Texas – Sebuah mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana seorang remaja belasan tahun membunuh ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperk0sa mayat mangsa.
Kevin Davis, 18, mengaku membunuh ibunya, Kimberly Hill, 50, di kediaman mereka di Corpus Christi, Texas.
Semalam, juri ditunjukkan dokumen soal siasat Davis dengan polis selepas dia ditangkap.
Davis menceritakan kepada penyiasat bagaimana dia mula cuba membunuh ibunya dengan menjerut mangsa mengguna wayar elektrik.
Apabila ibunya tidak mati, Davis mengambil tukul besi dan mengetuk mangsa kira-kira 20 kali.
Disoal apa yang berlaku kemudian, Davis berkata: “Saya mengadakan se-ks dengan mayatnya. Itu pertama kali saya mengadakan se-ks dan ia dengan ibu saya.”
Menurutnya, dia tidak keluar dari apartmen berkenaan kerana menunggu adiknya pulang dengan niat untuk membunuhnya juga.
Tetapi kerana bosan menunggu, dia meninggalkan kediaman itu.
Dalam soal siasat berkenaan, Davis juga memberitahu pegawai, dia sudah sekian lama mengimpikan untuk membunuh ibu dan adiknya dan akan melakukannya sekali lagi jika dibenarkan.
Dia menceritakan bagaimana dia berangan melakukan pembunuhan itu – berpakaian suit, memenggal mangsa, memakainya dengan pakaian cantik sebelum mengadakan se-ks dengan mayat itu.
Apabila ditanya alasan dia membunuh ibunya, Davis berkata, dia bosan dengan hidupnya dan tidak suka bergaul.
“Saya tidak gila. Saya waras. Saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya.
Davis hanya tersenyum sepanjang perbicaraan semalam.
Juri mengambil masa kurang sejam untuk mendapatinya bersalah dan menghukumnya penjara seumur hidup.
Sumber: ooomedianetwork.blogspot.com
No comments:
Post a Comment