Friday, October 31, 2014

Saya bukan Islam – Dewi Liana

Dewi Liana Seriesta


PETALING JAYA - Bekas peserta Mentor, Dewi Liana Seriesta kesal apabila segelintir pihak masih mempertikaikan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik, Miss Malaysia World 2014 kerana dia disangka wanita beragama Islam.

Dewi, 25, yang merupakan protege kepada penyanyi Liza Hanim dalam program realiti Mentor musim pertama itu berkata, dia sudah menjelaskan tentang status agama itu sejak memasuki pertandingan realiti terbitan TV3 empat tahun lalu.

“Ketika memenangi pertandingan Miss Malaysia World 2014 pada Jun lalu, ramai yang mempertikaikan penglibatan saya dalam pertandingan itu.

“Saya faham wanita beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan itu dan saya juga sudah jelaskan kepada mereka bahawa saya beragama Kristian sejak kecil lagi,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Dewi, perkara tersebut menjadi kekeliruan apabila nama yang diberikan oleh ibu bapanya itu seperti nama yang digunakan oleh kebanyakan orang Melayu.

Bagaimanapun dia tidak mempunyai sebarang masalah dan menganggap ia sebagai sesuatu yang unik.


“Bapa saya berasal dari Indonesia dan berketurunan Cina, manakala ibu saya dari Sarawak sebab itu nama saya tiada binti seperti nama orang Islam.


No comments:

Post a Comment