Monday, December 8, 2014

14 Gambar Ahli Samurai Jepun Yang Sebenar dan Sejarah Wujudnya Samurai



Samurai (侍 atau kadang-kala 士) adalah istilah yang biasa digunakan bagi perwira zaman sebelum industri Jepun. Istilah yang lebih tepat adalah bushi (武士) (harafiah. "orang bersenjata") yang digunakan semasa zaman Edo. Bagaimanapun, istilah samurai digunakan sekarang bagi merujuk wira bangsawan, bukan, contohnya, ashigaru atau tentera berjalan kaki. Samurai tanpa sebarang ikatan dengan sesuatu puak ( clan ) atau daimyo dikenali sebagai ronin (harafiah. "orang ombak").

Samurai dianggap mesti bersopan dan terpelajar, dan beransur-ansur, samurai semasa era Tokugawa beransur-ansur kehilangan fungsi ketenteraan mereka. Pada akhir era Tokugawa, samurai secara umumnya adalah kakitangan am bagi daimyo, dengan pedang mereka hanya untuk tujuan istiadat. Dengan reformasi Meiji pada akhir abad ke 19, samurai dihapuskan sebagai kelas berbeza dan digantikan dengan tentera kebangsaan menyerupai negara barat. Kod samurai yang ketat dikenali sebagai bushido masih kekal, bagaimanapun, dalam masyarakat Jepun masa kini, sebagaimana aspek cara hidup mereka yang lain.

Etimologi
Perkataan samurai berasal pada sebelum Tempoh Heian di Jepun apabila ia disebut sebagai saburai, bererti suruhan atau pengikut. Ia hanya pada tempoh awal moden, khususnya pada tempoh Azuchi-Momoyama dan awal tempoh Edo pada lewat 16 dan awal abad ke 17 perkataan saburai bertukar diganti dengan perkataan samurai. Bagaimanapun, pada masa itu, ertinya telah lama berubah.

Pada era pemerintahan samurai, istilah awal yumitori (“pemanah”) juga digunakan sebagai gelaran kehormat bagi wira terbilang, walaupun pemain pedang telah menjadi lebih penting. Pemanah Jepun (kyujutsu), masih berkait rapat dengan dewa perang Hachiman.

Berikut adalah beberapa istilah lain samurai:

Buke (武家) – Ahli bela diri
Kabukimono - Perkataan dari kabuku atau condong, ia merujuk kepada stail samurai berwarna-warni.
Mononofu (もののふ) - Istilah silam bererti wira.
Musha (武者) - Bentuk ringkasan Bugeisha (武芸者), harafiah. pakar bela diri.
Si (士) - Sepatah perkataan kanji untuk menggantikan perkataan samurai.
Tsuwamono (兵) - Istilah silam bagi tentera ditonjolkan oleh Matsuo Basho dalam haiku terkemukannya. Erti harafiahnya orang kuat.


Senjata
Seseorang samurai memgunakan pelbagai jenis senjata. Ia sering didakwa bahawa roh seseorang samurai terletak pada pedang katana yang dibawanya. Kadang-kala samurai digambarkan bergantung sepenuhnya kepada katana untuk berlawan. Ini seperti perbezaan antara peranan crossbow pada kasasteria Eropah zaman pertengahan (medieval) dan peranan pedang kepada kasasteria, simbol sebagai samurai dan bukannya kepentingan katana itu sendiri. Apabila mencecah usia tiga belas tahun, dalam upacara yang dikenali sebagai Genpuku (元服), kanak-kanak lelaki diberikan wakizashi dan nama dewasa dan menjadi samurai secara rasmi. Ini juga memberikan hak kepadanya untuk mengenakan katana walaupun ia biasanya diikat dengan benang bagi mengelakkan katana dihunus dengan tidak sengaja. Pasangan katana dan wakizashi dikenali sebagai Daisho, harafiahnya. besar dan kecil.

