Salam .... Saya akan menceritakan salah satu kejadian yang pernah saya alami. Saat itu saya sedang bekerja di Hospital Banyumas, di Jawa Tengah, Indonesia. Sebagai gambaran, Hospital Banyumas ketika itu merupakan rumah sakit negeri yang cukup diminati pesakit dengan keadaan setaraf hotel
Saya menerima pesakit yang datang dengan kehamilan pertama, umur kehamilan 9 bulan dan sudah mula masuk persalinan dengan penguncupan rahim yang teratur dan pembukaan 2 cm kira-kira jam 7-8 pagi. Hasil pemeriksaan jantung janin menunjukkan bahawa janin dalam keadaan baik dan sedia menjalani proses bersalin. Dengan pembukaan masih kecil, maka pesakit direhatkan di bilik sambil menunggu pembukaan bertambah ...
Waktu itu saya full day tinggal di rumah sakit 24 jam dan 7 hari. Saat saya sedang berehat 7 malam, tiba-tiba saya dikejutkan berita dari bidan bahawa pesakit tersebut kesakitan dan saat dilakukan pemeriksaan jantung ternyata denyut jantung sudah tiada (janin sudah meninggal). Suami dan keluarga pesakit marah-marah dan menyalahkan saya ...
Saat saya lakukan pemeriksaan, saya mendapati keadaan yang tidak wajar. Pembukaan masih 2-3 cm dengan penguncupan yang sangat kuat yang sepatutnya penguncupan pada pembukaan 8-9 cm ...
Saya merasa pasti ada yang tidak kena, apabila saya tanyakan kepada keluarganya, apakah ada diberikan `sesuatu`? awalnya mereka tidak mengakui. Saya minta bidan saya memeriksa bilik pesakit sama ada yang mencurigakan sambil saya terus mengumpul maklumat dari keluarga pesakit ...
Mereka masih berusaha menyalahkan pengendalian rumah sakit atas meninggalnya janin tersebut. Namun akhirnya bidan yang jaga mengatakan adanya rendaman `rumput` dan gelas di bilik pesakit, dan barulah keluarga pesakit tersebut mengaku
Ternyata pesakit sudah diberikan minuman rendaman akar fatimah ketika di bilik rawatan, dan ini diluar pengetahuan doktor. Seperti kita tahu bahawa `akar fatimah` (Labisa pumila) berasal dari Timur Tengah dan mempunyai sebutan lain seperti Kaf Mariyam (bahasa arab) yang bererti` telapak tangan mariyam`, dan beberapa orang barat menyebutnya sebagai Mawar Jericho.
Tanaman ini mempunyai kesan uterotonik ataupun boleh menyebabkan penguncupan rahim. Penguncupan rahim yang ditimbulkannya boleh menyebabkan persalinan, oleh kerana itu beberapa orang menggunakan tumbuhan ini untuk `memlancarkan persalinan`.
Akan tetapi kerana sukatan dos tidak dapat dipastikan, dengan demikian tahap sukatan selamat pun sukar ditetapkan. Bila suatu boleh menimbulkan penguncupan, maka dalam kadar rendah ia boleh `melancar proses bersalin`
Namun pada kadar yang tinggi ada bahaya dan kesannya, iaitu boleh menimbulkan penguncupan yang berlebihan atau over (istilah medik: hiperstimulasi) ....
Keadaan inilah yang sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan janin tidak mampu bertahan sehingga boleh meninggal, atau bahkan rahim yang tidak berlangsung hingga boleh koyak dan mengakibatkan kematian ibu dan janin ....
Sampaikan kepada yang anda kenali tentang ini, mungkin sahaja boleh `menyelamatkan` nyawa seseorang.
Semoga maklumat tersebut bermanfaat dan dapat diambil nilai positifnya.
* Tambahan - Kandungan oksitosin tidak boleh diukur. Tumbuhan ini dipakai dengan cara akarnya direndam. Air rendaman inilah yang diminum. Semakin lama direndam, kadar oksitosin yang dibubarkan pun semakin pekat. Dos boleh jadi berlipat-ganda ....
Minum rendaman akar fatimah ini akan menimbulkan masalah. Jika mulut rahim belum terbuka, kesan kuat penguncupan ini boleh membahayakan. Risikonya boleh menimbulkan pendarahan akibat penguncupan rahim sehingga menyebabkan pecahnya pembuluh-pembuluh darah dan tekanan otot
Penguncupan yang ditimbulkan akan sangat tinggi, tanpa ada sela waktu rehat. Penguncupan benar-benar kuat tetapi pembukaan tidak sesuai dengan penguncupan. Hasilnya berbeza, untuk ibu yang pembukaannya sudah hampir sempurna memang dapat membantu mempercepatkan kelahiran, namun bagi yang pembukaannya masih awal tentu tidak sesuai dengan penguncupan yang hebat tersebut ....
Jika tidak tahan akan penguncupan, ibu akan terus-menerus meneran padahal pembukaan masih sedikit, sehingga besar kemungkinan rahim akan koyak. Selain itu akan terjadi pendarahan setelah melahirkan, atau bahkan kematian pada janin. Wallahu a'lam ...
Sumber:ooomedianetwork.blogspot.com
No comments:
Post a Comment