Semalam, video seekor kucing yang di flush di dalam tandas menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Jangankan orang ramai, kami sendiri tidak sanggup melihat video berdurasi 53 saat sehingga habis. Hari ini, lelaki berpakaian hitam yang dikenali sebagai Miki Monster tampil memberi penjelasandi facebook.
"Tak sangka video lama aku dulu jadi famous."
Kucing itu aku jaga (dengan) baik sehingga dia mati. Anak tiga ekor, aku perhabiskan duit jaga sampai besar dan aku tak sangka sikap saudara aku sendiri membuka aib yang lama sehingga aku dicari dalam Facebook ini.
Aku hanya berdoa pada Allah SWT. Moga Allah membalas segala perbuatan bekas sepupu aku itu.
Cukulah dia buka aib aku pada seluruh kerabut keluarga dan sepupu aku sebelum ini. Sekarang, dah buka aib di seluruh Malaysia.
Ini tanda-tanda kiamat sesama saudara sedarah berpecah belah.
Nama kuling itu Julia. Julia, aku dah minta maaf pada kamu dan aku jaga kamu. Aku tak salahkan orang yang comment dan maki-maki, ugut-ugut aku sebab bukan salah mereka pun. Mereka tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Kuling itu tak mati di tandas itu. Elok selepas rakaman video, aku jaga dia. Biarlah orang buat aku macam ini.
Malangnya, tak lama kemudian facebook beliau telahpun di deactivated kan. Menurut Miki, kucing yang dimaksudkan itu telahpun di jaga dengan baik sehingga mati dan mempunyai 3 ekor anak.
Apapun, apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat beliau.
Sumber: cilipanas.blogspot.com
No comments:
Post a Comment