selepas kematian ibunya.
Hernandez akhirnya mengaku kesalahan yang dilakukannya. Mayat Nathaly juga ditemui di rumahnya.
Sumber:cilipanas.blogspot.com
No comments:
Post a Comment