Dalam kejadian lebih kurang jam 5 petang semalam, berlaku satu letupan bom mortar di Taman Ria Mesra 2, Gurun. Letupan berpunca dari seorang tentera dari Kem Horbat, Gurun yang sedang menggergaji bom mortar yang di bawa pulang ke rumah dari tempat kerjanya.
Semasa menggergaji bom tersebut, percikan api telah menyambar bom mortar lain yang berada berhampiran dan seterusnya mengakibatkan letupan yang kuat menggemparkan penduduk di sekitarnya. Sebuah kereta yang berada di rumah tersebut juga meletup dan hancur.
3 orang mangsa dilaporkan meninggal dunia. Mangsa dikenali sebagai Ayub berusia 30-an meninggal dunia dalam keadaan hancur, anak perempuannya Nor Hidayu, 8 tahun, dan Mohd Idham, 5 tahun maut ditempat kejadian. Isteri mangsa cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Takziah dari kami di Oh! Media. Moga kejadian seperti ini dijadikan tauladan buat kita semua untuk lebih berhati-hati terutamanya dengan kerja yang melibatkan bahan letupan lebih-lebih lagi jika ianya dibawa pulang ke rumah.
- See more at: http://www.ohmedia.my/2014/12/letupan-bom-mortar-di-gurun-kedah.html?m=1#sthash.8oSsckpi.dpuf
No comments:
Post a Comment