SURABAYA: Anggota Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) yang menggunakan peralatan sonar hari ini mengesan lokasi bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar Laut Jawa.
Ketua BASARNAS Jawa Timur, M Hernanto, berkata buat masa ini pihaknya masih tidak dapat pastikan sama ada serpihan itu adalah satu bahagian atau sudah pecah.
Penemuan bahagian pesawat dan beberapa mayat di permukaan air semalam benar-benar meruntun hati keluarga mangsa.
Serpihan itu ditemui kira-kira 100 hingga 200 kilometer dari lokasi terakhir pesawat itu dikesan iaitu di Laut Jawa.
Setakat ini, anggota SAR menemui enam mayat tiga semalam dan tiga hari ini - dipercayai penumpang dan kru pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan satu mayat mengenakan pakaian pramugari.
Pasukan mencari kini giat mencari baki mangsa dan serpihan badan pesawat, termasuk kotak hitam. - CNN
No comments:
Post a Comment