Luahan Hati Olalajuon ...

~ Harapan itu untuk masa depan, bukan untuk masa lalu ~

Tuesday, October 21, 2014

Awas tekanan darah rendah

Awas tekanan darah rendah
Hipotensi atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya.


TEKANAN darah rendah atau Hipotensi merupakan penyakit yang kerap dialami, namun ada segelintir masyarakat mengabaikan dan menganggap ia sebagai pening biasa atau masalah dehidrasi.


Malah ada segelintir daripada kita membiarkan tekanan darah rendah tanpa sebarang rawatan padahal penyakit ini boleh mengancam nyawa.

Tekanan darah setiap orang adalah berbeza tetapi jika seseorang yang mengalami tekanan darah rendah bacaan darah sistolik kurang  90 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik kurang 60 mm Hg atau tekanan darah yang sentiasa berkurangan pada kedua-dua tahap berkenaan.

Apabila tekanan darah rendah berlaku, setiap organ badan tidak mendapat aliran darah mencukupi, menyebabkan gejala penyakit terbabit timbul.

Tanda tekanan darah rendah seperti pening atau pitam, pengsan, penumpuan kelam, penglihatan kabur, loya, kulit dingin, pucat dan lembap, pernafasan pendek dan cepat, keletihan dan dahaga.


Berkait masalah jantung

Tekanan darah rendah juga boleh dikaitkan dengan masalah jantung berikutan organ berkenaan tidak berupaya mengepam darah dengan baik dan akan  menyebabkan badan gagal mengedarkan darah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien dikehendaki.

Selain itu,  masalah endokrin seperti penyakit paratiroid dan penyakit Addison yang menyebabkan kekurangan adrenal, gula dalam darah yang rendah atau hipoglisemia juga menyumbang kepada tekanan darah berkurangan. Malah, penyakit diabetes boleh mencetuskan tekanan darah rendah.

Mereka yang mengalami muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk juga terdedah kepada risiko mendapat tekanan darah rendah berikutan mengalami dehidrasi kerana ketika dehidrasi, tubuh akan kehilangan banyak air.

Lebih buruk, komplikasi dehidrasi seperti hypovolemic berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan penurunan mendadak tekanan darah dan pengurangan oksigen untuk sampai ke organ penting. Jika tidak dirawat, hypovolemic teruk boleh menyebabkan kematian.


Hipotensi wanita hamil

Wanita hamil juga mudah mendapat serangan tekanan darah rendah dan menyebabkan rasa pening serta loya dalam tempoh berkenaan akibat  hormon kehamilan.

Jika wanita hamil mendapat serangan penyakit ini akan wujudnya masalah seperti anemia ( kekurangan haemoglobin atau darah merah) yang boleh menyebabkan  kelahiran  pramatang.

Tekanan darah masa mengandung biasanya akan turun semasa trimester kedua (13-26 minggu) dan naik balik ke tahap biasa semasa trimester yang ketiga ( 27-40 minggu).

Jadi bacaan tekanan darah 90/53 atau 90/40 adalah biasa kalau puan adalah dalam linkungan trimester kedua. Tanda seperti pitam bila bangun dari kedudukan baring adalah biasa sebab tekanan darah rendah. Namun demikian pertukaran posisi kena dibuat secara perlahan.

Jikalau seseorang itu  bukan dalam trimester kedua tekanan darah seperti tersebut perlu diperiksa dengan lebih teliti lagi kerana kemungkinan akan berlaku penurunan berat badan seperti 3.7kg dalam 7 minggu agar merisaukan.

Tanda-tanda kesejukan, pitam adalah satu tanda yang tidak meyakinkan dan pemeriksaan jantung dan haemoglobin perlu dibuat. Pembesaran bayi pun perlu diperiksa secara ultrasound.


Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja

Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa sahaja namun risikonya lebih tinggi kepada mereka yang lebih berusia.

Diagnosis tekanan darah rendah dilakukan bagi memastikan punca penyakit terbabit, sekali gus membantu mendapatkan rawatan sesuai, di samping mengenal pasti masalah berkaitan jantung, otak atau sistem saraf yang menyumbang kepada penurunan tekanan darah.

