Friday, December 26, 2014

Tangisan Bayi Dalam Mangkuk Tandas Gemparkan Penduduk



Tangisan seorang bayi akhirnya menyelamatkan bayi tersebut daripada dibuang oleh ibunya di dalam mangkuk tandas apabila di dengari oleh penduduk apartment.

Remaja wanita terbabit ditahan oleh pihak berkuasa di bandar Shenyang Xiazhuang 
Tangisan itu sekaligus membuatkan salah seorang penduduk mencurigai rumah wanita berkenaan sebelum membuat aduan kepada pihak polis.
Bayi tersebut ditemui dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang dan masih berlumuran darah dalam mangkuk tandas rumah berkenaan.

Bayi tersebut yang sudah bertukar kebiruan akibat kesejukan dan kesukaran untuk bernafas sempat di selamatkan dan di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ibu bayi ditemui setelah pihak polis meminta bantuan pengurus apartment untuk mengenal pasti identiti ibu bayi itu yang tidak sedarkan diri kerana kehilangan banyak darah. 

Remaja tersebut yang berusia 19 tahun mengaku panik dan risau dimarahi keluarga apabila melahirkan bayi.  




Sumber:cilipanas

No comments:

Post a Comment