Senjata samurai yang digemari adalah yumi atau busar komposit dan ia kekal tidak berubah selama beberapa abad sehingga kemasukan ubat bedil dan rifle pada abad ke 16. Busar komposit stail Jepun adalah senjata yang berkuasa. Saiznya membenarkannya memanah pelbagai panah seperti panah berapi dan panag isyarat dengan tepat pada jarak melebihi 100 meter, melebihi 200 meter jikalau ketepatan tidak terlalu penting.. Ia biasanya digunakan secara berdiri dibelakang Tedate (手盾), perisai kayu yang besar tetapi ia juga boleh digunakan semasa menunggang kuda. Latihan memanah di belakang kuda menjadi istiadat Shinto, Yabusame (流鏑馬). Dalam pertempuran melawan penjajah Mongol, busar komposit ini menjadi senjata penentu melangkaui busar komposit kecil dan crossbow yang lebih digemari oleh tentera Mongol dan Cina. Pasukan tentera Mongol ketiadaan kuda yang telah digunakan dengan berkesan menentang musuh dan terpaksa berperang semasa berjalan kaki, dengan itu mengurangkan keberkesanan mereka.

Pada abad ke 15, tombak yari menjadi senjata utama. Yari menggantikan naginata di lapangan pertempuran apabila keberanian individual kurang menjadi faktor dan pertempuran lebih tersusun. Ia lebih mudah dan merbahaya berbanding katana. Serbuan, berkuda atau berlari, lebih berkesan apabila menggunakan tombak dan memberikan peluang yang lebih baik berbanding samurai bersenjatakan katana. Dalam Pertempuran Sizugatake di mana Shibata Katsuie dikalahkan oleh Toyotomi Hideyoshi, masa itu turut dikenali sebagai Hashiba Hideyoshi, Tujuh Pemain Tombak Sizugatake (賤ヶ岳七本槍), Yari turut memainkan peranan penting dalam meraih kemenangan.





Salah satu perdebatan mengenai senjata samurai adalah sama ada samurai pernah menyerbu dengan menunggang kuda. Kuda pada masa itu adalah lebih kecil tetapi lebih bertenaga, bagaimanapun masih menjadi pertanyaan sejauh mana kuda masa itu mampu membawa samurai yang mengenakan perisai lengkap yang berat. Kepercayaan tradisi menegaskan bahawa samurai pada kebanyakan masa bertempur di belakang kuda dan bertindak sebagai tentera berkuda berat yang menyerbu bagi menembusi tentera berjalan kaki yang tidak mampu berbuat apa-apa. Pada masa kini, dipercayai bahawa samurai pada kebanyakan masa bertempur berjalan kaki dan menggunakan kuda untuk pengangkutan dan hanya sekali-sekala menyerbu dengan menunggang kuda pada musuh yang berterabur dan sedang berundur. Pertempuran Nagashino merupakan salah satu pertempuran di mana samurai dikatakan menyerbu di belakang kuda.

Selepas rifle matchlock diperkenalkan dari Europah, para samurai mula menggunakannya. Ia kemudiannya menjadi senjata kegemaran bagi bagi menembak curi di lapangan pertempuran di mana seseorang samurai diberi hadiah bagi setiap musuh yang dibunuhnya sendiri, walaupun memerintah merupakan aspek penting bagi samurai. Tentera berdaftar ( conscripted ) turut menggunakan rifles matchlock tetapi menembak secara serentak bagi memusnahkan barisan musuh. Pada akhir zaman feudal, sesetengah samurai menubuhkan dragoon sebagai sebahagian tentera dan sesetengahnya dilapurkan telah digunakan dalam Pertempuran Sekigahara dan pertempuran berikutnya.