Biasanya, pesakit dikehendaki menjalani ujian tekanan darah yang membaca tekanan sistolik dan diastolik. Doktor juga akan menawarkan ujian elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung.

Pemeriksaan tahap tekanan darah juga boleh dilakukan menerusi ujian darah bagi mengesan sama ada seseorang mengalami lebihan atau kekurangan gula dalam darah dan kekurangan sel darah merah yang menyebabkan tekanan darah menurun.


Pakar Perubatan Obstetrik & Ginekologi KPJ Klang,
Dr Lillian George


Sumber: sinarharian.com.my
Posted by ChintaSayang at 10:30 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

1M4U

1M4U

DRE1M

DRE1M

Followers

HIStats

Total Pageviews

About Me

My photo
ChintaSayang
Jangan takut akan perubahan. Kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik, namun kita akan peroleh sesuatu yang lebih baik lagi...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2016 (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
  • ►  2015 (23)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (20)
  • ▼  2014 (878)
    • ►  December (143)
    • ►  November (95)
    • ▼  October (178)
      • 10 GAMBAR TERKINI ERRA FAZIRA BERSAMA ANAKNYA ENGK...
      • Saya bukan Islam – Dewi Liana
      • Gali Kubur dan Jual Mayat Wanita Mati Bujang Untuk...
      • Budak Mati Terjerut Buaian
      • Kembar Yang Membuat Pembedahan Plastik Untuk Tidak...
      • Tepung gandum guna bahan penyebab kanser?
      • Rawatan alternatif denggi & Ebola
      • MENARIK!! 10 Lukisan Yang Paling Menyeramkan dan M...
      • Tanda Hidup Tak Berkat
      • Rumah Hantu Terbesar dan Paling Menyeramkan Di Dunia
      • 8 Rahsia mata wanita !!
      • Al-Quran Di Rumah Angelina Jolie Demi Didikan Untu...
      • 13 Gambar Lelaki Mirip UAI Didedahkan
      • McKamey Manor: Rumah Hantu Yang Paling Menakutkan ...
      • Kisah Hidup Bersama Mayat Kekasih Selama 7 Tahun
      • 5 Gambar Adik Wawa Zainal Yang CUN!
      • 11 gambar Rozita Che Wan semasa remaja
      • Ketahui 10 Sebab Kenapa Bayi Menangis
      • 7 RAHSIA TANGAN YANG TIDAK ANDA KETAHUI
      • RAHSIA YANG AKHIRNYA TERBONGKAR WONG FEI HUNG ADAL...
      • Pelik Tapi Benar: Hidung Di Dahi
      • Adik-Beradik Yang #Viral Dan Paling Cantik Dari In...
      • Saintis Universiti Kobe Ramal Jepun Akan Lenyap 10...
      • Gambar Koleksi Guru-Guru Wanita Yang Paling Cantik...
      • Jepun lenyap 100 tahun lagi
      • Jual Anjing untuk Pekerja Asing Vietnam
      • Kerana Hasilnya Sangat Cantik Pakar Bedah Plastik ...
      • GILA!! Ahli Sejarawan Anjur Pesta Untuk 29 Mayat K...
      • Koleksi Sebelum VS Selepas (15 Gambar)-Pembedahan ...
      • 6 Gambar Buat Anda Takut Pergi Memancing
      • Inilah wajah sebenar lelaki mirip Ustaz Azhar Idru...
      • Di Sebalik Kecomelan Gadis ini Sebenarnya Lelaki
      • Lelaki Dalam Gambar Remaja Princess Diana Menjadi ...
      • 3 gambar selfie gadis 22 tahun yang tidak sepatutn...
      • Apa Itu Qarin?? Penjelasan Qarin Si Pendamping Man...
      • Ciri suami Awesome mengikut Ustaz Azhar Idrus
      • Penjualan nombor plat eksklusif ikut prosedur
      • 10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri
      • Hukum Lelaki Berambut Panjang Dan Memakai Topi Ket...
      • Kisah tragis Republik Czech
      • Gila, di Kota Ini Warganya Dilarang Meninggal Dunia!
      • Dirantai Sehingga Daging Bercantum Dengan Rantai
      • 3 Jenis Makanan Dalam Neraka
      • Tiga Tanda Kiamat Yang Harus Difikirkan
      • Tanda Lelaki Bila Sudah Jatuh Cinta
