Seorang ibu kecewa apabila mendakwa anak tunggal beliau enggan berjumpa dengannya lagi atas alasan rupanya hodoh.
Ding Liang, 63, telah ditemui menangis di tepi jalan di bandar Hangzhou Timur China selepas perjalanan selama lima jam untuk cuba berjumpa cucunya yang baru lahir.
Beliau telah membawa beg pakaian dan hadiah untuk bayi dengan harapan bahawa anaknya mungkin berubah hati apabila dia tiba.
Tetapi selepas anaknya enggan menjawab telefon dan kerana dia tidak tahu di mana dia hidup, dia terpaksa pergi dengan linangan air mata dan membawa pulang semula hadiah yang dibawanya kepada cucunya.
Ding dijumpai berdiri di luar kompleks perumahan oleh seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun bernama Hsin Pai, yang terkejut mendengar cerita sedih Ding Liang dan kemudianya lelaki itu memanggil stesen TV tempatan, yang hadir untuk menemubual beliau.
Ding memberitahu mereka bahawa dia berasal dari sebuah kampung di luar Yuyao, sebuah bandar di wilayah China yang sama seperti Hangzhou. Ding menyatakan dia sangat berbangga dengan anak tunggalnya lebih-lebih lagi anaknya itu mempunyai penddikan yang baik dan mendapat tempat di universiti.
Selepas tamat pengajian, anaknya telah berpindah ke Hangzhou selepas mendapat pekerjaan yang baik sebagai juru jual kereta mewah dan telah berkahwin.
Tetapi anaknya berasa malu dengan kehadiran ibunya di majlis perkahwinannya kerana ibunya itu berpakaian seperti petani dan selepas itu hubungan Ding dan anaknya telah renggang.
Dia berkata: "Saya tidak kisah, saya tahu dia mempunyai kehidupan sendiri sekarang, jadi saya memahami bahawa dia tidak memanggil dan hanya bercakap kepada saya apabila saya menghubungi dia.
'Maka apabila ia menghubungi saya pada suatu hari untuk mengatakan bahawa dia telah mempunyai bayi, saya mahu melawatnya dan membawa cucu saya beberapa hadiah.
"Tetapi dia memberitahu saya tidak perlu datang. Dia berkata, saya akan memalukan dia kerana saya terlalu hodoh."
Beliau berkata beliau telah mengambil keputusan untuk pergi juga dan telah bangun dari tidur pada pukul 4 pagi untuk menaiki bas bagi melihat anaknya, yang berusia 32 tahun.
Apabila Ding tiba, anaknya tidak menjawab telefon dan dia telah ditinggalkan di jalan dan tidak tahu dimanakah rumah anaknya.
Ding berkata: "Suami saya memberitahu saya tidak perlu pergi. Saya kata menantu perempuan kita telah melahirkan cucu kita, jadi saya mesti datang dan saya akan membawa beberapa barangan untuk beri kepada mereka."
"Saya bangun pada pukul 4 pagi dan sampai di sini selepas pukul 9 pagi. Tetapi saya telah menunggu di sini sepanjang hari dan anak saya masih tidak menjawab telefon beliau."
Akhirnya Ding terpaksa pulang semula ke kampungnya dengan kecewa serta membawa pulang pakaian bayi buatan tangan dan hadiah untuk diberikan kepada anak dan cucunya.Sumber: dailymail.co.uk
No comments:
Post a Comment