Sesetengah samurai hanya bersenjatakan dengan katana di medan pertempuran. Takeda Shingen merupakan salah seorang samurai sedemikian. Ini tidak bererti bahawa mereka bertempur dengan menggunakan katana. Sebaliknya, mereka menumpukan pada mentakbir dan yakin bahawa mereka mampu dilindungi oleh tentera mereka. Dalam satu Pertempuran Kawanakajima, ini hampir mengakibatkan Shingen terbunuh. Pelannya tersilap dan tentera Uesugi Kenshin menyerbu tentera di bawah pemerintahan Shingen yang tidak menyedari rancangan perangkap mereka dikesan. Dengan hanya separuh tenteranya dan dikejutan sepenuhnya, Shingen sendiri terpaksa mempertahankan dirinya dengan menggunakan batang kayu yang digunakannya untuk memerintah serangan. Baki tenteranya hampir tidak sempat untuk menyelamatkan Shingen dan tenteranya yang lain daripada dihapuskan sepenuhnya.

Senjata lain yang digunakan oleh samurai adalah jo, bo, bom tangan, manjanik dan meriam. Bagaimanapun, sesetengah samurai mengemari yang lain. Dalam pertempuran sekitar pemulihan Meiji, lebih banyak senjata moden seperti Gatling gun dan rifle digunakan.






Sejarah

Asal Samurai
Sebelum Tempoh Heian, tentera di Japan diterapkan menurut tentera Cina dan di bawah pemerintahan langsung Maharaja. Kecuali hamba, semua lelaki berkemampuan mempunyai tanggungjawab untuk menyertai tentera. Mereka perlu membekalkan diri mereka sendiri dan ramai yang sesat atau berputus asa untuk pulang dan menetap dalam perjalanan pulang. Ini dianggap sebahagian daripada cukai dan ia boleh ditukar ganti dengan bentuk cukai yang lain seperti sekayu kain. Mereka ini dikenali sebagai Sakimori (防人), harafiah. pembela tetapi mereka tiada kaitan dengan samurai.





Pada awal tempoh Heian, akhir abad ke 8 dan awal abad ke 9, Maharaja Kammu cuba memantap dan meluaskan kuasanya di utara Honshu. Tentera yang dihantar untuk mematahkan pemberontak Emishi tidak berdisplin dan bersemangat dengan itu menemui kegagalan. Maharaja Kammu kemudiannya memperkenalkan gelaran Seiitaishogun (征夷大将軍) atau shogun dan mulai bergantung kepada puak daerah ( regional clans ) yang berkuasa bagi menjajah Emishi. Mahir dalam pertempuran berkuda dan memanah, wira puak clan warriors merupakan alat yang digemari Maharaja bagi mematahkan pemberontakan.





Semasa tempoh Heian, tentera maharaja dibubarkan dan kuasa maharaja beransur menjadi lemah. Walaupun maharaja masih merupakan pemerintah, puak-puak berkuasa disekeliling Kyoto mengambil kedudukan sebagai menteri dan sanak-saudara mereka membeli kedudukan sebagai hakim bagi mengumpul cukai. Untuk membayar hutang mereka dan mengumpul harta, mereka sering mengenakan cukai yang berat dan ramai petani terpaksa meninggalkan tanah mereka. Puak daerah ( Regional clans ) bertambah kuat dengan menawarkan cukai yang lebih rendah kepada rakyat mereka dan kebebasan dari kerahan tenaga ( conscription ). Puak-puak ini melengkapkan diri mereka untuk mematahkan puak dan hakim lain yang cuba mengutip cukai di kawasan mereka. Mereka akhirnya membentuk diri mereka kepada anggota bersenjata dan menjadi samurai.









Nama samurai datangnya dari pengawal istana maharaja dan pengawal persendirian yang digaji oleh puak-puak tersebut. Mereka bertindak sebagai polis dalam dan sekitar Kyoto. Anggota awal kepada apa yang dikenali sekarang sebagai samurai dilengkapi senjata oleh pemerintah dan perlu memahirkan diri dalam seni bela diri. Mereka merupakan Saburai, orang suruhan, tetapi kelebihan sebagai golongan bersenjata solo semakin menonjol. Dengan menjanjikan pelindungan dan mendapat kekuatan politik melalui perkahwinan politik mereka mengumpul kuasa yang akhirnya melebihi pemerintah bangsawan.

Sesetengah puak samurai berasal sebagai petani yang terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri dari hakim yang dilantik maharaja untuk memerintah dan mengutip cukai di kawasan mereka. Puak-puak ini membentuk perikatan untuk mempertahankan diri mereka daripada puak-puak yang lebih berkuasa. Pada pertengahan zaman Heian, mereka telah menggunakan perisai dan senjata stail Jepun dan meletakkan asas kepada bushido, kod etik mereka yang terkenal.









Keshogunan Kamakura dan Kebangkitan Samurai
Pada awalnya wira ini hanya merupakan tentera upahan yang digaji oleh maharaja dan puak bangsawan (kuge). Tetapi secara beransur-ansur mereka mengumpul kuasa yang mencukupi untuk melangkau kaum bangsawan dan menubuhkan kerajaan dikuasai samurai pertama.

Ketika puak-puak bahagian regional clans mengumpulkan sumber dan tenaga manusia dan membentuk pakatan sesama sendiri, mereka membentuk hieraki yang tertumpu kepada seorang ketua atau toryo. Ketua ini biasanya merupakan kerabat jauh maharaja dan ahli rendah kepada salah satu daripada tiga keluarga bangsawan (Fujiwara, Minamoto, atau Taira). Walaupun pada asalnya mereka dilantik ke daerah jajahan untuk tempoh tetap empat tahun sebagai hakim, toryo enggan kembali ke ibu negara selepas penggal mereka tamat. Anak mereka mewarisi kedudukan mereka dan terus memimpin puak-puak berkenaan bagi memadamkan pemberontakan seluruh Jepun dalam tempoh pertengahan ke akhir tempoh Heian.

Disebabkan kebangkitan kuasa ekonomi dan ketenteraan mereka, puak-puak tersebut akhirnya menjadi kuasa baru dalam politik istana. Penglibatan mereka dalam Pemberontakan Hogen pada akhir Heian hanya mengukuhkan kuasa mereka dan akhirnya melagakan saingan Minamoto dan Taira sesame sendiri dalam Pemberontakan Heiji 1160. Muncul sebagai pemenang, Taira no Kiyomori menjadi penasihat maharaja, wira pertama mendapat kedudukan sedemikian, dan akhirnya merampas kuasa kerajaan pusat untuk menubuhkan kerajaan yang dikuasai oleh golongan samurai yang pertama dan mengenepikan maharaja sebagai simbol sahaja. Bagaimanapun, golongan Taira masih lebih berdarah bangsawan berbanding puak Minamoto yang kemudiannya. Puak Taira tidak cuba memperluaskan atau memperkukuhkan kekuatan ketenteraannya, sebaliknya mengahwinkan wanita mereka dengan maharaja dan cuba mengawal melalui kuasa maharaja.

Taira dan Minamoto sekali lagi bertelingkah pada tahun 1180 bermula dengan Perang Gempei yang berakhir pada tahun 1185. Minamoto no Yoritomo yang merupakan pemenang meletakkan kelebihan kaum samurai melebihi kaum bangsawan. Pada tahun 1190 dia melawat Kyoto dan pada tahun 1192 menjadi Seii Taishogun, mengasaskan Keshogunan Kamakura. Dia menubuhkan keshogunan di Kamakura berhampiran dengan pengkalan kuasanya dan bukannya di Kyoto.

Secara beransur-ansur, puak samurai yang berkuasa menjadi wira bangsawan (buke) yang terikat secara lemah pada bangsawan istana. Apabila kaum samurai mula mengambil adat bangsawan seperti kaligrafi, puisi dan muzik, sesetengah bangsawan istana turut mempelajari kemahiran samurai. Walaupun melalui pelbagai mekanisma dan kecuali untuk tempoh pendek pemerintahan pelbagai maharaja, kuasa sebenar terletak di tangan shogun dan samurai.



Keshogunan Ashikaga dan Tempoh Feudal
Pelbagai puak samurai berebutkan kuasa bagi Keshogunan Kamakura dan Keshogunan Ashikaga.

Ajaran Buddha Zen berkembang dikalangan samurai pada abad ke 13 dan ia membantu membentuk tingkah laku piawaian, terutama mengatasi takut kematian dan membunuh. Buddha Zen di Jepun mengambil Sakyamuni sebagai imej utama dan mengajar untuk mencapai buddha hidup dengan kesedara ( enlightenment ) melalui latihan bertafakur Zen. Sementara kebanyakan aliran Buddha dikalangan penduduk menjurus kepada Amitabha Tathagata, seseorang buddha dikatakan mampu membawa penganutnya ke syurga selepas kematian.

Pada abad ke 13, Yuan, negeri Cina dalam Empayar Mongol, menjajah Jepun sebanyak dua kali. Pihak Samurai yang tidak biasa bertempur secara berkumpulan menang tipis dalam pertempuran singkat pertama. Bagaimanapun, mereka lebih bersedia untuk pertempuran bagi penjajahan kali kedua dan mereka memusnahkan tentera Cina, Korea dan Mongol yang lebih besar tetapi tidak tersusun. Adalah dipercayai bahawa walaupun tanpa Kamikaze, mereka pasti berjaya mengundurkan penjajah tersebut. Pencapaian bagi pedang Jepun dicapai oleh seorang tukang besi bernama Masamune pada abad ke 14; struktur dua lapis besi keras dan lembut di ambil dan teknik tersebut tersebar dengan meluas dengan keupayaannya memotong dan ketahanannya ketika digunakan secara berterusan. Semenjak dari itu, pedang Jepun telah diakui sebagai senjata bawaan yang merbahaya semasa era pre-industri Asia Timur. Ia juga merupakan barangan eksport terpenting, sebahagian darinya sampai sejauh ke India.

Isu warisan menyebabkan pertelingkahan antara ahli keluarga kerana ( primogeniture ) menjadi biasa sementara pembahagian warisan ditentukan oleh undang-undang sebelum abad ke 14. Untuk mengelakkan pertelingkahan dalaman, penjajahan berterusan kepada jiran bersempadan dengan kawasan samurai digalakkan dan pertelingkahan sesama samurai merupakan masalah biasa bagi Shogunate Kamakura dan Ashikaga.

Sengoku jidai ("Zaman Perang Saudara") ditanda oleh kebudayaan samurai yang lebih longgar, dari satu segi. Mereka yang dilahirkan dalam golongan berlainan kadang kala mampu mencipta nama sebagai wira dan dengan itu menjadi de facto samurai. Dalam tempoh bergolak ini, etika bushido menjadi faktor penting bagi mengawal dan mengekalkan keamanan awam.

Teknologi dan taktik peperangan Jepun bertambah elok dengan pantas pada abad ke 15 dan 16. Penggunaan tentera infantari yang dikenali sebagai Ashigaru , yang dibentuk oleh wira biasa atau rakyat, dengan Nagayari (長槍) atau tombak panjang diperkenalkan dan digabung bersama tentera berkuda dalam pergerakan. Jumlah penduduk yang terbabit dalam perperangan biasanya dalam beribu sehingga melebihi beratus ribu.

Harquebus atau senapang matchlock diperkenalkan oleh Lusitanians/Portugese melalui kapal lanun Cina pada tahun 1543. Jepun berjaya ( nationalization ) dalam tempoh satu abad. Kumpulan tentera upahan dengan harquebus dan rifle dihasilkan secara pukal memainkan peranan penting. Pada akhir tempoh feudal, beberapa ratus ribu rifle wujud di Jepun dan tentera yang besar melebihi 100,000 dihancurkan dalam pertempuran. Ini amat hebat, jika dibanding dengan tentera terbesar dan paling berkuasa di Eropah, iaitu tentera Sepanyol hanya mempunyai beberapa ribu rifle dan hanya mampu mengumpulkan sejumlah tentera seramai 30,000. Ninja juga memainkan peranan penting dalam aktiviti perisikan.

Pergerakan sumber manusia adalah mudah lentur, kerana apabila regim pemerintahan terdahulu runtuh dan samurai yang menggantikannya perlu mengekalkan organisasi tentera dan pentakbiran dalam kawasan pengaruh mereka. Kebanyakan keluarga samurai yang kekal sehingga abad ke 19 berasal dari kawasan ini.

Mereka mengistiharkan diri mereka sebagai keturunan salah satu dari empat puak bangsawan silam, Minamoto, Taira, Fujiwara dan Tachibana. Dalam kebanyakan kes, bagaimanapun, ia sukar untuk membuktikan siapa leluhur sebenar mereka.

Oda, Toyotomi dan Tokugawa
Oda Nobunaga adalah bangsawan terkenal dari kawasan Nagoya (pernah dikenali sebagai Ohwari) dan contoh samurai luar biasa Tempoh Sengoku. Dia meletakkan asas penyatuan Jepun dan meninggal hanya beberapa tahun lebih awal dari penyatuan tersebut.

Oda Nobunaga mencipta organisasi dan taktik perang, bergantung kepada harquebus, membangunkan perdagangan dan menghargai ciptaan baru; kemenangan yang berikutnya membolehkan dia menjayakan penghapusan Shogunate Ashikaga dan perletakan senjata kuasa tentera sami Buddha, yang menyemarakkan perjuangan sia-sia dikalangan penduduk selama beberapa abad. Menyerang daripada "perlindungan" kuil Buddha, mereka merupakan masalah berterusan kepada sebarang bangsawan perang warlords termasuk maharaja yang cuba mengawal tindakan mereka. Oda Nobunaga meninggal pada tahun 1582 dalam serangan oleh salah seorang pengikutnya, Akechi Mitsuhide. Toyotomi Hideyoshi (lihat di bawah) dan Tokugawa Ieyasu, yang mendirikan Shogunate Tokugawa, merupakan pengikut setia Nobunaga. Hideyoshi yang dibesarkan oleh petani tidak dikenali menjadi salah seorang jeneral utama di bawah Nobunaga dan Ieyasu yang pernag berkongsi zaman kanak-kanak dengan Nobunaga. Hideyoshi menumpaskan Mitsuhide dalam tempoh sebulan dan dengan itu dianggap sebagai pengganti yang sah kerana berjaya membalas dendam keatas pengkhianatan Mitsuhide.

Kedua-dua mereka mendapat keuntungan dari kejayaan Nobunaga yang sebelumnya telah meletakkan asas untuk membentuk Jepun yang bersatu. Dengan itu terhasilah pepatah: "Penyatuan adalah kuih beras; Oda membuatnya. Hashiba membentuknya. Dan akhirnya, hanya Ieyasu merasainya." (Hashiba adalah nama keluarga yang digunakan oleh Toyotomi Hideyoshi semasa ia merupakan pengikut Nobunaga.)

Toyotomi Hideyoshi, yang menjadi menteri utama ( grand minister ) pada tahun 1586, dia sendiri berasal dari kalangan keluarga petani miskin, mencipta undang-undang yang menetapkan bahawa kasta samurai dimantapkan sebagai kekal dan diwarisi, dan mereka yang bukan dari golongan-samurai dilarang untuk membawa senjata.

Sangat penting bagi menyedari bahawa perbezaan antara golongan samurai dan bukan-samurai amat tipis sehinggakan pada abad ke 16, kebanyakan lelaki dewasa dalam kelas masyarakat (walaupun petani kecil) tergolong kepada sekurang-kurangnya satu organisasi tentera tersendiri dan berkhidmat dalam perperangan sebelum dan selepas pemerintahan Hideyoshi. Ia boleh dikatakan bahawa keadaan "semua menentang semua" berkekalan selama satu abad.

Keluarga samurai yang disahkan selepas abad ke 17 merupakan mereka yang memilih untuk menurut Nobunaga, Hideyoshi dan Ieyasu dan mencapai kemenangan. Pertempuran besar-besaran yang meletus antara tempoh pertukaran regim, dan samurai yang kalah akan terhapus atau diserap kekalangan penduduk awam.

Keshogunan Tokugawa
Semasa era Tokugawa, golongan samurai secara beransur-ansur menjadi bangsawan istana, kakitangan kerajaan, dan pentakbir berbanding sebagai perwira. Daisho, pasangan pedang samurai yang pendek dan panjang (cf. 'katana' dan wakizashi) beransur bertukar menjadi simbolik lambang kuasa dan bukannya senjata yang digunakan dalam kehidupan seharian. Samurai masih mempunyai hak untuk membunuh sebarang orang awam yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap mereka; bagaimanapun, tidak diketahui ketahap mana hak ini digunakan. Apabila kerajaan pusat Jepun memaksa daimyos untuk mengecilkan tentera mereka, ronin yang tidak bekerja menjadi masalah masyarakat.

Bushido telah dirasmikan oleh kebanyakan samurai pada tempoh aman ini sebagaimana Chivalry dirasmikan sebagai kesasteria apabila golongan perwira menjadi lapuk di Eropah. Tingkah-laku samurai menjadi contoh yang diikuti oleh penduduk Edo dengan penekanan kepada tingkah-laku formal. Dengan banyak masa terluang di tangan mereka, samurai meluangkan masa untuk melakukan minat lain den menjadi golongan terpelajar.

Samurai semakin lemah semasa pemulihan Meiji
The last hurrah of original samurai was in 1867 apabila samurai dari daerah Choshu dan Satsuma mengalahkan pasukan shogunate untuk menyokong pemerintahan maharaja. Kedua daerah tersebut merupakan tanah daimyos yang menyerah kepada Ieyasu selepas perang Sekigahara tahun (1600).

Sumber lain mendakwa bahawa samurai terakhir adalah pada 1877, semasa pemberontakan Satsuma dalam Pertempuran Shiroyama.

Anggota utama pemberontakan ini datangnya daripada golongan samurai rendah dari semua daerah. Matlamat utama mereka adalah serupa: mengekalkan kemerdekaan Jepun terhadap kuasa Barat. Tetapi kedua daimyo bertelingkah pada awalnya dan pertelingkahan berdarah ini berlarutan bertahun-tahun lamanya. Pada akhirnya, mereka menyedari bahawa perang saudara yang besar-besaran mesti dielakkan kerana inilah yang ditunggu-tunggu oleh kuasa asing ini. Dengan itu shogun Tokugawa Yoshinobu terakhir mengembalikan kuasa pemerintahan kepada maharaja untuk mengelakkan perperangan. Sesetengahnya masih menolak, mempercayai bahawa ini adalah coup d'etat oleh Choshu dan Satsuma dan kuasa kerajaan adalah sepatutnya ditangan mereka. Kumpulan samurai Tohoku menubuhkan penentangan bersenjata dan mereka akhirnya dihapuskan.

Emperor Meiji menghapuskan hak samurai untuk menjadi pasukan bersenjata tunggal digantikan dengan tentera kerahan cara barat yang moden. Samurai menjadi Shizoku (士族) yang mengekalkan gaji mereka tetapi hak mengenakan katana di jalan akhirnya dimansuhkan.




Post pemulihan Meiji
Dalam mentakrifkan Jepun moden, ahli kerajaan Meiji memutuskan untuk mengikuti langkah United Kingdom dan Jerman. Ia akan berasaskan konsep ketaatan bangsawan ( nobles oblige ) dan samurai tidak akan menjadi kuasa politik sepertimana di Prussia. Tentera Imperial Jepun ( Imperial Japanese Armies ) merupakan kerahan tetapi ramai samurai menawarkan diri menjadi askar dan ramai meningkat dan dilatih sebagai pegawai. Mereka yang menawar diri amat bersemangat dan rajin berlatih. Empayar Jepun memenangi Perang Sino-Jepun (1894) dan Perang Russia-Jepun (1904) dan ia boleh dikatakan bahawa pegawai dan mereka yang menawarkan diri merupakan sebab kemenangan tersebut. Kebanyakan tentera Cina dan Russia tidak dapat membaca dan menulis dan selepas pegawai mereka terbunuh, tentera ini berkecai dengan cepatnya.

Kebanyakan pelajar pertukaran adalah samurai, bukan kerana mereka samurai, tetapi ramai yang boleh membaca dan terpelajar. Sebahagian pelajar pertukaran ini memulakan sekolah swasta untuk pengajian tinggi. Sesetengah samurai mula menulis menggantikan senjata dan menjadi pemberita dan penulis dan mendirikan syarikat akhbar. Samurai yang lain pula menyertai perkhidmatan kerajaan kerana mereka boleh membaca dan terpelajar.

Budaya
Sebagai bangsawan mutlak selama beberapa abad, samurai memajukan budaya mereka sendiri yang menukar cara orang Jepun bertindak.

Seseorang samurai dijangka mampu membaca dan menulis, juga untuk mengetahui asas mathematik. Toyotomi Hideyoshi, seorang samurai agung yang bermula sebagai petani biasa, hanya mampu membaca dan menulis dalam hiragana dan ini adalah kelemahannya yang paling ketara. Sesetengah mengandaikan bahawa ini adalah punca dia tidak dilantik sebagai shogun. Samurai mesti, walaupun tidak diwajibkan, mempunyai minat dalam seni lain seperti menari, Go, penulisan, sastera, dan tea. Ota Dokan yang merupakan pemerintah pertama Edo menulis bagaimana dia malu apabila menyedari bahawa orang biasapun lebih mengetahui mengenai sastera berbanding dirinya dan ini menjadikan dia belajar dengan lebih tekun.

Kebudayaan samurai berbeza dari keringkasan yang di pengaruhi oleh Buddha Zen kepada bermewah-mewahan kebudayaan stail Kano. Kebanyakan samurai tinggal ringkas bukan kerana kecenderungan, tetapi keperluan. Apabila perdagangan berkembang pada tempoh Edo, samurai yang dibekalkan dengan beras sebagai sumber pendapatan berhadapan dengan harga melambung barangan biasa. Sesetengah samurai menghasilkan barangan kesenian dan yang lain bertani untuk menambah pendapatan. Samurai yang berpendapatan rendah ini masih meluangkan masa dan wang untuk mengajar anak-anak mereka menghargai pelajaran. Pada pertengahan tempoh Edo, samurai perlu dipaksa untuk berlatih kemahiran bela diri mereka. Terdapat cerita bagaimana samurai diancam dan terpaksa melarikan diri dari pekerja yang berbadan tegap, sesetengah yang lain kalah dalam perkelahian. Disebabkan samurai adalah pakar dalam perlawanan, masalah ini tidak pernah dilapurkan kerana malu tetapi kekal dirakamkan.

Dengan masa lapang yang mereka ada, ramai samurai mula mempelajari topik seperti arkhaeologi, botani, dan penulisan. Samurai memperkenalkan sayuran seperti ubi kentang dan sweet potato kepada petani yang kekal apathetic terhadap sayuran import ini. Samurai juga menyalin dan mengkaji rekod dan buku sejarah. Kojiki dan juga klassik Cina turut dikaji. Samurai juga mula mempelajari anatomi dan sains perubatan kerana minat dan bukannya untuk mencari cara lebih baik untuk membunuh. Pada akhir tempoh Edo, mereka menterjemah buku perubatan Belanda.


Nama Samurai
Seseorang samurai biasanya diberi nama dengan menggabung satu huruf kanji dari bapanya atau datuknya dan satu huruf kanji baru. Ramai samurai mempunyai bunyi nama phonetically yang serupa dengan leluhur yang mashyur sebagai penghormatan kepada keagungan mereka dan dengan harapan samurai ini akan mencapai kejayaan yang setaraf. Nama ini digunakan selepas upacara genpuku. Dia juga mempunyai nama kanak-kanak. Kebanyakan samurai mempunyai nama kedua dan juga menggunakan gelarannya sebagai sebahagian namanya. Oda Nobunaga secara rasminya digelar "Oda Kouzukenosuke Owarinokami Nobunaga" (織田上総介尾張守信長) dan dia juga dikenali sebagai "Oda Kouzukenosuke" atau "Oda Owarinokami".

No comments:

Post a Comment