Wednesday, December 10, 2014

Parah dibaham tiga singa




Barcelona: Seorang lelaki berpakaian celoreng dibaham tiga ekor singa selepas dia memasuki kandang haiwan berkenaan di zoo di bandar raya ini, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu diheret ke terowong dalam kandang itu oleh ketiga-tiga haiwan berkenaan dalam kejadian yang mencemaskan itu.
Mangsa yang cedera parah berjaya diselamatkan oleh kakitangan zoo, bomba dan polis yang memancutkan air dan pemadam kebakaran bagi memaksa singa itu berundur.
Lelaki itu dihantar ke Hospital de la Vall d’Hebron kerana mengalami luka yang serius.
Menurut beberapa saksi, lelaki itu memanjat pagar yang mengelilingi kandang itu sebelum memasukinya. .
Terdapat laporan lain menyatakan, lelaki terbabit pernah ditahan polis kerana terlibat dengan demonstrasi dengan bergayut di La Pedrera, mercu tanda Barcelona, kerana membantah kegiatan pengguguran kandungan.
September lalu, dia ditangkap kerana membakar bendera di monumen Rafael Casanova.
Sementara itu, pihak zoo melakukan siasatan untuk mengetaui tujuan mangsa masuk ke kandang singa itu. - Agensi

Sumber: sukamenulis.blogapot.com

No comments:

Post a Comment