Wednesday, December 31, 2014

QZ8501: TIGA MAYAT DITEMUI



Jakarta: Sekurang-kurangnya tiga mayat dari pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang sejak Ahad lalu ditemui sehingga malam tadi.
Selain itu, pelbagai objek termasuk serpihan dan rangka pesawat dilihat di lokasi mencari dan menyelamat, turut dibawa ke pusat gerakan.
"Kami melihat seorang lelaki dilambung ombak seperti melambai-lambai. Namun, selepas meneliti, saya sedar ia adalah mayat manusia," kata seorang leftenan Tentera Udara Indonesia kepada media tempatan.
Pengarah Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS), Supriyadi, berkata mayat yang ditemui dibawa ke sebuah kapal Tentera Laut Indonesia.
"Kebanyakan mayat sudah bengkak tetapi masih dalam keadaan baik dan tidak ada jaket keselamatan pada mereka," katanya yang dipetik agensi berita AP.

No comments:

Post a Comment