Umum sudah tahu insiden pergaduhan yang membabitkan hooligans membelasah penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
Menurut laporan Harian Metro sebelum ini, pergaduhan tercetus apabila penyokong Vietnam menjulang replika piala yang membangkitkan rasa tidak puas hati penyokong Malaysia. Bagaimanapun, berlainan pula pendedahan yang diceritakan oleh dua penyokong Vietnam yang turut menjadi mangsa keganasan hooligans terbabit.
Baca cerita sebenar dari dua penyokong Vietnam tersebut di bawah:
“When we arrived at the stadium, the atmosphere was very friendly and fun with people taking photos. We went in early to get our seats. Everything went well throughout the game, but the fight started when Malaysia’s captain punched a Vietnamese player. (Watch the video, 0:55 onwards) No red card was given, so we started booing.
At that point, someone suddenly hit me hard. I’m not sure what it was, a plastic bag with ice or a bottle. I was too stunned to tell. One of my friends shielded me until I could get up, then we ran to two police officers at the scene.
Then, we went to the central area where all the police were so that we could get some protection. The cops told us to wait until more people had gone back. I could actually feel the fear from the cops. We waited for 3 long hours before leaving. 2 police officers escorted us out of the stadium and we only reached our car at 1am.” - An Vu Nguyen
“Everyone was quite friendly before the match, but things took a terrible turn when Malaysian fans started entering the Vietnamese area to assault some of us. Some of my friends, who wore the iconic red t-shirt with a yellow star, were harassed even outside the stadium.
Thankfully, we had a security team which helped stop the fights and to stop more Malaysians from coming into our area. However, some of them just stood and stared… I don’t really blame them because they were afraid themselves.
As we stayed back in the stadium, fearing for our safety, we finally managed to get out. We tried to look for a taxi, but nobody wanted to send us home even if they had no passengers. We had to walk 2 hours on the highway because of that. We walked towards the Batu Tinggi KTM and reached at 12am… There, we finally found a cab back to our place in Jalan Semantan at RM60.” - Vu Minh Ngoc
Biarpun dipukul, diancam, dimalukan serta dibuli, An dan Vu masih menganggap rakyat Malaysia baik dan peramah orangnya.
"Orang Malaysia baik-baik," kata An sungguhpun dipukul tanpa sebarang amaran.
"Apabila insiden itu tersebar, rakan-rakan (Malaysia) saya menghantar SMS meminta maaf bagi pihak 'Hooligans'. Bukan semua yang menyokong tindakan hooligans ini," katanya lagi.
"Warga Vietnam di tanahair yang mendengar insiden ini memang kecewa dengan tindakan Hooligans ini. Saya juga risau jika rakyat Vietnam di tanahair akan marah dan mengancam rakyat Malaysia di sana di hari perlawanan timbal balik. Namun saya berharap tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku," ujar An.
Begitu juga dengan Vu, yang lebih memandang positif kepada semangat penyokong Malaysia berbanding dengan insiden tersebut.
Katanya, semangat Ultras Malaya benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya.
"Sorakan mereka, semangat yang kuat, obsesi mereka terhadap sukan bola sepak, meninggalkan kesan yang mendalam pada saya.
"Saya berharap mereka juga akan berada di Hanoi untuk terus memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya dengan harapan penyokong pasukan Vietnam dapat belajar seperkara dua dari mereka (ultras malaya)," kata Vu.
Bagaimanapun, menurut seorang penyokong Harimau Malaya, Geoffrey Yeow meluahkan rasa kesal dan sedih dengan apa yang dia lihat di malam Ahad yang lalu.
"Saya dapat lihat dengan jelas yang penyokong-penyokong Vietnam berkelakuan baik di Stadium. Mereka hanya duduk di kawasan mereka dan membuat hal sendiri. Tiada langsung yang bertindak melakukan apa-apa tindakan yang membawa kepada pergaduhan tersebut," luahnya dengan nada kesal.
Mengulas mengenai pemohonan maaf Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, kepada Vietnam, Geoffrey masih tidak pasti sama ada dia akan pergi ke Hanoi untuk perlawanan timbal balik berikutan dengan tindakan Hooligans yang telah mencemarkan nama baik dan imej Malaysia.
"Bukan mudah nak mendapatkan tiket tetapi saya mungkin terpaksa melepaskan peluang ini. Ini kerana saya bimbang dengan keselamatan saya. Insiden tempoh hari tidak sepatutnya terjadi. Mereka (penyokong Vietnam) tidak buat apa-apa yang salah dan tidak sewajarnya diperlakukan sedemikian," kata Geoffrey Yeow
Sumber mymediahubonline.blogspot.com
No comments:
Post a Comment