      • Soy Health Risks: True Or False?
      • Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih
      • Puluhan korban tragedi Himalaya
      • RICH KIDS OF TEHRAN : INSTAGRAM KEHIDUPAN GOLONGAN...
      • 6 LOKASI PERCUTIAN UNIK DI MALAYSIA
      • Imej Pelik dengan Lubang di Pipi
      • 9 Tips Untuk Mengelakkan Masalah Perut Buncit !!..
      • Miracle Drink Prevents The Spread Of Cancer
      • Mesti Baca!! Matahari Telah Terbit Dari Sebelah Barat
      • 13 GAMBAR : TYPO MEDIA-MEDIA DI MALAYSIA
      • Menarik!! Gambar-Gambar Illusi Yang Memperdayakan ...
      • Bagaimana Untuk Buang Rumah Anda Dari Google Stree...
      • PENDEDAHAN : Siapa Edward Snowden Dan Mengapa AS M...
      • Cakera bibir terbesar dunia
      • The 9 Foods You Should Never Eat
      • Awas tekanan darah rendah
      • 10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin
      • 10 GAMBAR : GRAFFI, SI KUCING YANG SENTIASA 'MARAH'
      • RITUAL MENGERIKAN!! Ritual Puak Aghoris, Manusia S...
      • Why Is This Kept As a Secret – Learn How To Protec...
      • Tindakan Orang Yahudi Ini Mengejutkan Dunia
      • DENGGI: Soalan-soalan berkaitan dengan Denggi
      • NGERI!! Kisah Seorang Lelaki Dari Brazil Hampir Me...
      • Binatang Dari Neraka Jahanam
      • Senarai 10 Binatang Yang Masuk Syurga
      • 14 Foto Kesan Patukan Ular Berbisa
      • Thailand's first Miss Universe of 1965 shocks worl...
      • SERAM!! Kisah Benar Pengalaman Hj Lokman Bersihkan...
      • Mangsa Kemalangan Cerita Kematian Sebelum Nahas
      • Dracula Untold: Upaya Stigmatisasi Negatif Islam
      • Tren Baru di Kalangan Wanita Terpelajar Inggris: M...
      • Hukum Kencing Sambil Berdiri
      • Gambar Matahari Terbenam Di Pantai Tanjung Aru KK ...
      • Harga minyak mentah dunia terus jatuh
      • 10 Perkara Yang Anak Perempuan Patut Tahu Apabila ...
      • PELIK!! Mereka Ini Sanggup Mencacatkan Kaki Untuk ...
      • Labah-Labah hidup 3 hari dalam perut
      • Pesisir pantai Sarawak dilanda 'belalai air'
      • Ahli arkeologi jumpa kubur puntianak
      • Korban penjual burger
      • 18 Rahsia Bentuk Hidung Pada Wanita
      • Temui Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi
      • Kisah Sebenar Pelajar Bakar Sekolah Didedahkan
      • Peraturan baharu cermin gelap kuat kuasa 1 Mei
      • Petua Menghalau Lipas Di Rumah
      • Tips Penting Dalam Pengisian Minyak Petrol Yang Ra...
      • Apakah Hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang Bu...
      • Cerita Sebenar ASTRO Sering Ulang Siaran Akhirnya ...
      • Datuk 81 Tahun Tukar Jantina
      • SUBHANALLAH! - INILAH 12 KAUM YANG DIBINASAKAN ALL...
      • Israel makin biadab!
      • Belajar tapi asik lupa je
      • Polis: Mangsa tidak gantung diri
      • Mayat Wanita Solehah Masih Elok dan Berbau Harum W...
      • Kisah Benar Anneliese, Maut Selepas Dirasuk Entiti...
    • ►  September (200)
    • ►  August (142)
    • ►  July (48)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (18)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ►  January (9)
  • ►  2013 (25)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (26)
    • ►  December (4)
    • ►  October (4)
    • ►  September (8)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (27)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (6)
    • ►  March (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2010 (15)
    • ►  December (9)
    • ►  November (6)
Watermark theme. Powered by Blogger.