Thursday, October 16, 2014

KEJAM!! Jururawat Bunuh 38 Pesakit Kerana Menjengkelkannya..


Seorang jururawat di Itali didakwa membunuh 8 pesakit gara-gara dia tidak tahan dengan perangai mereka yang menjengkelkannya.

Daniela Poggiali, 42 Tahun ditangkap oleh pihak Polis di Lugo, Utara Itali selepas seorang pesakit Rosa calderoni, 78 Tahun mati daam keadaan mencurigakan hingga menyebabkan Polis mengambil keputusan untuk menjalankan siasata terhadap kematian pesakit itu. 

Kes ini juga mendapat liputan yang meluas oleh media hingga menyebabkan Pihak Polis memperluaskan siasatan dan akhirnya mendapat seramai 38 pesakit yang lain turut mati dalam keadaan mencurigakan. Daniela dituduh menyuntik para pesakit yang mati ini dengan satu dos kalium yang boleh membawa maut.

Satu laporan yang dipetik daripada agensi Pusat Eropah menyatakan, Daniela dituduh memberi pesakit dengan dos kalium yang tinggi kerana dia mendapati mereka atau keluarga mereka menjengkelkannya.


Polis memberitahu rakannya ada menyatakan Daniela pernah meminta untuk bergambar dengan seorang pesakit yang baru meninggal dunia. Laporan lain pula melaporkan jururawat ini pernah begurau dengan rakannya bahawa dia memberi dos yang tinggi kalium kepada pesakit yang tenat.

Walaubagaimanapun kes ini masih dalam siasatan dan ketua pendakwa Alessandro Mancini memberitau kes ini agak suka untuk diselesaikan kerana Daniela telah 'mengalami masalah mental' sejak dia ditahan beberapa hari lepas. 

Walaupun mengalami tuduhan bunuh terhadap 38 orang pesakit, rakan-rakan Daniela mengambarkannya sebagai seorang yang riang dan sentiasa bersemangat untuk bekerja.

Sumber: ejeninfo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment