Kadang kala katak-ata lebih menyakitkan hatiberbanding pukulan umpama hati tertusukpisau. Gadis ini sering dihina dengan panggilan 'Jaws' atau 'Yu' kerana bentuk rahangnyadianggap aneh oleh orang lain. Hinaan keranabentuk fizikalnya yang berbeza membuathatinya terluka selama bertahun-tahun.Pembedahan plastik jadi pilihan untukmenghilangkan ejekan tersebut.
Teman-teman sering mengejek dan tertawa melihat daguku
Nama gadis ini adalah Leanne Woodfull,usianya 20 tahun, tinggal di Dublin. Dipetikdari Dailymail.co.uk, Leanne mengaku bahawasejak kecil sering diejek dengan panggilanjahat mengenai bentuk rahangnya yangmenonjol. Bentuk rahang itu disebabkanpemakaian kawat gigi ketika usianya 11 tahun.Ejekan demi ejekan diterima Leanne sehinggabeliau remaja, rakan-rakannya seringmengatakan mulutnya mirip yu.
"Rahang besar menghancurkan hidup saya, dan kini saya rasa sangat senang dan sudah boleh tersenyum dengan percaya diri," ujar Leanne. "Ketika menatap cermin, saya berasa senang dan lega kerana gadis 'yu' yang ku kenal akhirnya hilang," katanya.
Kata keluargaku, aku cantik, tetapi ejekan orang lain menghancurkanku
Leanne melakukan operasi perbaikan bentuk rahang bukan kerana untuk kelihatan cantik tetapi bertahun-tahun menerima ejekan dan ditertawakan rakannya sendiri adalah pekara yang sangat menyakitkan, membuatkannya rasa hilang kepercayaan diri. Leanne sehinggakan berfikir bahawa wajahnya sangat cacat dan tidak boleh diperbaiki. Dia bahkan tidak mahu memaparkan fotonya di dinding rumah. Kadang kala Leanne menutupi dagunya dengan selendang kerana malu untuk berhadapan dengan orang lain.
Keluarga Leanne sering mengatakan bahawadirinya cantik, walau apapun bentukfizikalnya dan sindiran orang lain. Namunejekan dari rakan-rakannya sangatmenyakitkan, apa lagi didengari hampir setiaphari. Rasa tertekan itu akhirnya membuatLeanne berani melakukan pembedahan agarrahangnya kelihatan normal.
"Pada mulanya saya bimbang, kerana setelah melakukan pembedahan, muka saya kelihatan (bengkak dan lebam), tetapi aku bersedia melakukannya demi mendapatkan wajah normal," ujar Leanne. "Apabila pembalut dibuka untuk pertama kalinya, saya sangat emosional melihat wajah saya,"katanya dengan wajah bahagia.
Selepas pulih, Leanne menjadi gadis yangmempunyai kepercayaan diri yang tinggi. Diamudah bergambar dan memakai pakaianbergaya. Leanne lebih selesa dengan keadaanini kerana tidak ada lagi yang mengejek ataumenertawainya.
"Rakan saya mengatakan, saya kelihatan cantik. Saya benar-benar merasa cantik untuk pertama kalinya dalam hidup saya,"ujar Leanne.
Sumber: ejeninfo.blogspot.com
No comments:
Post a Comment