Tuesday, October 7, 2014

Mak Nyah Dibunuh Kejam Oleh ‘Suami’ Sendiri



BRISBANE – Seorang mak nyah dari Indonesia, Myang Prasetyo dibunuh kejam oleh suaminya yang juga seorang chef, Marcus Peter Volke.


Mayatnya dipotong dan ditemui di merata tempat di sekitar kawasan apartment mereka dan ada sebahagian potongan badannya itu telah direbus dengan bahan kimia  oleh suaminya.

Pihak berkuasa tidak mengetahui berapa lama Mayang dibunuh namun jiran mereka memaklumkan telah menghidu bau busuk di rumah mereka sejak beberapa hari sebelum ini.

Sementara Volke pula mengerat lehernya selepas melarikan diri daripada polis yang datang mengetuk pintu rumah mereka selepas menerima aduan mengenai bau busuk pada malam semalam.






Dia juga meninggal dunia.

Pasangan itu bertunang pada Ogos tahun lepas dan berkahwin pada penghujung tahun lepas.
Mayang  yang merupakan penari kaberat  bertemu dengan Volke ketika mereka belajar di Goethe institute di Surabaya, Indonesian pada 2009.

Dalam pada itu, Daily Mail Australia mendedahkan bahawa Mayang sebelum ini telah mengiklan dirinya sebagai mak nyah kelas atasan dalam satu laman web Britain.

Dia juga mengiklan dirinya dalam laman web Teneriffe dengan mengenakan bayaran sebanyak $200 untuk setengah jam dan $500 sejam untuk perkhidmatan sosial kelas atasan antarabangsa.

“Sesiapa yang memerlukan keseronokan, saya akan membawa anda ke tahap tertinggi,’’ itu bunyi iklan Mayang dalam laman web berkenaan.


Sumber: ooomedianetwork.blogspot.com

No comments:

Post a Comment