Thursday, October 30, 2014

MENARIK!! 10 Lukisan Yang Paling Menyeramkan dan Menakutkan Di Dunia..

10 lukisan paling menakutkan dan menyeramkan di Dunia dimana terdapat pelbagai macam cerita misteri yang menyelubungi lukisan berkenaan. Berikut merupakan 10 lukisan paling Menakutkan di Dunia :

1 . HEADS severed


Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Theodore Gercault . Lukisan ini merupakan lukisan yang paling terkenal dari berbagai macam karya seni yang di hasilkannya , lukisan ini juga terkenal akan gaya artistik dari si pelukis.

Konon Lukisan yang menggambarkan 2 kepala mayat ini terinspirasi dari dirinya yang melihat beberapa organ tubuh manusia di rumah mayat mahupun potongan tubuh manusia di lab hospital.


2. STUDY AFTER Velazquez 'S PORTRAIT OF INNOCENT X


Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh artis terkenal pada abad 20 , iaitu Francis Bacon.

Gaya lukisannya terkenal berani dan mempunyai unsur gelap dalam bentuk figur - figur atau tokoh tertentu , lukisan ciptaanya terjual sangat mahal bahkan walau hanya sebuah kanvas saja . 


3. THE HANDS RESIST HIM


Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Bill Stoneham pada tahun 1972 di Oakland , California. Lukisan ini juga di kenal sebagai lukisan paling menyeramkan di dunia.

Dalam lukisan ini di gambarkan kanak-kanak -lelaki dan adik perempuan dimana banyak tangan sedang cuba untuk keluar di balik pintu , hanya sebuah kaca rapuh yang menahan kewujudan mereka. Di katakan bahawa anak kecil pada lukisan ini bergerak pada malam hari bahkan berkelahi.


4. THE CRYING BOY


Merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Bruno Amadio . Lukisan ini mengambarkan seorang anak kecil dengan air mata yang mengalir ke pipinya.

Si pelukis mengekspresikan kesedihan mendalam pada lukisan anak ini , dimana tidak ada seorang pun yang dapat menahan emosinya ketika melihat tangisan anak kecil ini.

Lukisan ini terkenal akan berbagai legenda dimana kebakaran dan kematian menghantui lukisan ini , bahkan lukisan ini terkenal terkutuk dimana terjadi kebakaran pada bangunan dimana lukisan ini di pamerkan .


5. THE SCREAM


The scream Lukisan Paling Mengerikan di Dunia merupakan lukisan yang di ciptakan oleh Edvard Munch , dan juga merupakan lukisan yang paling terkenal di dunia di karenakan harganya yang sangat mahal walaupun untuk beberapa jenis dari lukisan ini . Di khabarkan bahawa orang -orang merasa sakit, bahkan merasa kemurungan ketika mendalami lukisan ini. Bahkan di katakan bahawa lukisan ini membawa ketidak beruntungan kepada orang yang menyentuk atau menjatuhkan lukisan ini .


6. PAINTING


Merupakan salah satu dari Lukisan yang dicipta oleh Francis Bacon , dimana harga lukisan ini sangat mahal dalam lelongan.

Lukisan ini sangat mengerikan dimana di katakan bahawa ketika anda cuba untuk memahami dan merasakan unsur dari seni lukisan ini anda akan merasakan ketakutan dan cuba untuk bersembunyi.

Bacon terkenal akan gaya lukisannya yang dimana menyampaikan tragedi dari keberadaan seseorang atau makhluk hidup.


7. THE NIGHTMARE


Merupakan lukisan dari seniman yang bernama John Fuseli . Setelah Lukisan ini di pamerkan oleh Fuseli , lukisan ini terkenal akan penampakan mengerikan kutukan terhadap orang tidur.

Lukisan ini sangat terkenal hingga fuseli mengambar beberapa versi dari lukisan ini , di lukisan ini dapat terlihat incubus yang iblis lelaki yang menggoda perempuan ketika mereka tidur , dimana ia duduk di atas dada dari orang yang tertidur tersebut .


8. POGO THE CLOWN


Merupakan lukisan yang di gambar oleh John Wayne Gacy , seorang pembunuh berantai di dalam sejarah amerika, dimana Gacy telah melakukan pembunuhan paling tidak kira-kira 33 lelaki dan anak remaja.

Dalam lukisan ini di gambarkan ego dari Gacy , dimana Gacy sendiri memakai pakaian badut iaitu sebagai Pogo.


9. PICTURE OF DORIAN GRAY


Merupakan lukisan dari seorang seniman yang bernama Ivan Albright .

Lukisan ini mempunyai gaya lukisan yang sangat realistik , dimana lukisan ini juga mengandungi unsur fantasi. Gaya seni lukisan fantasi ini dalam dunia seni sendiri mendeskripsikan kenyataan atau realiti dari kebenaran terdalam sebuah objek yang di lihat oleh si pelukis.

Dalam lukisan yang di gambarkan ini mengekspresikan kemerosotan jiwa dari seorang lelaki muda.


10. SATURN devouring HIS SON


Merupakan lukisan yang di lukis oleh seniman bernama Francisco Goya.

Dalam legenda di katakan bahawa ayah dari dewa menelan anaknya sendiri untuk menyakinkan bahawa tiada yang lebih hebat daripada dirinya , dalam lukisan ini di gambarkan pembunuhan anak .

Lukisan ini juga tidak pernah di maksudkan untuk di pamerkan kepada awam , di keranakan lukisan ini di lukis dan hanya di pajang di rumahnya dengan beberapa lukisan kesuraman yang di lukisnya .

Koleksi- koleksi lukisannya terkenal sebagai " The Black Painting" .

Sumber: ejeninfo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment