Pembedahan Plastik Paling Popular: Hidung Di Dahi
Pelik Tapi Benar, ungkapan yang sesuai untuk seorang lelaki China yang mempunyai hidung di dahi. Walaupun penampilannya nampak pelik dan agak tak logik, lelaki ini sebenarnya adalah salah seorang "Pioneer" kepada "Pembedahan Semula Hidung" yang luar biasa.
Lelaki ini mengalami kerosakan hidung selepas terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk. Jangkitan kuman telah memakan jauh ke tulang rawan dalam hidung beliau, menjadikannya mustahil bagi doktor untuk mengembalikan hidungnya yang asal. Sebaliknya, para doktor memutuskan untuk membuat hidung baru pada dahinya.
Biarpun ianya kelihatan janggal, tapi proses pembedahan tersebut tidak begitu berbeza daripada teknik-teknik pembedahan plastik yang biasa. Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.
Sumber: um-fabolous.blogspot.com
No comments:
Post a Comment